Kisah Gelap

Ha.. jangan ada prasangka yang bukan-bukan bila baca tajuk entry ni. Kali ni saya nak ceritakan kisah kami empat beranak yang terpaksa bergelap apabila tiba-tiba elektrik tiada pada dua hari yang lalu. Terkejut juga bila tetiba gelap pada pukul 10.20 malam. Jarang sangat berlaku macam ni.

Naim mulalah merintih dan bersoal jawab mengapa kenapa gelap macam tu suasananya.

" Mama, abis tu, macam mana kita nak tengok tv ni?

"Abis tu, bila nak ada lampu ni?"

"Takkanlah nak gelap je ni? "

Dia duk ulang berkali-kali ayat-ayat ni. Dia tak tahu, kalau rumah teres ni, pastilah bila gelap macam tu, kita kentut pun jiran sebelah boleh dengar, sebab rumahnya dekat sahaja. Agaknya, jiran kami ni dengar yang Naim ni asyik duk pok pek membebel ni, Papa N dan Naim diajak bersantai-santai kat luar rumah. Memanglah panas suasananya kat dalam rumah masa tu. Di luar pada masa tu, diorang siap berkelah lagi. Buat 20 minit pertama, agaknya hampir separuh penghuni lorong kami ni yang berkumpul di depan tu. Masing-masing bersembang kuat dan ada sesi makan dan minum lagi. Jadi macam parti malam pula. Yang anak-anak pula, main dengan gembira macam siang hari. Ada yang main bola, ada yang naik basikal dan ada juga yang berlari.

Naim pun mulalah keluarkan basikalnya. Lepas bosan dengan basikal, dia masuk ambil bola pulak.
kesian Naim, kali pertama dibenarkan keluarkan basikal daripada rumah bila tengah bergelap. Hari biasa dia pernah minta untuk keluar ke depan rumah apabila dia lihat budak-budak lain seronok main basikal, tapi saya yang tak benarkan.

Lama jugalah kami bergelap, pukul 12.15 barulah keadaan kembali bercahaya. Jenuh jugalah nak memujuk dua beradik ni tidur apabila keadaan panas. Akhirnya kedua-duanya tidur dengan sejuk penghawa dingin kereta. Modal RM 1.80 buat bayar tol sebab kami ronda sampai ke Putra Height untuk buat dua beradik ni tidur. 

Yang tak tahan tu, pada awalnya beriya saya menaip laporan dalam kegelapan tu. Bila ke sekolah hari semalam, rupanya tak ramai lagi yang buat. Haa, gelakkan diri sendiri. Tapi tak pelah..kerja siap yang pentingnya..

P/s ; bila gelap, dengan ada sedikit cahaya pun, mata kita ni masih lagi boleh nampak apa yang ada di sekeliling kita, kita rasa seronok kan? Dapat agak arah nak pergi atau ke mana nak dituju. Jadi, marilah kita jadi insan yang hidupnya seperti cahaya dalam kegelapan... janganlah pula sebaliknya...

Comments

  1. Erk? Sy pun tak suka klu blackout mcm ni. Tak sukeeeeeee sgt, Lama lak tu eh cikgu? Dari kul 10, kul 12 lbh bru ok. Mmmm.....

    ReplyDelete
  2. Mau berpanas kan, tapi okla dapat ambik angin kat luar..
    cuma jenuh nak menjawab jela :D

    ReplyDelete
  3. Weyh AN.... rindu mak ke? hehe....
    Dulu taman Okje ni selalu blackout..... ni dah lama tak de....syukur
    Betul, kalau bergelap ni yg tak tahannya panas dan nyamukkan AN...
    Budak dua tu baru pertama kali kena bergelap ke?
    Amboi bukan main berfalsafah lagi...maklum le cikgu BM hehe

    ReplyDelete
  4. Itu namanya "candle light dinner"!. Hehe...
    Seronok tu Aisy, berpesta2 dlm gelap.
    Kat Taman I ni ada juga blackout sekali sekala tp selalunya tak lama..
    mmg tak sempat la nak "berpesta".

    ReplyDelete
  5. jam pertama mmg okeykan...masuk jam seterusnye mmg lepak luar umah laaa hheeheh...panas tu tak tahan tu...tak tgk tv takpe lagi tapi kalo tak dpt kipas mau meroyan heheeheheh...sonok plak siap dah berkumpul ramai2...makan2 lagi hah heheheeheh....nape satu taman takde letrik tu....jgn le jadi lagi kan...payah dibuatnyer.....

    tapi dari takde air bagi takde letrik lagi kan heheehehe

    ReplyDelete
  6. pernah bergelap ber2 dengan alya..nasib baik sekejap je...

    ReplyDelete
  7. hhha..haha..mmg cikgu ni yang terlebih rajin..cikgu ummi ain ni tak buat satu bnda pn lagi..best juga kdg2 bergelap..dekatkan silaturahim

    ReplyDelete
  8. Saya naik rimas klu bergelap. Dah la panas anak pot pet pot pet. Nyamuk byk. Semua keje x jadi

    ReplyDelete
  9. kalau rumah saya kat Batu Rakit tu, almost setiap bulan kena bergelap… anak2 pun dah biasa… orang TNB pun dah kenal dgn kami… harapnya sistem TNB dah naik pulih bila kami balik M'sia nanti...

    ReplyDelete
  10. Alaaa sian nyer Naim bergela baru dibenarkan main basikal kat luar. Jangna pas ni dia doa untuk bergelap jer pulak hehehe. Kami suka dulu kalau black out, tak yah buat revision hihihi.

    ReplyDelete
  11. Masa kecik2 suka berkumpul adik beradik depan pelita. main asap...main bayang2..hehe

    ReplyDelete
  12. Kalau saya pun tak akan benarkan anak-anak bermain di luar kawasan rumah tanpa pengawasan.

    Bila dah bergelap ni memang dok luar rumah lagi bagus. Kalau tidak membahang panasnya dalam rumah. Pernah sekali terkena begini. Kami 4 beranak pergi 7-11 tengah malam buta beli air sejuk lagi.

    ReplyDelete
  13. kawasan rumah nina selalu mcm tu tp kejap je. bila time TNB dtg bawa lori besar tu yg takut bergelap lama2. hehe. suka ayat akak yg bawah tu :)

    p/s: alhamdulillah.. berkat doa & kata2 dr blogger buat nina, kerja pun makin best, stakat ni semua boleh catch up.

    ReplyDelete
  14. situasi biasa bila letrik takde,lagi2 kawansan rumah ters cmni.mak2 bpk2 mensyuarat tingakp,anak2 main dengan riang gembira.hehe

    takde letrik boleh lagi tido dlm kereta,klu takde air ssh sikit la kan..nasib la tgh malam dh ada letrik,klu tak maunya tido dlm kereta terus...:)

    ReplyDelete
  15. ain..baru kak intan perasan layout blog ain ni..baru ! segar! dan cute! sukalah! sapa buat nih..? dulu dulu kalau gelap kak intan mesti duk diam jer..membatu..takut juga gelap...arwah ayah dan mak duk bawah..kak intan duk umah atas...sat2 depa panggil kak intan...kot kot ilang dalam gelap..huhuh

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?