Bakal pejuang mama

Dah tengah malam, anak-anak tak nak tidur lagi, jadi mamanya pun pastilah tak boleh tidur juga lagi.

Mulalah saya risau kot esok bila ke sekolah saya akan menguap-nguap kesan tak cukup tidur ni. Berkali-kali usahakan supaya budak berdua ni lena tapi tak juga ada yang menunjukkan tanda nak pejamkan mata.

Makin kita nak pujuk diaorang ni tidur, nampaknya makin aktif pula diorang. Ada saja gelagat yang buat mama ketawa atau pun jeritkan. Macam tadi, Papa N cakap dengan Naim, " Naim, esok mama sekolah. Naim dan Adik, papa jaga tau, kena dengar cakap papa."

Selamba je Naim jawab semula, " Ok, baik. Esok Naim jaga Adik. Naim jaga papa.. Ok".

Sweet je rasanya budak kecil cakap nak jaga papanya dan adiknya.. haha.. ada gaya nak jadi pejuang negara tak? Sempat Naim posing dengan mask dan pistol pinjaman..

Comments

  1. hihihi, comel jer Naim jawab… dia pula yg offer nak jaga adik and papa…
    buat mama, Selamat kembali bertugas :)

    ReplyDelete
  2. lucu kan bila dengar budak2 ni cakap!macam tak sangka pula ia keluar dari mulut budak 3 tahun

    ReplyDelete
  3. Hehe hebat anak mama, semoga menjadi pejuang mama yg hebat dan soleh ;)

    ReplyDelete
  4. Amboih lengkap dengan gadget diaaaaaa....dah macam komandor

    ReplyDelete
  5. Wah, besar mask daripada muka ni Naim... Baguslah ada hati nak jaga Adik dan Papa. Ke terbalik ni?

    ReplyDelete
  6. sweet sgt abg naim ckp mcm tu...klu abg adam dah jawab " ok..bos.." hehehe tp semalam suruh panggil dia ultramen..hmmm nak suh tgk baby pun kena ckp " ultraman tlg tgk baby sekejap" baru dia pg tgk

    ReplyDelete
  7. setiap hari ada je gelagat mereka
    yg buat kita senyum dan juga buat kita naik darah
    hihi

    ReplyDelete
  8. Semalam Okje mengantuk sungguh AN...tidur je siang siang.....mmg tak senonoh .... kononya penat le balik kampung haha...padahal bukan dia yg drive pun!
    Wah...mmg ada bakat jadi pejuang tu.... tapi sanggup ke nak lepaskan anak anak tu?

    ReplyDelete
  9. pandai naim jawab..nak tergelak dibuatnya.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1