Mulakan dengan bismillah

Nampaknya tahun 2013 tinggal beberapa jam lagi. Kita di bumi Malaysia ni dah tak lama nak masuk waktu Asar pun. Bersyukur kita dapat teruskan kehidupan dengan insan-insan yang kita sayangi.

Saya hari ni berada di sekolah untuk sesi orientasi pelajar tingkatan satu. Hari ni kerja bahagian sambutan, jadi merempitlah saya dari rumah pagi tadi. Mujur sampai ke sekolah pada pukul 7.25 masih awal lagi untuk bersedia.

Setiap tahun pun, di majlis macam ni, saya selalu tersentuh melihat kerjasama dan penglibatan ibu bapa. Cukup ramai ibu bapa yang meluangkan masa untuk menghantar anak mereka ke hari pertama di. sekolah. Ada yang datang tu dengan bawa bersama anak yang masih bayi. Ada pula yang kelihatannya cukup prihatin, pelbagai persoalan ditanyakan sampai guru tingkatan pun pening nak menjawab. Apa-apapun, semua ni tak lain tak bukan, menunjukkan para ibu bapa memang prihatin dengan pendidikan anak-anak mereka.
Kehadiran ibu bapa melebihi jangkaan. Para pengawas kena letakkan lebih kerusi untuk para ibu bapa duduk.

Antara ibu bapa yang hadir tu, salah seorangnya menegur saya tadi.
" Cikgu, duduk BSP kan?"
" Ya," jawab saya. 
" Cikgu tak kenal? Kita sama kumpulan yasin".

Barulah terjawab persoalan. Saya ni jenis kalau orang yang saya jumpa kadang-kadang saja, mulalah memikir kat mana pernah jumpa. Rupanya anak puan ni masuk tingkatan 1 tahun ni. Masuk ke kelas yang saya ajar pulak tu, kebetulan.

Ingat cikgu tak takut ke kalau mengajar anak jiran atau kenalan? 
Bukan pelajar je takut kalau cikgu kenal mak ayah diorang, cikgu pun sama tau. Orang yang kita kenal ni, mungkin lagi banyak komennya daripada ibu bapa lain.
Haha...tak apa. Saya ambil dari segi positif. Kalau anak puan ni baik, bolehla tambah topik perbualan kalau jumpa lagi nanti. Kalau anak puan ni nakal, lagi bagus, boleh saya laporkan terus kepada maknya pasal kelakuan dia kat sekolah. Pastinya, semua murid akan dapat layanan yang sama, tiada pilih kasih.
Bismillah.... semoga tahun 2014 ni bakal jadi tahun yang menggembirakan, membawa rahmat dan kesihatan yang baik kepada kita semua. 

Comments

  1. Tugas cikgu dh bermula seminggu lbih awal kn..mulia kerja cikgu ni..jihad ni..klu jujur dn ikhlas byk sungguh kumpul pahala..

    knor kalau ank nk masuk darjah 1 ye knor tmn, hntr n balik je..setel apa yg patut dulu, klu tingktan 1..tk pula nk teman2...dh besar dh tu...sendiri je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kak.. saya cuba yg terbaik utk tahun baru ni

      Delete
  2. hihi..jumpa jugok..jauh tu anta usj..sblm ni dah ada ke bdk bsp?ckgu2 bsp taulah ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ada budak kawasan ni di sek kita.. tp yg tu semua tak kenal parents diorang..

      Delete
  3. bagus bila ibu bapa perihatin ttg anak,cuma jgn cerewet sudah.. :)

    ReplyDelete
  4. Selamat thn baru , kdg2 tu mmg kite tak pasan Wlaupun 1 tmn sbb blk keje terus balik umah je ;)

    ReplyDelete
  5. Rasanya anak puan tu pun lebih behave bila tahu cikgu yg mengajar tu duduk di taman yg sama… hihihi

    ReplyDelete
  6. hari pertama sekolah mmg cukup meriah..parents teruja dan mmg pentingkan pendidikan anak2...cikgu2 pun naik semangat.:)

    betul tu,kena amik dr sudut positif..kenal atau tidak,bahagi kasih syg sama rata..tugas guru tu penting..menyelamatkan seluruh generasi..

    ReplyDelete
  7. selamat bertugas dan semoga segala nya dipermudahkan.aamiin

    ReplyDelete
  8. Selamat kembali bertugas Cikgu Aisy.... :)

    ReplyDelete
  9. tak sangka boleh kenal akak pula.. lpas ni makin ramai kenalan la. nina pun kdang2 org tegur tp xpernah tau kt mana yg jumpa. hehe

    ReplyDelete
  10. dulu-dulu teringin nak jadi cikgu tp xde rzeki...keje la kat sini hehehe

    ReplyDelete
  11. Cantik dan besar sekolah awak yeh AN...mesti bersemangat nak gi sekolahkan..... yelah sekolah baru mcm best je hehe
    Betul apa yg awak cakap AN...kalau mengajar anak kpd mak bapak yg menjadi jiran kita lagi seriau...kalau Okje pun gitu gak tu!

    ReplyDelete
  12. Sama la! Saya pun x cam sgt org. Kadang blur je tgk org... sapa nih?

    ReplyDelete
  13. Semoga AN diberikan kesihatan yang baik untuk mengajar anak-anak bangsa dan mendidik mereka, ya. Jadi guru bukannya mudah tapi dah namanya pekerjaan, kenalah dilakukan dengan ikhlas. Tabik dekat cikgu-cikgu ni sebenarnya, kalau saya pun belum tentu boleh. Ni pun sibuk nak mencari guru kelas anak sebab masalah kecil aje pun, time table tak dapat salin dengan betul. Mommy tak faham Mandarin pulak. Makanya kena kejar cikgu kelas sampai dapat hari ni. Boleh ya gitu!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1