Nak sambung belajar

Ada yang terkejut tak baca tajuk entry ni? Baca dulu tau, baru faham kisahnya.

Assalamualaikum semua.
Bagi salam dululah, sebab rasanya hari ni nak cuba menulis gaya ting tong. Ha, Puan Kutu a.k.a Pn Muni jangan marah saya pinjam tagline blog. Pinjam kali ni je tau? Terima kasih...

Bercakap pasal sambung belajar. Memang dah lama ada dalam cita-cita murni saya. Masa tak tamat belajar di universiti lagi pun dengan seorang kawan, Laila nama minah tu, kami ada rancang nak kerja sekejap dan nak sambung belajar master. Rasanya sebab masa tu kami berdua tak ada boy friend, sedangkan kawan lain ada. Kononnya takut tak laku, sebab yang belajar kursus perguruan ni memang cukup ramai yang kahwin semasa belajar. Kononnya nak isi borang penjawatan tu senang, ada alamat suami maka takkan dihantar berkhidmat di kawasan pendalaman Sabah atau Sarawak. Punyalah cetek pemikiran kan? Dah kerja baru tahu, kerja di Sabah dan Sarawak kurang stress berbanding kita yang bermastautin di bandar ni. Gaji pun masyuk...

Laila ni lagilah, memang putus cinta betul masa tengah belajar tu. Sedu sedan menangis si dia ni. Saya relax je, haa.. sebabnya? Korang jangan bagitahu Papa N ye, baca dan diam-diam je. Saya relax je sebab ada seorang mamat ni dari Perlis, dia dah bagitahu awal-awal. Katanya kalau lepas dua tahun grad, kalau saya tak kahwin lagi dia datang meminang. Haahahaaa... bila pikirkan semula hal ni, memang kelakar sangat kan. Ada ke budak yang dua tahun lebih muda daripada saya boleh suka hati dia cakap gitu kat akak ni? Dia ingat saya ni tak laku ke apa?

Tapi itu semua kisah masa di UUM dululah. Dah masuk sekolah ni, banyak benda yang dikejar membuatkan saya tak kisah sangat nak sambung belajar. Bila ada dua anak pula terasa aspek pengurusan masa tak berapa cekap. Abis, macam mana nam sambung belajar? Komitmen kena tinggi tu? Ingat macam masuk kelas tuisyen yang mak bayar ke?

Tapi pertengahan tahun 2013 aritu saya benar-benar tekad nak sambung belajar. Kononnya nak mohon belajar tahun depan. Rasanya tekanan kerja nk dah tak tertanggung lagi. Daripada tertonggeng, lebih baik saya larikan diri sekejap, kan? Lepas 2 atau tiga tahun balik semula ke sekolah, taklah rasa stress, agaknya?

Itu tengah tahun. Memang semangat yang berkobar-kobar walaupun saya tak bagitahu orang. Zilla je yang tahu, kawan baik di sebelah. Zilla pun nak sama-sama mohon belajar juga tahun depan ni.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas saya bermimpin pelik. Yang lagi peliknya mimpi kali ni pasal saya sambung belajar. Agaknya terpengaruh bila mendengar Tan Sri Muhyidin maklumkan pasal penjawat awam yang akan sambung belajar akan ada manfaatnya. Mimipi kemain masa tu. Nak kata sambung belajar di luar negara, semua orang bercakap Melayu. Hairan. Tapi, pemandangan macam kat luar negara. Mimpi yang bersambung-sambung pulak tu. Nazif menangis, saya terkejut dan bangun susukan dia. Bila terlena lagi, sambung semula kisah dalam mimpi. Akhir sekali, apa yang terjadi ialah saya macam rasa takut nak teruskan belajar sebab ada peminat rahsia yang mengganggu masa saya belajar. Kelakar tapi menakutkan pulak. Haa..terus bangun daripada tidur dan taknak lagi sambung belajar..

Ha...makanya, bersedialah untuk menempuh tahun 2014 yang dijangkakan bakal jadi tahun yang bakal menguji ketahanan mental dan fizikal serta meminta pengorbanan lebih daripada para guru.. tunggu anak dah besar sikit baru sambung belajar kot.. kalau naklah..

P/s : macam tak ting tong je entry ni. Panjang pulak tu. Tak  kisahlah, asalkan dapat menulis. Harap ada yang baca dengan penuh dan faham apa kisahnya. Jangan ambil hati saya nak bagi komen kalau tak baca habis k.. tak marah u all pun...

Kalau ada yang sibuk nak tahu, Laila sekarang dah jadi Puan Laila, anak sorang. Mamat Perlis yang muda dua tahun tu pun dah jadi bapak orang, baru je timang anak kedua bulan Oktober hari tu. Jadi tak ada kena mengena, saja saya yang malas nak sambung belajar.

Comments

  1. Kalau rasa nak sambung boleh teruskan AN..muda lagi.
    Mimpi mainan tidur AN..jangan takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Acik.. akan dipertimbangkan ...mmg tak terkubur terus cita2 ni...terima kasih atas nasihat.

      Delete
  2. Ingatkan mamat muda dua tahun tu papa Naim… lepas tu baru ingat yg papa N tu diperkenalkan oleh cikgu Rok :)
    Siap terbawa bawa dalam mimpi lagi tu…. Mungkin belum masanya tu… bila dah dapat seru utk further, boleh la sambung lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. bagus Nur ingat lagi citer pasal mak cik saya..

      Mamat perlis tu penyedap cerita je. Dia suka mengusik sebenarnya n dia mmg ikut secara sihat sebenarnya. Dia beriya nak grad dengan pointer lebih tinggi daripada saya lepas dia tahu saya dpt anugerah dekan masa sem 1. Mmg dia berjaya dpt pointer lebih bagus..

      Delete
  3. Replies
    1. Hai cik sal...bahagian mana yg lucu benar tu?

      Delete
  4. Saya malas. Hahaha. Tahun lepas kobar2 nk sambung study. Tahun ni pulak? Malas. Tahun depan rasa2nya nk pk2 untuk duduk rumah kot. Hihihi.

    ReplyDelete
  5. lieya plak yg hepi bace kisah ari nie tau....lieya doakan agar semua berjalan lancar...lieya mmg dulu ade gak cite2 nak sambung....tapi tgk hubby buat master busy semacam jek so tak pe laaaaa....adinda rela berkorban hahahhah....biar kanda jek busy sorang2....adinda jaga anak2 ekekekeekek....

    ReplyDelete
  6. haha..tu la..tengok tahun depan cane..kita kan asal stress nak sambung belajar..haha..

    ReplyDelete
  7. kalau rasa berkemampuan dan boleh menbahagikan masa sebaiknyer why not.. neway wish u all the best !

    ReplyDelete
  8. sambung jgn x sambung ain..hehe..mana la tahu jadi kenyataan kan..kalau boleh bahagi masa apa salahnya kan,

    ReplyDelete
  9. AN baguslah kalau ada niat nak sambung belajar......tapi kalau OKje mmg malas...hehe terus terang je cakap...dasar pemalas agaknya hehe.....
    Alah biasalah kisah silam ......semua org pun ada, cuba tanya papa N sure ada gak tu...cuma tak mo cakap je hehe

    ReplyDelete
  10. mcm kelakar je mimpi tu, tp ok juga kalu nak sambung belajar pun, penah ada niat juga dulu akak ni masa lepas lahirkan adam tp lepas tu takde dah la sbb takut takleh nak kejar, nak pulak anak dah 3 ni...

    papa N tak baca ke blog aisy ni? hehehe

    ReplyDelete
  11. baguslah kalau ada niat nak smbung belajar tu...teruskan...
    Akak mmng dah tak nak smbung belajar...malas tahap gaban...hahaha...

    ReplyDelete
  12. ehh tagline kite nk pinjam boleh je.sama2 kasih.hehe..

    bab smbg belajarnni situasi kita macam lebih lurang sama,sebelum pregnantkan afia dh berkobar2 nk smbung blaja,dh tahu pregnant mood terus merudum.entah bila kekuatan n keinginan tu nak dtg semula.hehe..

    yg bestnya pasal sambung belajar pun siap mimpi2,pastu sambung mimpi lagi..sikit punya bagus entry tintong ni.hehe

    ReplyDelete
  13. Itu mimpi bersambung-sambung tu memang suruh sambung belajar lagilah, AN. Kalau gigih, apa pun boleh ditempuhi. Tak kiralah anak dua ke, umur dah tua ke, pasti boleh aje lakukan. Kitakan supermak :D

    ReplyDelete
  14. gitew kesahnya
    alhamdulillah masingmasing dah ada keluarga sndiri. inshaa Allah pasti ada peluang juga nnti

    ReplyDelete
  15. Salam...saya nak tanya 1 jer..saya teringin nak jadi seorang guru.memang teruk ke keje jadi guru ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1