Small boss

Sejak kebelakakangan Naim layan adik dengan baik dan kemain seronok perhatikan bila kedua-duanya seronok bermain. Usik mengusik dengan manja. Masa dia gaduh tu lain ceritalah. Tapi, kalau kedua-duanya dapat main dengan baik-baik, mulalah saya rasa bagus keduanya lahir dengan jarak umur tak jauh, lebih rapat hubungan diorang ni.
Masa diorang main ni, Naim nampaknya macam bos. Itu yang buat dia rasa seronok agaknya. Semasa bermain dengan Nazif, dia arahkan adik buat tu buat ni. Adik pula macam faham je arahan abangnya. Disuruh ambil bola, Nazif berlari dapatkan bola. Naim suruh duduk, Nazif pun duduk. Kalau dia nak naik basikal, dia arahkan adik main dengan motor, adik pun terus bergerak ke arah motor. Kalau Naim dah bosan, dia suruh adiknya pergi duduk dengan mama atau papa, Nazif pun cepat-cepat datang cari papa atau  mama. Walaupun Nazif belum boleh cakap banyak lagi tapi bila abangnya tanya, boleh dia jawap dengan bahasa bayinya. Haa...
Yang kelakarnya juga kalau Naim nak duduk di riba mama atau papa, walaupun dia arahkan adik bangun dari riba mama atau papa, adik pastinya takkan ikut arahan. Haha.. bijak juga si Nazif..

Bagus korang macam ni.. mama suka. Teruskan sampai besar ye..

P/s: saya dan adik dulu masa kecil asyik gaduh je siang malam.. kami pun beza umur dua tahun juga.. haa.. pengalaman membesar yang takkan berulang.

Comments

  1. Naim sedang praktis jadi abang… Nazif pula cuba jadi adik yg mendengar kata.. gitu la budak2 ni… yg penting, kena doa selalu :)

    ReplyDelete
  2. Macam my nieces la umur rapat, kakak suka mengarah adik menurut sahaja. Memang jenis sulong lagu ni kot, me and my abang pun sama, rapat and jarang gaduh sebab I adik yg baik. eh? hahaha

    ReplyDelete
  3. Sebab tulah AN.....rugi kalau mak ayah tak dapat menghadap proses pembesaran anak anak......
    okje ngan abg beza 8 tahun.....tp masyaallah....gaduh memanjang huhu...

    ReplyDelete
  4. macam mama..juruh

    ReplyDelete
  5. bila dorang main baik2 mmgseronok tengok,tp bila bergaduh...adoih mama yg pening...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...semasa baik gini..aduh seronok sangat..time gaduh...penin..

      Delete
  6. Seronokkan bila tengok mereka mesra dua beradik. Anak-anak saya gap agak jauh juga, 5 tahun. So Abang asyiklah tanya bila dia boleh 'buli' Adik? Saya kata tunggu sampai Adik boleh jerit 'Help' . Bila Abang jauh lebih besar, dia jadi more protective terhadap adiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang dah besar bagus juga..boleh faham arahan dgn mudah.. ni abang yg kcil...selalu jeles dgn adik..

      Delete
  7. nik dulu pun suka gaduh ngan adik. beza kami setahun jea.haha

    ReplyDelete
  8. adik kecik lg bolehlah abg buli.hehe..kadang2 baik kadang gaduh tu perkara biasa,nama pun adik beradik

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?