Ayah dahulu vs mama sekarang

Cuaca hujan yang berterusan ni menyumbang kepada aktiviti dalam rumah. Sesuailah tu, mama Naim Nazif ni memang suka pun macam tu. Nak berjalan banyak dengan dua orang anak kecil yang aktif ni saya pun segan. Bukan segan apa, segannya sebab bila anak-anak mula melasak, orang yang tak biasa tengok tu mesti akan rasa lain.

Macam semalam, Naim macam teruja sangat masa kami balik daripada makan, dia nyanyi, sebut macam-macam dialog, usik Ayah Su yang tengah memandu dan macam-macam lagilah, sampaikan Toknya tanya macam manalah gelagat Naim semasa dalam perjalanan balik ke Pasir Mas, sedangkan perjalanan yang setengah jam pun dia tak duduk diam barang seminit.

Sepetang tadi saya temankan Naim tengok tv. Hampir semua channel kartun kami tengok bersama. Mulanya tengok Pada Zaman Dahulu, kemudian Oggy and the Cockroaches, seterusnya Boboiboy, hinggalah akhir sekali Oggy sekali lagi. Ada dalam 2 jam lebih juga jangka masanya tu.

Menjelang pukul 6.30 tu Ayah saya panggil Nazif dan sambil Ayah main-main dengan Nazif tu sempat Ayah buka buku dan bacakan sedikit bahan bacaan tu  kepada saya.

Terkedu seketika. Terus saya teringat masa saya kecil. Memang dah jadi kebiasaan ayah untuk panggil saya datang dan ayah bacakan kisah kisah Nabi kepada saya. Rasanya semua kisah nabi pernah saya dengar daripada mulut ayah.

Saya bertanya kepada Ayah, di usia saya berapa Ayah mula bercerita kepada saya tentang kisah para nabi. Tapi jawab ayah, sudah lupa. Setakat usia Naim 3 tahun 9 bulan ni saya langsung tak pernah lagi ceritakan walau satu kisah Nabi. Aduhai, mama moden ke sebenarnya saya ni mama yang tak cukup ilmu agama? Terlalu ikut gelombang IT sampai lupa nak terapkan kisah para nabi dan anbia' kepada anak-anak yang masih mentah ini.

Alahai.. sebelum terlambat, saya rasa patut mulakan dalam masa terdekat untuk perkenalkan Naim dengan kisah para Nabi. Jangan semata bagi dia main dengan Ipad atau menonton tv sahaja. Cuma nak kena fikirkan cara yang sesuai dengan usia Naim ni supaya dia dapat faham apa yang disampaikan..

Comments

  1. hmmm...hmmmm.... macam tamparan kepada I jugak.

    takper.. kelik kelate I hambat JJ suruh gi Usrah ngan Oma dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..ingatan utk diri saya sebenarnya ni.. kalau ada yg tumpang ambil ingatan bagus juga. Atuknya duduk memuji Naim ni tahu macam2..apa ipin buat, apa Oggy buat, apa boboiboy buat... dalam hati saya hari ni mula rasa kalau sebut Nabi Muhammad pasti Naim tercengang tak tahu apa2.. salah mak ayahla ni..

      Delete
  2. Replies
    1. Haa.. bagus...jom kita sama2..berubah

      Delete
  3. Bila baca ntry ni..tersedar jgk akan kesilapan diri sendiri..masa anak2 kecil dulu, jarang2 akak bercerita dgn dia orng..cuma bila dia orng dah pndai membaca, akak belikan buku2 tentang Nabi pada dia orang..

    ReplyDelete
  4. Owh, saya pun tersentap sama... Baru order buku2 dr m'sia utk bed time stories dgn anak anak.... Pernah baca juga somewhere pasal spending time dgn anak2 dgn baca kan kisah2 nabi ni... Tu terus order buku Dari m'sia...

    ReplyDelete
  5. hehe..akak tgh habiskan buku kisah2 nabi...bkn apa,kdg2 lupa hal2 yg kecik dalam kisah2 perjuangan para Nabi kita..

    ReplyDelete
  6. salam aisy...
    betul tu akak pun macam tu jugak, ada je buku pasal kisah nabi yg dibeli tetapi akak tak bacakan pun,mula2 je semangat lepas tu terus tak buat,nanti kena buat balik ni.

    oh ya masa akak bersalin dulu,adam dan adrien dijaga oleh kakak akak,mentua akak ada hal waktu tu tak dapat nak jaga anak2 akak..

    ReplyDelete
  7. Betullah AN...sebenarnya bagus ceritakan kepada anak nak kisah nabi ni... rasanya OKje pun sama, buku bukan main beli, tapi entah mana perginya....lupa dah sebab dah lama no...
    Budak budak ni nak tunggu dia baca sendiri mmg idaklahkan...kalau macam anak OKje ni...

    ReplyDelete
  8. ialah..akak pon beli tapi simpan..nak kena cari na bacakan untuk mia nie..tq tlg ingatkan

    ReplyDelete
  9. betul lah dulu2 arwah abah akan ceritakan semua kisah2 nabi pada KA,.. tapi kita ni sgt2 berbeza kan.. anak2 lebih byk tahu dari pembacaan !

    ReplyDelete
  10. Saya pun samalah, AN. Beli aje buku-buku lepas tu suruh anak baca sendiri. Yang kecil tu memang tak tahu apalah. Kenalkan abjad pun main sambil lewa pulak, tak macam bersemangatnya kita nak mengajar mereka bahasa dan lain-lain tentang duniawi ni. Insaf sekejap :(

    ReplyDelete
  11. alamakkk saya pun sama.. nak kne g beli gak la... xda lg cite kat anak2 pasal kisah2 nabi ni

    ReplyDelete
  12. Tq entri ni. Baru saya tersedar dah lama saya x cerita kisah nabi dgn malaikat kecil saya

    ReplyDelete
  13. usia naim dh 3 tahun klu bacakan tentu dia dah faham sgt rasanya..cuma mungkin byk perkataan yg dia tak faham dia akan tanya..kt sini la cabaran nak terangkan bagi dia faham..:)

    sy biasa bacakan aiman buku cerita since baby..tak kisah la cerita nabi ke apa..hampir setiap hari bedtime story..sejak dh ada adik ni je takde aktiiviti bedtime story..ibu dh tak tidur dengan aiman kekdahnya.haha

    ReplyDelete
  14. alamak,sentap..nampaknya IbuNoey pun kena ajar cam ni jugakla..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1