Cerah dah

Cuaca dua hari ni nampaknya alhamdulillah terang dan tak hujan. Hujan sikit jelah rasanya pada waktu malam. Cuaca baik yang pastinya dah dua hari kain baju elok je dapat kering. Alhamdulillah, berita gembira kepada orang yang jadi mangsa banjir, kan? Semoga dapat balik ke rumah masing-masing dan teruskan kehidupan macam biasa semula.
Petang semalam, Naim ajak saya dan Nazif untuk keluar main di luar rumah Tok.
Nazif mula-mula nak turun tangga tu nampak macam takut-takut je. Dia tengok je abang dia main dan lari-lari dari tepi. Dah lama sikit Nazif pun ikut lari sama dengan abang. Diorang ni lari sambil menjerit sampaikan kucing-kucing Tok pun bertempiaran lari. Takut agaknya tetiba ada dua orang manusia kecil yang menjerit-jerit kat rumah ni.

Dah puas menjerit tu Naim mula kutip batu-batu. Saya biarkan jelah, bagi dia rasa pengalaman main macam ni. Sambil main tu dah ingatkan dia lepas ni nak kena mandi betul-betul.
Cantikkan cuaca petang semalam? Harapnya hari ni juga sama. Kami nak menghadiri kenduri dan juga Naim dah minta nak main kat luar lagi petang ni. Hari terakhir kat kampung ni , bagi jelah dia main puas-puas, kan? sedih rasanya nak balik ke BSP ni.. 

Comments

  1. Betullah Aisy... lagipun dah tak hujan bagi ajelah anak-anak main. Balik rumah nanti dah tak ada peluang macam ini. Asyik dlm rumah berpagar ajelah jawabnya

    Kat JB pagi ni pun agak cerah tapi semalam petang masih hujan lagilah Aisy. Tak tahulah petang ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl kak..kat bandar tu kita takut nak biarkan anak main kat luar.. dalan pagar pulak tak ada pasir r tanah pun.. mana seronok

      Delete
  2. Kt sini mndung, kain smlm tk kering lgi..
    seseksli dpt main outdoor alangkah bestnya..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dak kecik tu bebas ke sana sini..

    ReplyDelete
  4. Aisy, tapi dengarnya ada segelintir tempat kat Kemaman yg masih dilanda
    banjir yg teruk sampai terputus bekalan air bersih, ada anak2 tak dpt susu
    sbb semua kedai dah tenggelam... kesian.

    *dah nak balik KL ea?. Drive safely...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..ada lg tempat yg masih dilanda banjir..kesian kat diorang tu.. semoga ok semuanya nanti.

      Thanks...doakan kami selamat sampai

      Delete
  5. Alhamdulillah weather back to normal kan, kat sini semalam macam dah reda jugak but still kena berjaga2, hopefully semua lancar. Dalam news pun cakap weather today supposed to be ok for fly and all, siap tunjuk untuk cek website flight boleh take off landing or not.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusla tu..semoga makin baik nanti.. yey JJ boleh kelik kg..

      Delete
  6. ooh..p.mas dah ok?alhamdulillah..cantik sgt gambar tu

    ReplyDelete
  7. Mmg cuaca nampak cantik…. sekali sekala dapat main kat laman yang luas, mesti seronok… main la puas2 Naim dan Nazif yer...

    ReplyDelete
  8. AN ditempat acik nasih hujan..tapi tak la berlarutan sampai seharian

    ReplyDelete
  9. cuaca dah beransur baik nmpknya..dh beberpa hari main dalam rumah je best la dpt lepak2 kt tangga..main la puas2,dah nak balik nti mesti rindu tok

    ReplyDelete
  10. Tak pe aisy biar ank2 explore dunia luar Sama :)

    ReplyDelete
  11. cantiknya langit membiru.. budak2 balik kg mesti aktif bermain.
    akak stay kt bndar saujana putra eh?

    p/s: klau nk kereta mainan tu dlm rm 6 dh boleh dpt 2 biji. kt luar sebiji dlm rm 7.9.

    ReplyDelete
  12. selalunya budak2,kalau blk kg..tak mau dok dalam rumah..kat luar lagi bebas,lagi seronok..kat rumah sendiri asyik terkurung ja..

    ReplyDelete
  13. betul tu cuaca dah elok sikit sekarang ni.

    kalu kat kg pun akak biarkan anak2 main,seronok la diorang,kalu dekat sini takut sikit nak lepaskan

    ReplyDelete
  14. Kalau kat KL tu belum tentu dpt main kejar kejar ngan kucen....Tak rindu kat papa ke tu?

    ReplyDelete
  15. Ini bukan anak-anak aje yang tak mahu balik BSP, maknya pun ni kena tarik bawa masuk kereta nih :D Memanglah seronok duduk kat kampungkan, tenang aje rasanya. Harapnya hujan semakin reda hendaknya, kesian kat mangsa2 banjir tu. Dapat balik rumah pun, kusut fikiran tengok harta benda yang rosak.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1