Roti gatai

"Mama, nak roti gatai"..
"Mama, cepatla masak roti gatai. Naim lapar ni"..

Mau tak terkejut saya, tiba-tiba Naim minta roti gatai. Apa benda ni? Siap dia tarik-tarik tangan mama lagi, semata-mata nak paksa mama masuk ke dapur. Tiba-tiba saya teringat pasal roti canai segera yang ada dalam peti sejuk.

Saya pun tanya Naim, "Naim nak makan roti canai ke?".
Rupanya Naim minta nak makan roti canai. Haa.. lucu kan? Canai dan gatai, kan jauh beza bunyinya tu?

Ni ha..roti gatai yang Naim nak. Makan cicah gula halus. Habis sekeping dimakannya petang ni, sambil menonton kisah Upin,  alhamdulillah. Kalau benda yang dia minta selalunya memang habis dia makan. Berbaloilah juga mama masak roti ni..

Comments

  1. canai jadi gatai..cuma huruf a & i saja yang betul..
    luculah Naim :)

    ReplyDelete
  2. hahahah..ingatkan cam mana rupalah roti gatai tu..bikin saspen je Naim ni kan

    ReplyDelete
  3. Naim.. auntiepn nak roti gatal jugak..

    ReplyDelete
  4. maaf Naim, roti gatal lak, roti gatai, hu3

    ReplyDelete
  5. budak2 ni mmg banyak istilah . sama cam anak buah saya .

    ReplyDelete
  6. Ingatkan apa laa tadi roti gatai… hihihi, suka sgt la tu dapat roti gatai…

    ReplyDelete
  7. Ha ah jauh bunyinya...mimpi kut...

    ReplyDelete
  8. waaaa roti gatai segera buat sendiri ke

    ReplyDelete
  9. Oooi, jauhnya canai ngan gatai. Payah tu nak cari roti yang gatai-gatai sikit cakap kat Naim :D

    ReplyDelete
  10. hhehe jadi roti gatai la pulak hehe

    ReplyDelete
  11. jauh benor lencong bunyiknya tu.hihi

    ReplyDelete
  12. lebih kurang je bunyinya gatai n canai tu..apa la mama ni.muahaha..lawak2 naim ni tau..baru2 bercakap mmg byk perkataan lawak keluar..aiman dulu pun sama

    ReplyDelete
  13. Jenuh pikir nape Naim panggil roti gatai...canai....ye le 2 huruf belakang tu sama....harus le keliru!

    ReplyDelete
  14. hahaha...adoeh..kak intan dah gelak sakan nih...tunjuk kat en firdaus entry ni..dia pon tergelak..adoehhhh roti gatai ya.. mamak ! roti gatai satu!!! haha

    ReplyDelete
  15. kelakar la naim ni...macam sedap je roti gatai tu..ehehehe

    ReplyDelete
  16. Salam Puan Aisy Nasiha. Kami ingin maklumkan penggunaan gambar roti "gatai" Puan di page kami. Jika Puan tidak senang dengan perkara tersebut, mohon jasabaik Puan untuk maklumkan dan kami akan alihkan. Terima kasih.

    Roti Canai Kuah Sotong

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1