Cerita pendek

1. Kenapa kena ada mesyuarat?

Siapa yang suka masuk mesyuarat formal? Angkat tangan?..meh nak bagi hadiah, rajin  tu...

Secara ikhlas, saya mengaku yang saya memang jenis tak seronok duduk di dalam mesyuarat. Lagi-lagi kalau mesyuarat yang berpanjangan dari pagi sehingga ke petang.. ditambah pula tugas saya sebagai pencatat, alangkah kurang seronoknya.. kalau mesyuarat tingkap, saya tak kisah. Memang suka pun walau kena dua tiga jam..haaa.. kaki gosip nampaknya..
Bekalan masa mesyuarat sepanjang hari ni. 

2. Mengada-ngada ke nak perhatian lebih?
Naim ni kalau ada benda yang dihajatkan, tapi tak dapat, boleh tengoklah dia buat perangai. Kami suami isteri dah pakat tak nak layan sangat kalau dia buat perangai macam tu. Sengaja alihkan perhatian dia dengan benda lain. Tengok gaya dia minum air tu, pasti korang takkan sangka yang Naim baru lepas menangis bersungguh-sungguh dan gaya tangisannya kalah Nelydia tau..tengok je air ni strawberi ni sampai ke meja, terus dia kembali ceria, macam tak ada apa-apa berlaku. Sabar ajalah nak..


3. Berbakti pada tanah
Meriah cili ni kan? Geram tengoknya.. pokok cili di rumah MIL. Banyak betul cilinya ni, dari atas sampai ke bawah buahnya..Agaknya kalau buat sambal belacan dengan cilinya, seminggu makan baru habis.


4. Pandai buang biji

Pepatah lama kata habis madu, sepah dibuang, Nazif ni habis isi dimakan, biji dibuangkan. Alhamdulillah setakat ni Nazif faham arahan mama dan papa. Diberi makan buah pulasan dan rambutan, tahu dia pulangkan biji kepada mama atau dibuangkannya biji tersebut. Mula-mula, kami memang pesan kepada Nazif, supaya berikan bijinya kepada kami selepas dia makan. Namun, kalau dia makan buah ni, pemantauan sentiasa dibuat. Memang tengok tak alpa. Seronok tengok dia faham arahan yang diberikan.


Ha.. itulah beberapa cerita pendek. Minggu mesyuarat persediaan tahun baru ni, saya rasa tak boleh fokus. Ahmad berdua dijaga oleh papa kat rumah. Papa N cuti panjang sehingga 1 Januari ni. Seronok nak menghantar Naim pada hari pertama sekolah.. haa...ok, korang... Bagi yang bercuti, selamat bercuti ...mulakan tahun baru dengan mood baru yang pastinya lebih segar..

Comments

  1. Saya pun x suka meeting... Lagi2 kalau yg jenis melarat...
    Gaya naim posing peace tu mcm Danish.. Mata x pandang kamera..,.

    ReplyDelete
  2. Mesyuarat tingkap suka ye...hehe
    dh mula bz minggu dpn...

    ReplyDelete
  3. Dulu2 suka jugak klu tetiba boss buat adhoc meeting. Best.... sbb boleh skip dari buat keja2 opis kejap. Hehe..... Tp klu mesyurat PIBG (kat sekolah anak) yg mkn masa berjam2 kat dewan, aduhaiii.... naik krem kaki dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. wow byknya cite kat sini. zilla tanya td cammana nak buat link ke blog org lain? i pon tak tahu gak. hihi

    ReplyDelete
  5. Ya btl tu buang semua kisah2 sedih terus pandang ke hadapan dgn fikiran yg positif ;)

    ReplyDelete
  6. cili tu mcm kat nurseri...lebat bkn main ..

    ReplyDelete
  7. wah...satu entry 2/3 cerita nih..hihi..
    mmg bosan ler kalau mesyuarat kn jd tkg catat sbb kn bg tumpuan..hihi
    samalah anak kita..kalau mai angin... mengamuk nak juga..bagi je... malas nak layan ..selalunya bkn makan hbs pon...tu tambah geram tuu..hihi
    wah suburnya pokok lada kecik tuu...best laa buat sambal tempoyak..

    ReplyDelete
  8. haha.ms meeting tak leh mkn,bercakap dan main fon..menjual pn tak leh:)

    ReplyDelete
  9. nasib kerja sy skang tak perlu attend meeting..hehe..

    pandai nazif makan rambutan buang biji...pokok cili dalam pasu byk betul buahnya ekk.kt kmpg adik sy ada juga tanam..tp utk jual..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya keje PK.. alangkah bahagianya tak payah masuk meeting...

      Delete
  10. Yelah AN ...sana sini cikgu tgh mesyuarat...makcik hubby pun esoknya meeting masa kami kat JB AN....
    Geram tengok cili tu lebat dan merah merah pulak tu!.
    Seram tgk Nazif AN....takut tercekik

    ReplyDelete
  11. mesyuarat nak masuk persekolahan kan.
    semoga dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  12. Akak dah 3 hari mesyuarat dan sambung pulak dgn kursus sampai ke petang...adoiiiiiii..nak buat mcm mnakan..dah kerja kita..

    ReplyDelete
  13. akak pun tak suka meeting...lepas meeting, eating..lepas eating..nothing..hehe itu yg member ofis selalu ckp..
    byk nye cili,seronok kalu dpt tanam sendiri...

    naim menangis kenapa tu?? betul tu aisy kdg2 akak pun taknak ikutkan kemahuan adam,tp dia punya jeritan tu yg tak bole tahan, biasanya akak biar en.azmi yg layan sbb mama dorg ni cpt panas skt..garang dr papa

    wah..pandainya nazif,klau adrien dgn biji2 dia nak makan...hehehe

    ReplyDelete
  14. Siapa tak suka meeting, angkat tangan tinggi-tinggi! (Sayalah salah seorang daripadanya...) Adui, meeting dari pagi sampai ke petang nak buat apa. Takda maknanya nak concentrate bagai. Letih adalah... Nampaknya Nazif ni lebih independent daripada Naim ya. Sama juga macam Abang dan Adik di rumah ni. Tak cukup tangan nak melayan keletah.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1