Rancangan menyepah

Nak menyepahkan rumah pun ada rancangan, haa.. kelakar perbualan Naim dan Nazif pagi tadi.

Sebelum masuk ke bilik air, saya pesan kepada Naim, " Naim jaga adik ya".

"Ok," jawab Naim.

Bila dah masuk ke bilik air, dari dalam saya dengar suara Naim, " Adik, mama tak ada. Jom kita buat sepah".

Perancangan baik dua beradik. Patutla rumah kita tak kemas. Korang siap buat rancangan nak sepahkan rumah ye, rupanya. Adik yang kecil ni pun ikut je abangnya...

Gambar hasil rancangan menyepah ni, tak payahla tunjuk ya...kisah biasa bila ada anak kecil.

Comments

  1. hakhak gelak sy dengan ayat kelakar budak berdua ni..lawak sungguh!

    aiman baru ni sy kemas2 sapu rumah mop lantai sekejap je dh semak balik..pastu abah dia pesan..

    "ibu dah kemas dah..aiman ok buat sepah..kemas ni kemas tu bla bla.."

    hari2 selama seminggu dokulang ayat yg sma..satu hari dia kata,

    "pening la abah ni hari2 cakap benda yg sama.."

    terus dpt sedas dua das

    ReplyDelete
  2. letih bila rumah bersepah.. kadang-kadang tak larat nak mengemas dah.. biasalah budak-budak..

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    ReplyDelete
  3. anak-anak kecik ni memang rajin "mengemas"... hahahaha

    ReplyDelete
  4. hihihi, rancangan baek punya… mama kena tingkatkan sabar :)

    ReplyDelete
  5. hihi..bijak dia..
    mmg terbaikla

    ReplyDelete
  6. assalam AN..lama acik tak datang sini..tak dapat pegang lappy lansung dirumah diopis pun tak sempat walaupun waktu tengahari..hujung tahun dan awal tahun biasanya kerja banyak nak diselesaikan..tu yang tak sempat

    ReplyDelete
  7. Hihihi..ada geng, best lah dia orng

    ReplyDelete
  8. Kalau indoor game ni...mmg itu kerjanya..kn..

    ReplyDelete
  9. adoi ..nak sepah2 pun ada plan gak.

    ReplyDelete
  10. hahaha...gelak acik baca tau..pandai naim ni ye, siap ada rancangan utk sepahkan rumah, mesti betul2 bersepah tu...

    ReplyDelete
  11. Okje yg tak de anak kecik ni pun rumah macam serabut AN...hehe betul tak bohong...macam manalah nak buat rumah ni tersusun mcm rumah rumah kat majalah tu alahai...

    ReplyDelete
  12. Teringat cerita member yang ada anak kembar. Mmg mcm tu... sorang tukang fikir apa nk buat, pastu kerjasama berdua utk execute plan tu. Hahah

    ReplyDelete
  13. Baik punya plan ni, nak menyepahkan rumah pun kena timing elok-elok. Bila ada anak kecil di rumah, memang tak menang tanganlah mengemas. Kita kemas, dia sepah. Kita kemas, dia sepahkan balik. Memang kita kena give uplah.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts