Ikan bayang

Hari ni kononnya saya tak nak makan nasi. Dalam hati berangan nak makan mee yang sedap, burger ataupun kebab. Tetiba Papa N cakap, 'jom ke Limau Nipis'.

Alahai.. hancur impian. 

Masa kami sampai di Bandar Baru Bangi tengah hari tadi, saya jeling je ke Mc D yang terletak di seberang jalan. Dengan berat hati kaki ini melangkah masuk ke D'Limau Nipis. Papa N nak makan ikan bakarlah tu. Dalam hati saya cakap, "tak nak ambil nasilah, minum je. Nanti nak balik nak singgah di Mc D nak beli burger".

Tau apa jadi? Sebaik melangkah je ke restoran ni, ada staf yang tunggu. Dia tanya kami nak rasa tak ikan bayang.
Inilah ikan bayang tu. Korang pernah makan? Kami ambil ikan bakar ni sebab tak pernah lagi merasa ikan bayang yang dikhabarkan isinya rasa macam ketam. Staf tu bagitahu yang makanan ikan bayang ni ialah ketam, sebab tu isinya ada rasa ketam. 

Buntangla mata kami. Terus angkat sepinggan ikan separuh yang masih panas ni. Saiz yang kamj ambil ni RM 37. Besar juga ikannya ni. Puas makan. Kena ratah lagi untuk habiskan. 

Habis cita-cita saya tak nak makan nasi. Habis sepinggan nasi tadi. Habis, takkan nak tengok je Papa N makan ikan ni sorang-sorang? Bukan ikan ni ada selalu. Menurut staf tadi, ikan ni jarang ada. Paling kerap pun sekali je dalam sebulan. 

Isi ikan bayang ni adalah sikit rasa ketam. Taklah sebiji macam ketam. Rasa tu adalah. Sebab tu namanya ikan bayang kot. Ikan yang macam benda lain. Hihi..pandai je saya buat teori sendiri. Tapi mana mana ikan bakar atau sotong di restoran ni sedapnya pasti kerana kesegarannya dan sambal yang menyalut ikan bakar ni. Memang sedap korang..

Masa kami makan tadi, staf yang rekemenkan kami makan ikan tu tadi datang bertanya. Pasti jawapan Papa N sedap rasa ikannya. 

Mc D seberang jalan tu nampaknya putih mata ye.. dah penuh perut dengan isi ikan bayang ni tak jadi saya nak singgah. 

Comments

  1. Replies
    1. Saya pun kak. Kali pertama dgr namanya tadi dan kali pertama makan ikan ni.

      Delete
  2. acik belum pernah dengar nama ikan ni AN..

    ReplyDelete
  3. rasanya betul dah teori pasal ikan bayang tu…
    Hihihi, melepas makan McD… xpe, janji perut kenyang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa...Pn Prof sokong teori saya nampaknya.. hihi

      Tulah, takpelah..McD lain kali pulak.

      Delete
  4. Tk pernah tau ada ikan bayang...mesti enak,..

    ReplyDelete
  5. ikan bayang..first time dengar..

    ReplyDelete
  6. ikan bayang.. 1st time KA tau ni... mcm sedap je ye

    ReplyDelete
  7. first time dengar..tapi mesti sedap kan..ada rasa cam ketam ckit..fuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan..ikan yg ada sikit rasa ketam....uniknya...banyak berjalan bertambah pengalaman. Besar kuasa Allah kan? Hebat ciptaanNya..

      Delete
  8. tak pernah dengar nama ikan ni..tp mcam sedap...

    ReplyDelete
  9. pertama kali dgr nama ikan ni..hehehe..
    Yang penting sedapkan....

    ReplyDelete
  10. Walaupun I ni isteri seorang "nelayan" (dibaca : pemancing ikan) dulu2nya....
    tapi tak pernah dgr lagi ttg ikan bayang ni. Kalau perasa ketam... of coz ler jauh lebih sedap dari ikan kerapu. Terliurnyaa...

    p/s : hari tu ai dah cuba dah resepi ikan kering sambal resepi yg Aisy bagi tu... not bad walaupun takde buah pauh/mangga. Next time nk buat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...bagus.. boleh cuba buat lg sambal tu k..

      Bg yg suka ketam agaknya rasa ikan ni best kot. Kami yg family allergic seafood ni biasanya tak makan ketam.. jadi kalau ikan pilihan kami pastinya masih lagi ikan jenahak dan siakap. Entah kat kawasan mana diorang tangkap ikan ni.. dia kata jarang dapat.

      Delete
  11. Baru dengar Nama ikan ni , mst sdp kalau rasa pun dh Mcm ketam ;)

    ReplyDelete
  12. tak penah lak akak dgr nama ikan ni..sedap ye ada rasa ketam..hehehe akak ni bkn penggemar ikan jadi klu nak pegi makan ikan bakar tu fikir,5,6 kali la, tp skrg cuba jg sikit2 tp setakat ni yg akak makan siakap sweet sour tu bole la hahaha...

    xpe burger mcd tu bila2 pun bole makan kan

    ReplyDelete
  13. pernah gak rasa..mmg sedap... ehe.. kenapa tak nak mkan nasi lak... hihi..
    baguslah tak pergi bl burger tuu
    kita boikot mcD..ehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa..akhirnya ada orang yg tahu pasal ikan ni..sedap akak kan?

      Saya saja je ..sebab dah seminggu duk kat rumah mmg banyak telan nasi je.. tu yg kalau keluar tak nak nasi kononnya. Habis makan juga..burger tu cadangan je

      Delete
  14. kat ruamh akak msk nasi 2,3 kali ja sebulan hehe...sedapnya ikan tu dimakan mcm tu ja..

    ReplyDelete
  15. Sedap ye limau nipis? Dkt ngan PKNS Bangi tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu tempatnya.. sedap. Dah jadi tempat kegemaran kami

      Delete
  16. Banyak kali dah cite pasal Limau Nipis ni...harus kena pergi jugak ni nak try hehe....
    Nak rasa ikan bayang macamnalah...macam ketam sangat ke?

    ReplyDelete
  17. bukan sng ni nk dpt ikan istimewa..sebulan sekali je kan..sy tak pernah tahu pasal ikan bayang ni..sy buta ikan sikit..tp klu membayangkan rasanya macam isi ketam,sedap la ye tak?

    takpe..next time bege mcd ok..:)

    ReplyDelete
  18. Eh, tak pernah dengar pasal ikan bayang ni. Ikan berasa seperti ketam? Macam marvellous aje bunyinya! Hai, kita baru aje pekena McD...ingat nak makan Olio Pizza Milano entah macamana boleh ke McD pulak!

    ReplyDelete
  19. serius x pernah mkn lagi ikan ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts