Idea

Cuti panjang ni dah mula rasa malas. Seharian duduk di rumah, rasa otak tak berkembang pulak. Korang rajin rajinlah update blog, boleh mengisi masa lapang saya ni.

Mulalah berkira-kira apa nak dibuat, kononnya banyak masa lapang. Semalam, saya cadangkan kepada suami, nak buka sebuah pusat jagaan harian untuk anak-anak. Kononnya diinspirasikan oleh pengalaman MamaNaimNazif ni. Pusat jagaan MamaNaimNazif ni korang boleh hantar anak ikut hari, bayarannya oun ikut hari yang dihantar tu. Haa, sebab stress dioarang ni pengah semalam, terus dapat idea ni. Yelah, korang pun macam sayalah kan? Kalau cuti seboleh-bolehnya nak jaga sendiri malaikat kecil kesayangan korang. Tapi budak-budak ni pun ada mood juga kan? Jadi, di hari korang rasa anak macam nak berkawan dan korang ada kerja penting nak dibuat bolehlah hantar ke pusat saya ni.

Canggih tak idea? Habis kena gelak dengan suami. Tak leh jalan, katanya.

Arini pula saya terfikir nak buka kedai kecil jual cendol. Diinspirasikan oleh terasa nak makan cendol tapi tak tahu mana nak cari. Kalau saya buka gerai tepi jalan, tak sesuai, sebabnya takut panas. Haa, jadi hitam nanti. Jual cendol ni bukan ke modal sikit dan masa kerja tak lama? Takkan nak buka pagi buta? Siapa nak cendol pepagi tu? Jadi, sesuailah idea ni, kan? Buka pukul 12 tengah hari hingga 5 petang je. Malam boleh main dengan anak-anak. Dah banyak hasilnya nanti boleh buka kafe idaman saya.

Apa macam? Ahli dewan rasa munasabah tak idea? Apa? Tak sesuai? Ala, penat saya fikir tau. Merajuklah....

Comments

  1. Haaaaa..yg kedua tu rasanya ok kot ain..haha…kak intan pon ada idea..kepada cikgu2 sekolah ain yang nak join kelas mekap kak intan bolehlah ain habaq kat kak intan..ideaaa mai dah nih.,,hehehe..syok kan pk untuk tingkatkan taraf hidup kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... boleh, kalau saya promote ni agak2 saya dapat diskaun tak? Haa..

      Delete
  2. Apa kata bt bisnes online. Iklankan kt FB. Jual apa2 yg cikgu expert. Ok gak tu. kan? Best gak jdk cikgu ni. Time cuti, byk masa lapang. Sukeeeeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...pun ok cadangan fara ni. Kena fikir pula apa benda yg nak dijual..

      Delete
  3. eh eh ok jg idea jaga anak tu..bila akak byk keje bole hantar dekat aisy..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..boleh jalan nampaknya idea ni. Akak dah macam berminat tu.. apalah suami saya ni, tak menyokong langsung kan..

      Bila tu nak buatnya...?

      Delete
  4. Ai sbg ahli dewan amat bersetuju dgn idea buka kedai cendol tu, anak sedara ai pun ada sorang jual cendol. Tentang "Pusat jagaan MamaNaimNazif" tu Puan Aisy kena fikir 2,3 kali sbb ianya melibatkan nyawa manusia. Pemantauan kena lebih, kang tak dpt bercuti memana pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks atas ingatan...betul juga kan..nyawa anak orang tu, bukan macam jaga ayam.. tak jadilah plan tu.. cancel..

      Apa nama kedai cendol saya nanti? Macam ramai setuju jual cendol ni. Tapi saya nak jual masa cuti, cuti hujung tahun ni selalunya hujan, boleh laku ke cendol ? Adeh..

      Delete
  5. saya setuju dgn jaga anak tu..bagus jugak buat cara penjagaan by day mcm tu..mcm kat luar negara kan biasa kita tgk kat dlm drama or filem omputih, ada orang dtg rmh and jaga budak kalau mama papa bdk tu g dinner ke function ke kan..tp bab keselamatan memang kena fikir berjuta2 kali lah kan.. :)

    thanks akak singgah blog saya, saya follow akak utk tambah kenalan :)
    saya follower ke 316 :))

    ReplyDelete
  6. kalau dah terfikir hingga nak buka kedai cendol tu, mmg banyak sgt la masa terluang… best nyer la dapat lepak dgn anak2….
    Tapi idea cendol tu pun best jugak… mula dari yg kecil dulu, lepas tu terus kembangkan jadi cafe :)

    ReplyDelete
  7. macam2 nak buat tu AN..he he..acik pulak selalu berangan nak jual ABC..bila susah sangat nak minum ABC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. bolehla tu..kita ni bolehla kongsi niaga nanti ..acik jual abc dan saya cendol..mesti laku..

      Delete
  8. Knor rasa berniaga lg bagus...klau jga bdk..penat rasanya....

    ReplyDelete
  9. idea ni klu diusahakan boleh diperkembangkan..ok apa, pusat jagaan kanak2 tu releven la utk suri rumah..mana tahu ada suri rumah nak bersendiri shopping, jumpa kawn2, nak honeymoon privasi dengan hubby ke boleh hantar anak sekejap.haha..

    pasal stall cendol boleh je asal ada kemahuan n modal..klu sibuk kerja ambik je pekerja jaga..tp kena pastkan yg betul2 boleh diharap la..

    tp nmpknya idea ni macam main2 je kan.kes takde benda nak fikir santai2 cuti sekolah ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. itulah, saya ni tak ada kesungguhan dan keberanian walaupun dlm hati mmg ada niat nk berniaga. Kawan lain ada je yg kerja sambil ada bisnes sampingan. Diorang pandai bahagiakan masa dan uruskan antara tanggungjawab rasmi dan peribadi..

      Delete
  10. hihihi..elok gak tu jual cendol...akak nk g beli hihih..

    ReplyDelete
  11. Aisy... ini kisah benar kakak nak inform. Lelaki ini baru menikah (kerja kilang aje tau) nasib tak baik tangan kirinya masuk mesin putus. Berbulan duduk hospital. Sebaik sembuh dia malu nak kerja lagi. Tapi isteri dia (pengantin baru tau masa tu) terus cadang buka warung cendol. Duit socso yg dia dapat beli peralatan/mesin semua. Sekarang hidup senang dah siap anak-anak pun boleh tolong buat cendol sama. Kalau lihat cara jualan dia kakak rasa sehari tak lari dari 300-400/- dia boleh dapat. Itu pun jual cuma tengahari hingga petang. Cuma kalau hari Sabtu/Ahad pagi dia dah buka sebab org ramai.

    Macam-macam cendol dia ada. Kacang, jagung, buah kabung, durian, pulut, kacang merah eh... macam-macamlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak tu hikmah tangan putuskan AN....tp jauhkanlah dugaan tu....
      Tulah AN best gak tau berbisness ni.....tp bila mengenangkan nak membuatnya, nak mengemasnya......aduss....
      terus cancelled.....hehe...

      Delete
  12. tak pun buat jual nasi2 berlauk yg dah siap bungkus lauk dlm tu.@ nasi lemak.kalau jual tempat org p kerja ke skolah ke, mmg laku.

    ReplyDelete
  13. elok tu kalau nak bisnes cendol..sambil tu jual pisang goreng..ok tak?

    ReplyDelete
  14. Oh, ini asalnya idea nak berniaga cendol rupanya! Buat bisnes kalau betul caranya memang kencanglah, masyuk sesaja. Kalau tak bersungguh, kencang juga lipat bisnesnya :D Ini baru 2 idea je ni, AN. Takda lagi ke?

    ReplyDelete
  15. bagud idea tu.
    cendol mmg penat sikit la. mula mula mmg la payah, lama lama mudah la. in shaa Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts