Kalau dah suka

Saya buat roti telur untuk Naim tadi. Memikirkan tadi Naim makan nasi goreng sikit sangat, saya buatkanlah roti telur ni dengan harapan habis dua keping roti ni dia makan. Dah letak salad tu untuk umpan dia makan.

Dia jeling je. Diambilnya salad, satu demi satu. Bila saya suruh makan roti, dia gelengkan kepala.
"Tak naklah. Pedas."
Oh, mama letak cili sos rupanya. Kali ni balik kampung lupa beli sos pencicah. Kalau sos pencicah rasanya tak pedas, jadi Naim boleh makan.

Abisnya, Naim sendiri pergi ke arah peti sejuk. Ambil kicap dan tuangkan ke dalam tempat sos cili tu. Abis juga 4 keping kecil roti ni. kalau dah peminat kicap ni, apa-apa pun nak makan dengan kicap. Apa-apa pun tak kisahlah nak oii..

Lega tengoknya. Kira oklah tu. Makan juga walaupun tak banyak. Roti yang selebihnya Nazif dan mama yang makan walaupun tadi kami juga yang makan nasi goreng.. alhamdulillah.

Comments

  1. tak apa lah makan dgn kicap pun janji naim nak makan...
    bagusnya naim makan salad,kalu adam mau dibuangnya salad tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naimkan peminat sayur.. tu yg jadi umpan utk dia makan roti tu..
      Itulah yg rumah ni wajib ada kicap.. kalau tak payah.

      Delete
  2. xpa..janji naim nak makan kan..huhu...kat umah kak intan pon wajib ada kicap..kicap lemak manis..dulu mkn cap kipas.tp sebab mahal,..tukar jalen...sedap juga..janji kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..samalah. saya pun dah 2 bulan tukar kicap jalen.yg botol merah tu sedap kan...

      Delete
  3. eh,suka makan sayur yer...elok tu..cam mana nak bagi anak suka makan sayur yer?jenuh la nak berkejar dengan AniqFiras..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua beradik ni mmg suka sayur.. slow2 ajar Aniq makan sayur ye.. budak2 biasalah tu.

      Delete
  4. Alahai, bgsnya Naim nak makan sayur ijau mcm tu. Si Aydin, jgn hrp. Sy pun risau klu Aydin tak nak breakfast. Waktu lain tak nak makan, tak apa. Jgn breakfast. Huhuhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. betul tu.. kena breakfast baru badan sihat..

      Delete
  5. samalh dg muhammad asyik kica,telur...mknan tersedap di dunia ktanya...cli sos tolak tepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ikutkan sajalah ye kak nor. Asalkan makan ye..yang tak tahan masa kat kedai makan, pun nak minta kicap juga..

      Delete
  6. Bagusnya suka makan sayur..selalu budak2 tak suka sayur walaupun tak pahit..

    ReplyDelete
  7. boleh geng dgn danish… makan nasi kerabu pun cari kicap…. huhuhu

    ReplyDelete
  8. Amni pun suka kicap , mmg kena ada kicap je

    Bas Oreo tu mil beli masa kat tesco rm19.90 Ada byk Oreo pack kecil2

    ReplyDelete
  9. sedapnya kalau makan petang2 macam ni..

    ReplyDelete
  10. rumah sy dah lama guna kicap jalen. selain murah dan sedap, sy juga sukakan penutup botolnya tu.. selamat dah bersih sbb kicap takkan tumpah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. kami pun tukar atas rekemen cik sal lah ni..thanks

      Delete
  11. Bagusnya Naim ni....
    Suka sayur lebih dpd karbo....healthy....Mama jugak yg untung....kenyang makan lebih Naim hehe...

    ReplyDelete
  12. amboi comelnya perangai makan roti dengan kicap..takpelah jnji dpt khasiat protein tu kan naim

    ReplyDelete
  13. penggemar sayur ni. sayur duuyg dipilihnya
    alhamdulillah

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts