Cara-cara menggalakkan anak kecil makan sayur

Nampaknya ramai ibu yang mengeluh sebab anak diorang tak nak makan sayur. Alhamdulillah kedua-dua Ahmad saya ni tak ada masalah untuk makan sayur. Jadi, saya kongsikan sikit cara-cara yang saya amalkan dan tambahan sikit daripada pemantauan saya, mana tahu boleh dimanfaatkan oleh ibu-ibu semua. Pastinya semua ibu nakkan yang  terbaik untuk anak kan? Eh, dah macam tagline pulak. Dah banyak kali saya gunakan petikan ayat tu.

kombinasi warna yang menarik bakal menarik perhatian anak
Pertama jangan amik remeh soal pemakanan anak. Ini maksudnya, kalau anak kita tak nak makan, kita pun acuh tak acuh nak sediakan sayur dalam menu harian kita. Jangan ada mindset yang bukannya budak ni nak makan sayur pun, tak masak pun tak apa, tak payah beli pun tak apa. Kena istiqamah, sediakan sayur dalam setiap kali masa makan. Pastinya anak akan perasan kehadiran sayur jika setiap kali masa makan sayur ada disediakan. 

Kedua, kena mulakan tabiat makan sayur sejak dari awal. Seboleh-bolehnya semasa mengandung lagi ibu dah makan sayur. Semasa anak mula diajar makan, 6 bulan usianya, pastikan bubur anak dimasukkan sekali dengan apa-apa sayur pilihan. Masa ni, pastikan pilihan warna sayur dapat menarik perhatian anak kecil itu. Contohnya lobak merah, brokoli atau labu.

Ketiga, ikut selera anak. Contoh kat sini yang boleh saya berikan ialah Naim suka makan kicap, jadi sayur kangkung saya masak kicap. Memanglah kalau ikutkan selera kita ni, kangkung paling sedap dengan belacan, kan? Tapi masa Naim kecil, masak sayur pun letak kicap, abis kuahnya jadi legam tapi yang penting anak suka makan sayur tu. Ikut sayur yang anak suka. Budak bukan suka peria, mungkin rasanya pahit. Kailan pun keras bagi gigi budak. Jadi, sediakan sayur yang manis atau sesuai macam lobak merah, putik jagung, cendawan, kangkong, timun, salad atau apa sahaja yang sesuai.
Nazif dan Naim ni cukup suka makan timun dan lobak merah, jadi saya selalu pastikan dalam peti sejuk kami ada sayur ni.

Keempat, gunakan kaedah psikologi bukan paksaan. Kanak-kanak ni mentalnya berkembang pesat setiap masa. Mereka banyak belajar melalui pemerhatian dan persekitaran mereka. Jadi, daripada kita paksa      anak kita makan sayur, lebih sesuai dan berkesan kita pujuk anak makan sayur. Ibu ayah sekali perlu makan sayur dan kalau boleh makan sayur tu seolah-olah sedap sangat rasanya. Ambil peluang ajar anak makan sayur ketika berada dengan saudara mara. Contohnya semasa balik ke kampung atau semasa perjumpaan keluarga. Kalau ramai yang datang tu makan sayur dengan seronok, saya yakin anak-anak yang liat untuk makan sayur pun akan terikut untuk makan sayur sebab mereka lihat orang lain semua makan sayur. Selain itu, bagitahu anak kita tentang kebaikan sayur ni. Cakaplah kalau makan sayur akan jadi cantik, jadi kuat macam Boboiboy ataupun akan jadi pandai kalau makan sayur. Tak pun gunakan psikologi terbalik, masa anak demam atau mungkin masa ibu ayah sakit, bagitahu anak yang sakit tu sebab tak makan sayur. Lagi, puji anak setiap kali anak korang makan sayur. Barulah anak akan rasa tindakannya itu   betul.

Kelima,  masak dan makan sayur secara kreatif. Tak kira masak sendiri atau makan di restoran, ada caranya kalau kita nak galakkan anak makan sayur. Contohnya hari ni masak kangkung, esok masaklah pula acar timun dan lobak merah, lusa masak sup dengan cendawan atau selada air. kombinasi watna masakan tu kena ambil kira juga. Pastikan ianya menarik. Kalau korang makam di restoran stimbot, pastikan jangan ambil bebola dan daging sahaja. Ambil banyak-banyak sayur supaya di samping menikmati yang lainnya, anak juga akan mendapat serat yang diperlukan untuk pembesaran diorang. Masa makan pizza, pesan salad juga.


Jangan makan roti telur sahaja, sertakan sekali salad untuk dikunyah oleh anak-anak.

Budak budak kan suka makan mee berbanding nasi, jadi boleh masukkan sayur pilihan dalam mee diorang ni.

Naim pegang tu jus butterhead salad. Rasanya ada sedikit mint.
Yang terakhir yang saya sempat fikir petang ni ialah, manfaatkan teknologi. Korang download video cerita UPin Ipin yang bertajuk Sayur Hijau. Rasanya anak-anak yang tengok kisah ni akan tertarik nak makan sayur, seperti mana pengaruh makan paha ayam, bersunat yang sakit serta percakapan aku sebagai ganti diri. 

Ok, boleh tak tu. Nampak 6 cara tapi kat dalam tu lebih lagi tau. Korang cubalah ye praktikkan dengan anak-anak. Paling penting jangan putus asa.Selamat mencuba ....

Comments

  1. Bagusnya naim dengan nazif suka makan sayur..selalunya susah budak2 nak makan sayur..jenuh paksa….kak intan dulu kecik –kecik pon x suka sgt syur..cam pahit..tapi lama lama makin suka..sekarang suma suka..ulam apa pon suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...samalah saya kak.. kecil2 makannya memilih sangat..agaknya ni tanda2 penuaan kan.. haaa..

      Delete
  2. anak2 akak susah nak makan sayur

    ReplyDelete
  3. bagusnya anak2 akak.. nk makan sayur. kalau nina dulu mkn kobis dgn bayam saja. syur lain taknak.

    p/s: ni email nina eh amaninamads@ymail.com. kalau ada sesiapa berminat nk beli barang2 mainan akak promote ya.. hehehe

    ReplyDelete
  4. bagusnya..anak saya pun susah makan sayur..tapi anak mak cik saya umur 6 tahun dah pandai makan ulam petai dan jering..:)kagum saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi..kita yang tua ni pun ada yg tak sukai petai, inikan pula bidak 6 tahun.. mmg kagum lah

      Delete
  5. waaaa dah macam pakar kanak2. eh ke pakar pemakanan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaha.. nampak ada bakat ke? Dua dua pun boleh..

      Delete
  6. Tips yang berguna AN bagi galakkan anak makan sayur :)
    Setakat ni, tiga2 anak mmg mudah makan sayur… kalau timun batang tu, mmg berebut nak makan… tomato dan karot pun budak2 suka ratah… makan sayur mcm gaya makan buah…

    ReplyDelete
  7. semua anak2 akak masa kecik2 tak makan sayur,usahkan sayur,kalau ternampak bawang yg tak lumat pun dia org akan buang...

    ReplyDelete
  8. Assalam AN..kagum acik..nanti acik nak bagi tau kawan yang anak umur 3 tahun ada masaalah tak nak sayur..anak kawan ni setiap hari nak mee atau nasi goreng.tak mau nasi putih ngan lauk macam kita biasa makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..semoga ada yang daoat manfaat daripada entry ni..

      Delete
  9. bagusnya..ikut ayahnya agaknya..hari2 tgok ulam..

    anak2 mula menerima sayur..kalu nak cerdik kata knor..laju la mkn..

    tq kongsi info..

    ReplyDelete
  10. betul3..mak mertua sy pun bg tips yg sama jgk..

    ReplyDelete
  11. Bagus tips tu AN.....tp utk anak okje dah terlambat hehe...
    Tunggu beranak kecik le gamaknya baru okje boleh praktikkan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahs... ada pelusng lg tu.. honeymoon lama...

      Delete
  12. wak pon sukak makan sayur jugakks.,ahHKs

    ReplyDelete
  13. pertama sekali ibu kene makan sayur.. hehehe.. kene berubah betul2 lepas ni.. makan sayur.. hihihihi :D tq yer atas tip yer :D

    ReplyDelete
  14. kita sebagai ibu kena tunjuk tabiat makan sayur yg baik utk anak..setuju sgt tak boleh ada sifat putus asa..kena rajin variasikan masakan ikut minat anak..

    aiman dulu tak makan sayur juga..bila dh besar seua dia balun..bab sayur dia pilih juga yg peberet je macam taugeh,buncis,salad,timun n kankung..lain2 tu tak berapa suka..

    masaprgnant afia entah sy mmg tak suka makan sayur,memang makan buah je..nasiblah puri sayur semua afia belasah,tak tau la klu dh besar nti memilih plak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah gitu kan. PK taklah susah hati pikir anak2 nak diberi apa supaya sihat. Semoga nampaknya suka makan sayur. Insya Allah kekal sampai ke besar nanti..macam kita dulu2, masa kecil pun makan pilih juga kan. Dah jadi mak orang tak sangka maxam2 pula boleh telan.

      Delete
  15. seb baik anak2 KA hantu sayur/ulaman specially adik hehehe

    ReplyDelete
  16. wah..tips yang bagus...tapi IbuNoey kena try cara yg keempat dan keenam je la..sebab yang lain2 tu dah try tapi tak menjadi,,;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berjaya k.. kalau dh berjaya boleh up entry pasal aniq makan sayur pulak k..

      Delete
  17. bagus ni aisy...akak memang setiap kali makan mesti ada sayur,masa mengandung pun makan sayur,tp adam susah nak makan sayur, sbb ikut apak dia la ni tak suka makan sayur...hahaha nampak tak disitu,mama cuba salahkan papa..ok lepas ni akak cuba buat apa yg aisy tulis nih...hari tu dah ok dia makan sayur tp lepas tu dia taknak pulak

    ReplyDelete
  18. Pandai nya makan sayur. Adam masa kecik suka sayur. Skrg ni, x makan. Makan sipi2 je asal jgn dikatakan x makan sayur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga tu...makan sikit kan..drp xnk langsung

      Delete
  19. Thx for the tips.. boleh try apply pada anak² ni...

    ReplyDelete
  20. salam.mula2 nak puji blog ni cantik sangat!yg kedua nak puji..bagusnya anak2 suka makan sayur! pandai mamanya!

    ReplyDelete
  21. Untungnya AN anak-anak suka makan sayur. Si Abang kat rumah langsung tak sentuh sayur. Kalau nampak aje, terus hilang seleranya. Si Adik masa dah pandai makan, beri juga sayur tetapi la ni dah pandai memilih pulak.

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah anak anak suka dg sayur kan.
    thanks share tips ni

    ReplyDelete
  23. anak saya mmg x suka trus sayur.. nampak je ijau2 begulin2 atas lantau suh ketepikan... pening betul kepala umi dia ni.... rezeki dia susu sy cukup tuk dia. nmpaknya umi dia la y kena makan sayur bnyak2 ye............ dr ibu trun ke ank... boleh pakai lg ke prinsip ni ibu menyusu makan sayaur untuk ank skli bila umur da mencecah 2 thn lebih?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1