Mengatasi anak susah tidur

Kali ni saya nak berkongsi pengalaman menidurkan Ahmad Naim yang sedang lasak. Memang diakui oleh saudara mara yang datang bermalam di rumah, Naim memang susah betul nak tidur. Malah dia akan main sehingga ke pukul 1 malam. Lagi-lagi sekiranya ada orang datang, lagi seronok dia nak bermain. Matanya memang tahan betul. Tapi sejak menghampiri 7 bulan kandungan kedua ni, saya semakin terasa penat dan sakit-sakit belakang, jadi kami suami isteri cuba sedaya upaya nak buat Naim tidur lebih awal. Dah tidur Naim ni barulah mama dan papanya juga dapat berehat. Kalau tak kesian papanya nak melayan Naim. Kadang-kadang Naim akan bertegas nak juga main dengan mama, walaupun ada kalanya saya betul-betul letih pada hari tersebut. Ni lah petuanya.

1. Pastikan anak bermain sepuas-puasnya pada waktu siang
  Ni antara petua yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu. Boleh perhatikan jika Naim dibawa ke taman permainan pada waktu petang, selalunya pada waktu malam dia lebih cepat tidur..Walaupun tak lah awal sangat tapi sekurang-kurangnya pukul 11 lebih tu jika dipujuk dia akan tidur.

2. Pastikan anak makan sesuatu yang mengenyangkan pada masa malam atau lewat petang
    Ni pun sebenarnya susah juga nak dipraktikkan. Budak-budak bukannya suka makan makanan berat seperti nasi atau mee atau yang lain seangkatannya. Tapi kebelakangan ni saya cuba sedaya nak bagi perut Naim agak berisi sebelum dia tidur. Antaranya saya akan masak sayur yang Naim suka makan.Haha, terkejut tak budak 2 tahun lebih suka makan sayur?  Selain itu, kalau Naim tak  nak juga nasi walaupun sesuap, saya cuba bagi dia makan roti atau buah-buah. Ni maksudnya kita kena sediakan makanan yang anak suka makan.

3. Pastikan anak tidak tidur banyak pada waktu siang
   Yang ni saya tak dapat nak praktikkan selalu. Maklumlah kami bekerja dan Naim ditinggalkan di taska. Tapi sekiranya pada hari cuti, saya selalu pastikan Naim takkan tidur lama pada waktu siang. Malah saya akan kejutkan Naim sekiranya rasa dia dah tidur lama sangat.

# walau apa pun kita kenalah pastikan waktu malam yang dihabiskan dengan anak-anak adalah masa yang berkualiti. Mungkin juga anak yang aktif ni kerana mereka ada perasaan ingin tahu yang tinggi, ibu bapa kena prihatin juga. Walaupun penat bekerja di siang hari, anak-anak jangan diabaikan..

Comments

  1. alahai bahagialah ade anak ye akak..tips nie berguna nanti bila dah kahwin n ada anak..bila penat main seharian,memang senangla naim tido kan..tak lama dah akak nak bersalin ek?insyallah moga baik2 je akak..naim nak dapat adik dah..pasnie de geng..:)

    ReplyDelete
  2. haha...entahla mcm mana geng naim nati...sama nakal ke? lagi la mama pening nati...akak due awl bulan 8 ni..doakan akak ye.

    ReplyDelete
  3. ooo macam tu yaa.. nanti la kalau saya da kawin dan ada anak.. saya akan amalkan tips ini.. tima kasi cikgu... (",)

    ReplyDelete
  4. huhu..anak2 saya selalu tidur lambat..siang sampai petang duduk di nursery..balik rumah terus main je kerjanye..dah masuk bilik tidur pun still nak main lagi...tambha2 anak pompuan nie..main2 ngn anak patung..nak tidurkan ank patung diorang lagi..last2 kul 12.30 baru tiudr...kadangw terpakse buat diorang nangis dulu baru diorang senang nak tidur.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?