Petua masak banyak tetapi sedap

Ilmu yang saya belajar semalam semasa menolong masak untuk kenduri. Bukan nak jadi chef hotel pun, saja nak tambahkan ilmu pengetahuan tentang masakan, di sambil kalau dapat dipraktikkan masa ramai tetamu di rumah, pun bagus juga. Apa taknya, saya ni kalau masak untuk dua orang makan, ada rasa lagi. Kalau masak banyak daripada biasa kuantitinya, selalu ada masalah tentang rasanya. 

Petua yang sempat dipelajari:

1. Menumis bawang dalam kuantiti yang banyak, perlu ada minyak yang sesuai dan menggunakan api yang besar supaya bawang masak sempurna kesemuanya. Ha.. baru masakan korang sedap jadinya....kalau bawang tak masak, memang hasilnya tak sedap masakan tu. 

2. Masak sayur dalam kuantiti banyak, contohnya kacang, kena dipotong sseserong yang boleh. Barulah awasnya akan masuk sekata ke dalam belahan sayur ni..

3. Masak benda berkuah cair, macam tempoyak atau asam pedas, pastikan kuahnya sudah cukup rasa dan masak sebelum masukkan ikan.

Hasilnya : antara lauk kenduri...wajib ada masak tempoyak..

Comments

  1. em. bestnya lauk2 ni. kenduri sempena apa ni? terliurnya ikan keli sambal tu

    ReplyDelete
  2. Bab bwg lmbt msk yg fail tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Wah!. Dah boleh buat katering ni Aisy.
    Oooo itu rupanya kenapa sayur2 kena potong serong masa kenduri kendara.
    Sangkakan sekadar utk cantik2 je.
    Thanks for sharing!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumpa orang yg pakar baru kita tahu sebabnya ...kan?

      Delete
  4. Petua yg berguna...Thnks atas perkongsian...

    ReplyDelete
  5. Saya pun sama, masak untuk 4 orang sekeluarga paling banyaklah tu. Kadang-kadang rasa malu nak suruh kakak-kakak merasa masakan sendiri. Most of my sisters memang pandai masak. Memang menjilat jarilah kalau mereka memasak, tak kiralah untuk 2,3 orang ataupun ramai.

    ReplyDelete
  6. oohh..baru tau, sedapnya lauk2 tu..

    ReplyDelete
  7. tempoyak patin xleh tahan tgk..woooo

    x pandai jgk masak utk ramai org

    ReplyDelete
  8. betullah AN Okje pun out kalau masak banyak..... Kalau masak sikit pun kekadang out hehe apatah lagi banyakkan.....Sedapnya tempoyak tu AN.... nak kena beli tempoyak kat Pasar Tani ni gamaknya!

    ReplyDelete
  9. yg last tu tak bley buat..sy klu msk byk ke sikit ada masalah dlm merasa makanan..pendek kata sy masak jarang rasa.main hentam je..:)

    ReplyDelete
  10. ya betul tu.. hikhik
    sya selalu masak utk 80 orng makan.
    alhamdulillah :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1