Taklah kecewa sangat penyokong pasukan Malaysia

Ramai yang dah tengok perlawanan bola petang semalam, kan? Peminat bola seperti suami saya duduk di hadapan tv dari awal hingga habis perlawanan. Kagum betul dengan semangat diorang ni. Isteri yang memahami ni siang-siang dah pesan, " kita makan kat luar jelah bang. Nanti boleh abang tengok bola dengan aman. Tak payah abang jaga anak masa ayang masak". Bijakkan kat situ? Boleh bergoyang kaki..

Saya lepak je kat dalam bilik. Malas nak jadi penonton sama. Bila dah habis baru Papa N datang dan lepas tu baru kami keluar cari makan.
Mencuba burger bakar di Puchong Utama pula kali ni. Mujur peminat bola ni berpuas hati dengan rasa burger ni. Sepanjang perjalanan pergi, banyak saya dengar ulasan pasal bola. Saya iyakan saja. Malas nak menambah. Dah keputusannya macam itu, kita redha sahajalah apa takdirnya. Tahun seterusnya cuba lagi..

Wajah tiga beranak ni makan semalam. Gelak tengok budak kecil baju biru tu minum air. Bersungguh-sungguh bangun nak menghabiskan suku gelas air horlick, dah habis dia minta lagi. Mama tambahkan sedikit air tembikai. Naim pula, bawa gelas jauh, minum air limau ais yang sedap macam air Tok Abah (dalam boboiboy) katanya. Apa-apa sajalah, asalkan perut masing-masing berisi. Peminat bola tu masa balik tak sebut lagi pasal bola..kenyang makan burger katanya..roti sedap.....tenang rasa perjalanan balik. Dia cuma ulas pasal beza Burn Burger Bakar dan Kaw Kaw Burger Bakar je. Perjalanan balik macam sekejap pula.. haha..


P/s: pasukan Malaysia kalah dengan sepakan panalti. Bagi saya dah tak menghampakan tu..korang?

Comments

  1. ylh xder rezeki, redha jerlah..

    ReplyDelete
  2. sedap sate yg naim mkn..saya pun frust smlm..huhu

    ReplyDelete
  3. akak join en.azmi tgk bola semalam..hehehe kdg2 bersemangat juga tgk, maklum la dah duduk dgn peminat segala sukan ni, terpaksa juga la jd peminat sikit. geram pun ada bila tgk semalam,tp dah kalah nak buat mcm mana, harap2 dpt la gangsa nanti...hihihi

    sedap ye burger tu? tak pernah merasa lagi burger bakar nih..mcm sedap je..mcm sedap je..hehehe

    ReplyDelete
  4. haha..nasib baik semua dlm rumah akak ni kaki bangku...(takde semangat kesukanan langsung)

    ReplyDelete
  5. Kakak bola-bola ni tak tengok pun Aisy. Abang pun busy sama so sekeluarga tak tengok. Kami keluar makan juga mlm tadi.

    Tengok hero comel minum memang gelihati. Boleh tahan sampai berdiri. Sedap betul menikmati air horlicks tu:) Dah makin membesar dah anak-anak Aisy. Seronok bila keluar dan pandai makan sendiri. Adik ajelah kena jaga tapi nampak suka berdikari tu hihi...

    ReplyDelete
  6. nampak mcm bapak bdk je yg bj biru dlm gambar tu

    ReplyDelete
  7. Akak tengok bola ikut mood..anak2 yg frust bila kalah..kita ok jer..hihihi
    Berger tu bikin terliur laaa..tak bekpes lagi ni...

    ReplyDelete
  8. Cantik shoot pic hihi mmg lapor benor encik suami tu hihi

    Nampak gaya saya berpjj lg la aisy ;)

    ReplyDelete
  9. lebih kurang mcm burger bakar je kan.. besar juga ya. xtgk bola pun asyik layan blog. hehe

    ReplyDelete
  10. sy pun jenis bukan kaki bola sgt.tak beriya la macam peminat bola en suami sy tu..menang kalah no hal je bagi sy.haha..

    apesal sy tgok sosej tu lagi tergoda dari bege bakar?hehe

    ReplyDelete
  11. nasiblah org kat rumah ni idaklah fanatik sangat dengan bola...biasa biasa je....
    Eh lamalah okje teringin nak makan berger yag tinggi gitu. Hari tu masa makan nasi Arab depan tu ada stall berger...tp OKje nak order, malu pulak dgn hubby hehe

    ReplyDelete
  12. ok j.
    sama sama kuat.
    sedapnya nengok burger tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts