Bila anak ketiadaan papa

Alhamdulillah berakhir sudah sehari kami di kampung tiga beranak ni tanpa Papa N. Paling mencabar nak menangani Naim, anak manja Papa. Meraung dia tadi melihat papa bertolak balik ke KL. Mulanya dia dah memang siap ucapkan selamat tinggal kepada Tok bila tengok papanya mula angkut beg masuk ke kereta. Dia bagitahu dia dah nak balik rumah. Tunggu siap-siap kat dalam kereta. Beg mainan dia tu Naim sendiri dah masukkan ke dalam bonet kereta.

Sejam pertama selepas papa balik, saya memang penat. Nak bagi Naim tenang dan tak sedih, saya  ikutkan je apa kehendak Naim. Diminta nak main bola, mama layan main bola dengan dia , diberi makan ais krim Naim  nak tambah banyak kali pun mama izinkan. Dia minta nak makan kerepek pun mudah je mama izinkan, boleh tambah banyak kali. Nazif dibiarkan main kat bawah, Naim pula di pangkuan mama.. dia minta nak mandi dan  main air, pun mama bagi walaupun basah badan mamanya dia simbah.

Pantang ditanya mana papanya, mulalah Naim tunjuk muka sedih. Alahai, anak papa betul. Walaupun masa tengah hari tadi dia ada macam mengeluh ,'Papa ni keje je, kan mama?' .. nampak gaya macam marah papanya balik sebab kerja. Tapi masa maghrib tadi ada suatu ketika Naim panggil saya.
"Mama, tolong."
Saya tanya, " Tolong apa?"
"Tolong telefon"
Saya mula senyum tapi masih nak mengusik. " Abang nak telefon siapa?"
"Aaa...aaaa...aaaaa...aaa sambil dia tengok ke kiri dan kanan... "Telefon papa, boleh tak?"

macam manalah budak tiga tahun ni tahu cakap  perkara macam ni?

Naim akhirnya lena pada pukuk 10.45 setelah satu hari tak tidur langsung. Adik pula lena pada pukul 11.30 malam. Ada 5 hari lagi sebelum papa datang ambil kita, jadi Naim dan Nazif jangan nakal dan dengar cakap mama ok...

Sementara kita ada kat sini bagi Tok gembira dengan korang dulu. Bukan kita dapat balik lama macam ni selalu. Sian Tok nak manja dan main dengan dua Ahmad ni..

Comments

  1. Ala, kesian pula kat Naim… belum sehari, dah mula rindu papa… Pandai pula suruh mama call papa….. cute jer rasa….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. naim ni kesnya dia memang jenis nak semua orang ada di sisi dia.. masa saya keluar dgn kakak bawa nazif je, dia mengamuk juga walaupun duduk dgn papa dia..

      Delete
  2. Semangat dia angkut sendiri bag nya masuk keta yer, sekali kena tinggal ngan papa.. mau nyer tak sedih. Tu la betul cakap mama tu, enjoy masa kat kampung ngan Atok puas2, nnt boleh lagi menja2 ngan papa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... mmg kami gelakkan dia masa di bye bye atuk n angkat beng dia pg semalam tu.. dari dlm kereta dia siap lambai2..

      Harapnya 5 hari ni ok je dia..layankan je dia bebel pasal papanya kerja kuat..

      Delete
    2. ala...berselisih jalan kita nampaknya... harap dapat jumpa la, kejap pun ok kan :D

      Delete
    3. Betullah tu..kejap pun xpe..alang2 nk blk kb jugak.. bila nas sampai kb nati? Waktu msia...

      Delete
    4. I landing KLIA insya Allah 8hb jam 9.30mlm tapi tak dan dah nak catch flight ke kb malam tu, still susun strategi nak buat lagu mana, lari ambik bas terus atau rehat dulu semalaman kat KL. Last minute plan gini la dia hahahaa. U sampai hari gapo kat KB tu?

      Delete
    5. Setakat ni plan kami nak duk di kg sampai ahad.. isnin pagi (9hb) nak btolak balik dah.. adeh..gane ni.. rasanya Nas kena stay kat KL dulu malam tu..mesti penat nak berkejar balik malam tu.. macam mana ni? Nati dulula.. kita fikir2 smula deh..

      Delete
    6. tengok gaya nya macam kena stay jer satu malam kat KL, memang berselisih betul la jalan kita ni, takper insya Allah kalau ada peluang I turun KL, boleh jumpa kat KL hopefully. Takper leave and let it be.

      Delete
    7. Oklah.. panjang umur n jika Allah izinkan bolehla kita jumpa. BSP tu setengah jam je dr KLiA.. kalau kena masanya paling tidak masa Nas nak balik Berlin semula saya boleh ke sana. Kalau ada masa jumpa sebelum tu lagi bagus..

      Delete
    8. Insya Allah... kalau ada jodoh ketemu la kita yer. takut kang duk berlago bahu kat pasar pun tak kenal ehehe.

      Delete
  3. Dulu Zahin pun macam ni..Sampaikan tak sanggup nk tengok.Siap muntah2 lagi.kuat sangat menangis..Tapi malam tadi,ok je.Sepupu sepapat ramai kat kg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hsbnd zilla pun htr je ke? Xcuti seminggu ke?

      Delete
    2. mmg gitu sokmo..dia blk hntar je.jarang dpt cuti

      Delete
  4. nak buat macam mana..dh anak papa...macam2 kerenah naim ni..comel plak tu mitak tolong telefon papa..:)

    anak sy aiman tak kisah takde abah,kadang2 takde ibu pun dia tak kisah sgt..sbb dr baby dia memang dh biasa dok dengan wan n maktok..dah besar2 ni je tak nak pergi umah wan..boring katanya..umah wan takde astro, takde ps..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiman ni jenis tak apa..bgus macam tu kan..senang nak uruskan dia. Jenis naim ni mencabar sikitlah....

      Hari ni entah apa pula gelagat naim...pasti akan sebut lg papanya.

      Delete
  5. alahai sayu hati lieya bace...gitu le kalo manje ngan papa kan....rase ketiadaan papa tu...mcm dayyan gak la...mmg sgt2 rapat ngan papa...mandi pun nak papa, susu pun nak papa buat...kalo papa balik keje lambat siap laaa dok tanye2 dah heheehehe....jgn demam sebb rindu sudah la kan...takpe2 5 hari tu tak lame dah in sha Allah...mama kene pandai tarik perhatian naim laa nampaknye hehheeheheh

    ReplyDelete
  6. Rindu rupanya......eleh mama tu pun sebenarnya rindu gakkan...mesti sedih hehe....
    Tapi kalau Okje kan AN...berperang jugaklah dalam hati ni antara suami dan ibuayah...kesian ngan si dia yg kena drive sesorang tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... mana ada mama sedih ... mama relax je..mmg kesian fikirkan suami drive 8jam sorang diri tu..

      Betul Okje, kesian mak ayah nak main dengan cucunya.. sekali sekaa dpt duduk kat kg lama ni baru diorang rasa seronok..

      Delete
    2. yeh...betul ni tak sedih?...yew lew tu!

      Delete
  7. Btl tu , Mcm Amni pg td Angkat dr tempat tido nk Msk dlm kete , jerit2 ckp nk dok Ipoh , dia lupa kot baba dia ct skol mmg blk sekali ke Sg besar hihi

    ReplyDelete
  8. Sy tak pnh kena situasi mcm cikgu ni. Sebabnya Aydin klu tak de sy, mst kena ada papanya. Kalau tak de papa, mesti nak kena ada mommynya. Yg penting, salah satu mst ada. X pnh tglkan dia pd sesiapa hatta nenek atau atuk.

    ReplyDelete
  9. sapa x sayang laki kan hehehehe maaf.. xleh nk komen pjg2 kebusyan sgt ni ! mengejar waktu lunch tuk terjah laman kawan2 !

    ReplyDelete
  10. Belum biasa berjauhan kan... rasa bagaikan kehilangan.
    Naim tak tahu ke? Mama pun sebenarnya sedih tapi cover line tu hihi...

    ReplyDelete
  11. alahai siannya abg naim ye...rindu kat papa,papa keje nak cari duit utk naim juga.

    kadang2 bila tengok anak sedih macam tu,mak yg tak bole nak duduk, kesian tengok anak

    ReplyDelete
  12. Alahai, kesiannya kat Naim rindu kat papa rupanya. Masa ni lah boleh paw mama cukup-cukup. Apa pun mama akan beri mahu kasi reda itu rindu. Kalau tidak, mama juga yang teruk nanti. Eh, mamanya tak nangis pulak malam-malam, sembunyi-sembunyi telefon papa kata rindu gitu? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. mmg Naim ambil kesempatan betul.. dia minta mama dukung banyak kali.. 15kg tu...

      Delete
  13. Alahai.. tersentuh hati baca..
    Si kecil yang pandai rindukan papanya..

    ReplyDelete
  14. bukan naim jer rindu papa tu..mama nya pon sama tu..hehe.kan ain kan? ngeeee

    ReplyDelete
  15. alahai..sian naim..rapat sangatla tu dengan papa dia..tapi tak pe,mama dia pandai layan naim..;)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?