Tidur dari 9 malam hingga 6 pagi

Hebat betul kuasa tidur. Mula golek-golek di tilam pada jam 8.45 malam, sambil  pujuk Nazif tidur sama dengan mama. Memang tak lama, Nazif pun lena. Mamanya apa lagi, terus pejamkan mata. Memang itu pun tujuan asal.

Tak sangka dapat tidur lama. Bila ada  anak dua ni jarang sekali saya tidur lama. Lagi satu, mana pernah kami tidur  seawal pukul 9 malam. Dua Ahmad ni selalu main sampai pukul 1 pagi, biasanya. Jadi 9 malam ni macam pukul 5 petang diorang, semangat lagi nak main..Semalam, rasanya Naim pun tidur lebih kurang masa kami tidur. Saya terjaga untuk cas hp sekitar pukul 10.15 malam, saya tengok Naim pun dah tidur.

Bukan ada apa aktiviti lasak yang dibuat pun seharian. Kalau saya, mengantuk sangat sebab dua malam tak cukup tidur. Malam Jumaat tu tak lena tidur sebab memikirkan masalah minit mesyuarat. Malam Sabtu pula sempat tidur dua jam setengah sahaja sebab anak-anak main sampai pukul 2 pagi. Mamanya kalau ada hal penting, pukul 5 pagi dah tak boleh pejam mata.

Jadi, qada tidurlah semalam. Itupun tercapai sebab anak-anak sama tidur. Kalau tidak, memang tak dapat juga nak tidur seawal tu. Mujur siang semalam dua Ahmad ni langsung tak tidur. Main je sepanjang hari, kata papanya.

Alhamdulillah, bangun pagi ni dapat sarapan sedap.
Roti jala dengan kuah durian. MIL dan FIL buat. Kebetulan ada di rumah kami pagi ni. Nampaknya makin tua saya ni, banyak makanan yang  masa kecil-kecil dulu saya kurang suka, kini suka pulak. Alhamdulillah atas nikmat daripada Allah.

Comments

  1. ada anak kecik apalgi dua2 lasak lebih kurang sebaya mmg mama tak cukup tido la..sy so far masih lg cukup tido..afia jarang berjaga malam..tido pun awal..dh besar nti tak tau la kan..

    sy pun by benda yg sy tak suk masa kecik sy suka sekarang..yg dulu sy suka skang dh tak suka..:)

    ReplyDelete
  2. samalah aisy, lebih2 lagi bab2 makan, byk yg disukai dulu tidak disukai kini..

    ReplyDelete
  3. saya suka roti jala cicah kari ayam
    alahai gitew le ghopenya ada anak kecik kan.

    ReplyDelete
  4. Akak pun sama..apa yg tak disukai dulu..kini masuk mulut semuanya..hihihi

    ReplyDelete
  5. lambat tidurnya budak berdua tu ye..akak kalu pukul 10 mesti dah bawa anak2 tidur sbb mama dorg mmg jenis tido awal, nak tido lambat duduk la dgn papa dorg...

    ReplyDelete
  6. Pelik Okje AN...macamana awak tak boleh nak tidur....tapi kalau fikir masalah kerja time bekerja dulu dulu pun harus tak boleh tidur jugak rasanya...
    Bestnya dapat MIL yg sediakan roti jala ek...


    ReplyDelete
  7. Memang betul tu, AN. Selera makan berubah bila dah semakin tua ni. Apa yang kita sangat suka, dah tak suka lagi. Yang dulu tak suka makan, tetiba aje terasa sedap. Nasib baik dapat qada' tidur. Kalau tidak, dah tentu macam zombie jadinya. Alhamdulillah, anak-anak saya tak susah nak tidur malam. Maknya pun bukan main lena kalau dah tidur :D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1