Beli kereta mainan secara online

Assalamualaikum semua..
Makin banyak benda masuk dalam senarai tugas saya sejak beberapa hari ni. Nak kena buat. Nak kena pertimbangkan. Adoi...mamanaimnazif.. jangan stress. Tarik nafas hembus..tarik lagi. Hembus lagi. Nak kena habiskan satu satu kerja tu. Kerja keluarga ke kerja pejabat ke, pasti boleh siap. Insya Allah, kena yakin barulah dapat buat kerja yang baik..

Tapi pagi ni saya tak stress pun. Ceria bangun pagi sebab tengok ada bungkusan di atas meja. Kereta mainan yang dipesan daripada Nina dah sampai. Seronoklah Naim main nanti. Memang setakat ni minat utama Naim ni ialah kepada kereta.. setiap kali keluar pun kalau boleh dia memang nak beli kereta. Tak kiralah kereta kecil, kereta besar, berjenama atau tidak, asalkan anak beranak kereta pasti dia akan suka. Set ni banyak, ada 10. Saya ingat nak bagi Naim main sikit-sikit dulu. Kalau terus bagi banyak dia tak main elok-elok nanti. Bagi satu atau dua dulu.



Sesiapa yang berminat nak beli mainan, boleh tengok di blog Nina.. banyak lagi pilihan yang ada. Adik ni jual pada harga yang murah. Betul ni....Kalau saya ada anak perempuan, rasanya saya dah beli banyak lagi.

Comments

  1. Sakanlah dua beradik tu dapat keta mainan....silap haribulan papa N pun main sama hehe....

    OKje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. mama pun main sekali.. jenis nak main ramai2 baru meriah.

      Delete
  2. Datang singgah dari blog si Okje..... :D

    ReplyDelete
  3. seronok la naim dpt byk kereta dari mama.mesti dia happy sgt..naim jenis pandai syg mainan takpe..macam aiman tak reti nk jaga..semua melingkup.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 PK. Sama je pesen Naim ni. Kalau berkualiti mainan tu bolehla tahan lama.. mmg jenis pomen jugak

      Delete
  4. banyaknya mama borong kereta utk naim…
    Kalau danish pula dinosaur.. sebelum keluar shopping dah berutahu nak beli dinosaur…. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Tak pe minat kereta, anak lelakilh ktakn

    ReplyDelete
  6. Samalah AN. Si Adik pun sekarang ni tengah minat segala macam kenderaan. Ni mesti mamanya yang excited lebih belanja online walaupun untuk anak-anak :D Saya pun baru aje habis mengclick-click gitu ...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. selamat sampai :) terima kasih ya akak sbb sudi beli. hehe

    ReplyDelete
  8. wah bestnya dapat keta menan....mesti naim main sakan nih...

    ReplyDelete
  9. seronoklah anak-anak dapat kereta ye..boleh terjah juga blog tu tgk apa yg ada..hehehe

    ReplyDelete
  10. kete di atas masih ada lagi ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kena tanya Nina di link blog dia ya. Tak pasti pulak sekarang ada lagi je tak

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts