Gulai labu pujaan hati

Patutla rakan kita Puan Kutu suka makan labu dan produk berlabu, rupanya memang sedap benda nama labu ni. Serius sedap makan gulai lemak labu tengah hari tadi.

Sejak balik ke kampung ni, tadi kali kedua saya pergi ke rumah nenek. Rumah nenek saya ni bersebelahan dengan masjid. Jadi, sampai kat rumah dia pun dah pukul 12 lebih, maka terpaksalah tunggu lama sikit kerana kenderaan jemaah lelaki yang nak solat Jumaat memenuhi ruangan, memang kami tak boleh nak keluar.

Dah alang-alang tu, Mak Su yang tinggal bersama dan menjaga nenek ni, beriya-iya suruh kami makan dahulu sebelum balik. Kalau biasanya saya dan Kak Bi memang jarang makan kalau pergi ke rumah nenek. Nenek memanglah dah tak sihat, tak masak apa-apa lagi. Mak Su ni, air dia buat memang cukup manis. Itu yang buat kami memang senyum je dan tak makan apa-apa kalau ke rumah dia.  Hari ni pula, sebab dah diajak berkali-kali, saya pun makanlah. Sambil temankan mak makan.

Aduhai..sedap betul rupanya Mak Su masak. Ada banyak juga lauk, tapi saya mulakan dengan gulai lemak labu, terus dalam hati terdetik, " wah sedapnya".
Makan lauk labu dan ikan kering je tadi. Sambal udang dan sotong saya cuit je. Lagi sedap labu ni.. memang sedaplah..

Nilah rupanya gulai labu tadi. Mak Su bagi sikit untuk kami bawa balik. Disebabkan masih kenyang, intai je dulu gulai ni. Rasanya tak sampai masa makan malam ni, sekejap lagi saya nak makan lagi lah. Haa... memang cukup rasanya.

Bahan masak labu gulai ni ikut kata Mak Su tadi - labu, santan kelapa, bawang merah dan putih, lada hitam dan isi ikan rebus. 

Comments

  1. AN..memang kegemaran acik anak beranak ni..buat lemak labu.letak daun kunyit
    .goreng ikan ngan sambal belacan..sedapnay AN

    ReplyDelete
  2. saya pun baru jer beli labu kelmarin, pengaruh kek labu pn kutu.. harapnya jadi la projek ujung minggu nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... besar pengaruh PK ni.. nanti tunjukkan k

      Delete
  3. ain..memang sedap masakan yang guna labu labu ni....mak mertua kak intan pon suka masak labu n

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak beli labu n masak sdiri.. dah makan ni mula rasa suka

      Delete
  4. tambah sambal belacan + ulam, pasti menyengat

    ReplyDelete
  5. sy suka labu tapi tak berapa pandai makan labu dengan nasi..lemak labu org kata mmg sedap..hari ni en suami beli sebiji lagi labu,boleh cuba buat lemak labu klu rajin..cer bagi resepinya..bab lauk ni sy fail sikit.isi ikan tu buat cmna?biasa menu kt rumah sambal n msk kicap je..dh ni je peberet kami.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi ikan ni , mula2 rebus ikan dan dah masak tu ambil isi ikan dan tumbuk sikit.. lepas tu masukkan je sekali dgn benda lain..

      Delete
    2. ok2.terima kasih..dok google resepi la ni..Insyaallah nk buat esok..:)

      Delete
  6. Alahai....sedapnya AN....mmg le sedap....Awak tak pernah makan ke....rugi tau!
    Memang kena gu tu kalau makan labu lemak ngan ikan madin....Perghhhhh....sedapnya....kena cari labu nampaknya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..saya n kalau benda lembik macam durian, pisang dan labu mmg kurang makan sikit. Ni dah tahu makan, bolehla beli dan masak sdiri.

      Delete
  7. memang fav saya dan suami juga..selalu juga buat..satu lagi labu kan makanan kegemaran rasulullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. blh blaja masak labu dgn zilla lepah ni..

      Delete
  8. Peberet akak jugak ni...makan dgn ikan kering dan nasi panas2..fuhhh maunya bertamba2 nasi tu...

    ReplyDelete
  9. haaa penangan labu Puan Kutu hahahaa, Sedap kan gulai lemak labu, makan ngan ikan kering fuhhh mengancam. Sebut pasal minuman manis, biasa la orang kelantan kan. ada certain orang tu, sampai kat luar gelas melekit2 manisnya, I ingat dulu masa remaja kalau ke rumah orang kena habiskan minum tu, I tuang sikit2 kat celah lantai hihihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... tetiba suka labu pulak.. mmg sedap ikan kering dan lemak labu manis tu....

      mak su saya ni mmg suka manis. Air dia tu kalau kita bancuh semula agaknya 1 cawan dia jadi 2 cawan lain...ikut tahap manisnya..

      Delete
  10. hahaha. sy pon masak lemak labu ari ni sbb terliur tgk gambar kat sini. tp sy dadukan ikan talam masin gantikan ikan rebus tu dan letakkan sehelai daun kunyit

    ReplyDelete
  11. tak pernah makan lg tp org2 kg memang suka buat labu sebagai jaudah

    ReplyDelete
  12. telan air liur akak menengoknye hehehe... pengat labu pun akak suka yummy2

    ReplyDelete
  13. IbuNoey suka labu masak lemak gak..tapi yang menepati citarasa tu,kalau labu dengan pucuk manis..

    ReplyDelete
  14. Eh, tak tahu pun ada isi ikan dalam labu masak lemak. Suka juga makan labu masak lemak ni walaupun sayur-sayuran lain memang out dalam menu di rumah.

    ReplyDelete
  15. sy pulak suka masak lemak labu campur pucuk manis

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts