Posts

Showing posts with the label Ragam manusia

Bila lakiku rampas kuasa

Semenjak ada anak ni, kalau saya keluar selalunya lebih banyak saya pakai tudung yang ada awning walaupun saya sebenarnya rasa muka lagi comel kalau pakai tudung bawal. hihi, jangan korang termuntah baca ayat ni ye.. nak terangkan pada korang minat saya tentang tudung yang dipakai sebenarnya. Lagi senang diuruskan sebab utamanya.. Selalunya kalau saya pakai tudung bawal pun sebab tak ada tudung berawning yang color sama atau memang hari rajin nak gosok tudung..     Hari ni, korang tahu? baru nak capai tudung awning yang berwarna merah, saya tengok dah renyuk awningnya.. ooooooo... tak syak lagi... ni mesti kerja suami saya yang basuh baju... dia kutip dua tudung dan masukkan sekali ke dalam mesin basuh...   malas nak whatapp atau sma tanya dia.. balik nanti nak minta dia ganti je..   hehe, ada alasan nak tudung baru nanti.. 

yang sombong tu biarkan je..

Eh, hari ni dah hari Jumaat ye? esok dah mula cuti sekolah kan? Seminggu pulak tu? Wah, seronoknya...... Bukan apa ni.....lega betul bila fikirkan cuti..hati berbunga bunga riang.. Kalau korang jumpa saya di sekolah rasanya korang akan lihat saya jalan cepat, makan cepat cepat dan ada masanya pula buat kerja sambil berdiri dan macam macam simptom yang menunjukkan kejar masa. Selagi terdaya, saya buat kerja kerja yang diamanahkan kepada saya ni.. insya Allah.. Walaupun ada masanya bila ditanya, saya kena ambil masa nak fikir mana satu, sebab macam banyak juga portfolia yang dipertanggungjawabkan kepada saya tahun ni... bagi saya selagi larat, buat ajelah...fikir inilah kerja untuk mencari rezki yang halal.. Tapi, semasa berurusan dengan orang orang yang MAHAsibuk ni, ada sesekali rasa geram timbul di hati saya ni... bagi orang di bawah , saya tahu korang banyak kerja. Bagi orang atasan pulak, saya pun tahu tentu lagi banyak tanggungjawab korang... tapi, tak payahlah tunjukkan muka...

Tiada yang minta

Assalamualaikum semua.. Mesti ramai yang lega sebab hari ni dapat bercuti, kan? Dapat luangkan masa dengan ahli keluarga. Bersyukur kita kerana hari ni kita masih ada teman, ada keluarga yang boleh berkongsi suka duka dengan kita. Walaupun ada kekurangannya kat mana-mana, ada seseorang pastinya lebih baik daripada tak ada, kan? Sedih saya mendengar kisah seorang yang saya kenali yang sedang dalam proses perceraian. Harap dia tabah dan akan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.. kalau ditanya, tak siapa yang mahukan perkara macam ni berlaku namun, kalau dah ini takdirnya, tentu ada hikmah di sebaliknya. Jadi, hargailah orang yang ada di sekeliling kita...

Anak tahun naga..

Kus semangat tengok bilangan murid di setiap kelas untuk tahun depan.. Yang dah tak sampai sebulan lagi ni. Selama lima tahun yang sudah tak pernah lagi mengajar murid sampai 55 orang sekelas. Sabar ajelah... Dugaan dan cabaran ni.. Anak-anak yang lahir pada tahun naga memang ramai biasanya kan, jadi tak hairan bilangan yang masuk ke sekolah berganda. Takkan diorang belajar di negara lain pulak, kan? Nak kecilkan ahli kelas, jumlah cikgu pulak yang tak cukup, jadi kena bersedialah dengan keadaan yang bakal ditempuh tak lama lagi ni.. P/s: bilangan murid ramai, persaingan pun ramailah, kan? Apalah keadaan Nazif masa masuk sekolah nanti.. Anak tahun naga juga ni..

Dont judge a book by its cover !

Petang tadi saya dan suami pergi menanya sebuah taska baru untuk hantar anak-anak bermula awal  tahun depan. Tempat baru ni jaraknya lebih dekat dari rumah kami, guru yang mengasuhnya pun ramai, ada 8 orang semuanya dan harganya lebih murah RM 50. Oklah kan tiga sebab tu untuk tukar tempat baru kan? Bukan tempat lama yang jaga Naim sekarang tak bagus, tapi macam dikatakan tadilah, ada tiga sebab lain yang rasanya tak salah untuk kami tukar tempat asuhan anak-anak. Cikgu-cikgunya peramah, tapi rasanya peramah lebih-lebih lak. Ada ke patut salah seorang cikgu tu cakap tak percaya saya kerja sebagai cikgu. Katanya suara saya perlahan. Takkan lah nak cakap dengan orang lain sama dengan cara saya kawal kelas? Lagi satu, tadi sebenarnya pada jam  5.30 petang tu saya dah penat sangat. Terasa malas nak singgah ke taska tu sebenarnya tapi memandangkan hari ni suami lapang, saya pun gagahkan diri untuk singgah. Apa tak penatnya, seawal pukul 8.30 pagi lagi kami dah keluar dari ...

Janganlah buat orang lain jadi tak ikhlas

Janganlah buat orang lain jadi tak ikhlas menolong kita .... Hidup kita ni kalau tak berkaitan dengan orang lain agaknya boleh tak? Mustahil rasanya dalam kehidupan kita seharian ni kita sorang je, orang lain langsung tak terlibat, kan? Bila melibatkan orang lain, selalunya akan ada tolong menolong, kan? Adatlah tu, sebabnya kalau seseorang tu SuperMom atau SuperBos sekalipun, dia tetap perlukan orang lain untuk melakukan urusan yang lain.. Semalam, memandangkan saya mula puasa ganti, Papa N bermurah hati tolong memasak makanan untuk berbuka puasa. Walaupun makanan tu siapnya pada pukul 7.35 malam, tak apalah kan, yang penting dapat juga makan tu.. Sebagai balasan terima kasih, bahagian kemas saya pulak yang buat. Kemudian, urusan anak-anak pun saya juga yang buat semalam. Nampak tak? Adat meminta pertolongan orang lain. Janganlah kita mengada-ngada contohnya komplen tak sedap ataupun nak minta yang macam-macam. Semalam masa suami tanya nak makan apa, saya cuma jawab te...

Gaya memandu nak selamat daripada kena saman

Image
Bijak betul rakyat kita ni. Tahu aje mana tempat yang dipasang kamera AES ni, tambah lagi tahu pula yang kamera ni mengesan had laju dapat dilihat antara jarak 2 hingga 3 kilometer sebelum lokasi kamera berkenaan. Yang 'bijak' ni sebab saya perhatikan kawasan yang sebelum diletakkan kamera ni sekarang akan sedikit perlahan aliran trafiknya, walaupun bukan pada waktu puncak. Macam ada apa-apa berlaku kat depan. Tapi, bila dah lepas kawasan kamera ni, sebahagiannya mulalah pecut tak ingat... Kalau macam ni agaknya boleh ke mengurangkan kadar kemalangan? Sama aje rasanya.. Saman memanglah dapat dielakkan tapi setakat itu ajelah .Pemandu kita beringat di kawasan yang ada kamera AES je, di kawasan lain tak beringat pula, sedangkan kamera ini diletakkan di beberapa kawasan kerap berlaku kemalangan yang dikenal pasti di sepanjang lebuh raya,jalan utama dan persimpangan trafik.

Pengaruh Korea

Image
Korang perasan tak kebelakangan ni produk dan pengaruh Korea memang menguasai negara kita dan rasanya hampir seluruh Asia macam ni.. Pakai telefon bimbit, dari Korea jenamanya.     Nak canggih lagi, guna tab atau note, jenama Korea juga. Masuk ke dapur lak, mesin basuh, peti sejuk,  jenama dari Korea lagi. Pergi ke ruang tamu, nak tengok tv, tv plasma, LCD atau LED jenama Korea lagi.. Tak cukup lagi, tengok lah siaran tv Korea, boleh pilih 391, 392 dan 393.. Bila cuti nak pergi melancong, ke Korea yang dipilih. Yang agak terbaru pula, ramai yang minat dengan lagu Gangnam Style... Tak faham maksudnya pun ramai juga peminat..   Bukan ke bagus dan bangganya kita kalau suatu hari nanti akan ada produk Malaysia yang menguasai pasaran macam produk dari Korea ni. Paling tidak pun pasaran dalam Malaysia. Biar kita gah dengan barangan buatan kita sendiri, tak nak lagi mengagungkan barangan dari luar.   P/S : Penah te...

Pengantin diarah bekerja pada hari perkahwinan

Zhang Yu, pengurus di pusat tol lebuh raya di Qingdao, wilayah Shandong di timur China, merancang bercuti seminggu untuk melangsungkan perkahwinannya. Bagaimanapun, majikannya membatalkan semua cuti apabila jalan raya di seluruh China sesak dengan berjuta-juta pemandu pulang ke kampung halaman masing-masing minggu lalu sempena cuti Festival Bulan. Zhang Yu terpaksa mengendalikan pondok tol itu dan pada masa sama, berjaya melangsungkan perkahwinan ketika waktu rehat makan tengah hari apabila rombongan kereta perkahwinannya melalui tol itu.       dipetik dari Metro Online... Memang tak patut, kan? Kalau saya rela berhenti kerja kalau kena macam ni...

Alahai...adoi

Tak elokkan mengeluh di pagi hari macam ni? nanti rezeki lari kan? Sebenarnya bukan saya nak mengeluh betul pun.. Perasaan bercampur sebenarnya pagi ni. Mulanya memanglah terasa sedikit keciwa sebab masih lagi sihat pagi ni, maknanya masih lagi kena pergi ke sekolah hari ni. Selain tu, syukur pun ada sebab ada kesempatan lagi nak berpuasa di hari ke 12 ni.. Apa yang buat saya terasa ralat nak pergi ke sekolah hari ni, sebenarnya sebab semalam di ketiga-tiga kelas yang diajar saya memang naik angin. Budak-budak ni, sejak sistem PBS ni macam dah kurang motivasi. Tu yang buat saya geram tu. Ada kalanya apa yang diajar diorang ambil mudah je, sebab tahu dalam PBS diorang akan diberi peluang buat sesuatu tugasan beberapa kali. Ai, bab ni nak cakap banyak pun tak boleh, saya ni bukan sesiapa. (Tapi geram betullah, menyusahkan orang je). Kelas pertama, sementara saya panggil budak-budak yang ada kesalahan buat pembetulan kali pertama, saya bagi kerja untuk murid lain. Sebelum tu, saya...

Iktibar dari drama Maafkan Aku

Ramai yang menonton cerekarama di TV3 semalam tak? Saya rasa banyak drama dan rancangan di bulan puasa ni yang membawa banyak pengajaran kepada penonton. Tahniah, nampaknya penerbit di negara kita ni  semakin ramai yang prihatin tentang hal ini. Taklah terasa menyampah nak tengok tv sesambil menunggu nak siapkan makanan ataupun bersantai-santai dengan ahli keluarga, kan? Saya tertarik dengan konsep orang yang menghargai peluang kedua. Macam Firdaus semalam, secara logiknya memang ramai antara yang terlibat dengan jenayah atau masalah sosial ni ada latar belakang seperti Firdaus. Naluri manusia yang penuh amarah memang takkan menolak untuk jadi jahat sekiranya dituduh dengan fitnah yang dasyat. Tak juga boleh kita nak salahkan sesiapa dalam hal ni, ramai yang terlibat. Namun dugaan Allah ni hanya Dia yang tahu apa hikmah-Nya. Siapa sangka peluang kedua untuk jadi lebih baik datang? Malah kehidupan yang jauh lebih baik Firdaus dapat. Dalam kehidupan kita pun, ramai yang dapat pel...

Hujan dan sikap manusia tak sabar

Petang tadi kawasan USJ memang hujan agak lebat. Pukul 7 malam pun dah kelihatan gelap macam 9 malam. Lagi-lagi melalui kawasan di sekitar Sekolah Wawasan, yang dalam keadaan tak seperti biasa kerana pembinaan LRT. Dalam kesesakan macam ni, ramai pengguna jalan raya yang tak mementingkan keselamatan diri, malah bersikap tak sabar. Macamlah diorang je yang nak balik rumah, macam lah juga orang lain yang mengikut peraturan dan giliran ni tak ada rumah yang nak kena balik. Korang bolehlah bayangkan berapa ramai yang sesuka memotong giliran selagi ada peluang. Berapa ramai yang memecut laju walaupun lampu isyarat kuning dah berkelip-kelip memberikan isyarat akan berlalu. Tu tak kira lagi dengan penunggang motosikal yang sesuka hati mencelah di celah-celah kereta. Bukan perlahan diorang ni...Main pecut je, tak kira hujan ke tak. Mungkin nasib malang bagi saya senja tadi. Kereta saya yang telah berhenti kerana lampu isyarat merah telah dilanggar oleh sebuah motosikal dari belakang. Tapi,...

Kadang-kadang kita perlu BUAT MARAH

Siapa yang suka kena marah kan? Sebenarnya saya pun tak suka kena marah dan jarang pilih untuk marah orang lain. Selalunya bila saya marah, takkan ada suara yang keluar dari mulut saya. Malah, saya jenis orang yang akan berdiam kelu bila saya marah. Kata suami, itu lagi ngeri. Dia lebih rela saya menyalurkan marah saya dengan kata-kata. Tapi, itu sudah tabiat, payah nak tukar. Tapi lain situasinya bila berhadapan dengan anak-anak yang ramai di sekolah tu. Sejak kelas dah bertambah ahli, daripada 31 jadi 39, yang asalnya 33 orang dah jadi 43, korang bayangkan lah macam mana situasinya. Ada 4-5 orang budak kecil yang membuat bising dalam rumah pun terasa bingit telinga, apa lagi 43 orang? Jadi, nak tak nak terpaksa saya kuatkan volume suara dan kena buat-buat marah dengan murid-murid. Saya sebenarnya ingat diorang tak takut saya sebab saya tak biasa marah, tapi rupanya berkesan.. Kelas lebih diam, tapi sikit je.Tapi sekurang-kurangnya dapat semua anak-anak ni diam semasa saya ...

cermin pilihan anda

Pernah tak korang ada masalah dengan cermin? Sebabnya ada cermin yang buat korang nampak lebih besar? Ada lagi satu jenis cermin, iaitu jenis kacanya yang buat korang nampak lebih kurus. Lagi satu lak, cermin jujur, yang kacanya akan reflek imej yang betul je. Masa belajar dulu, satu cermin di tangga bawah hostel sering jadi perhatian saya dan kawan-kawan, sebab imejnya akan kelihatan lebih kurus.. Untuk sekadar menatap diri, cuma sekadar suka-suka sahaja, cermin ni memang terasa bagus. Tapi dalam kehidupan, korang dan peringatan juga untuk diri saya sendiri, janganlah kita cari sahabat yang seperti cermin kurus atau cermin gemuk. Sebaliknya carilah sahabat yang seperti cermin jujur. Dan seperti kata orang, kalau itu harapan kita, kita juga perlu berkelakuan macam itu, jadi cermin jujur.