Posts

Showing posts with the label Tips

Tips menghilangkan letih di bulan puasa

Assalamualaikum semua. Lamanya saya tak menulis. Banyak hal yang nak diselesaikan sejak akhir-akhir ni. Ok, jadi tak nak membuang masa korang yang keemasan tu, saya terus kepada tajuk ye. Ikutkan hati, memang kita yang berpuasa ni terasa letih dan lemah. Kebanyakan rasa begitu. Saya tengok ramai yang tetap bersemangat macam bulan biasa, tahniah ye. Kekal tahap kecergasan nampaknya. Jadi, bagi korang yang dah bersahur tapi ada kalanya rasa letih dan lemah di siang hari boleh praktikkan tips saya ni. Kaedah yang seharusnya anda buat untuk jadikan badan lebih cergas walaupun berpuasa ialah dengan melawan perasaan letih tersebut. Jangan elakkan diri daripada melakukan aktiviti seperti biasa. Kalau biasa anda mengajar dengan bersemangat, tak ada alasan untuk duduk sewaktu bulan puasa ni. Percayalah jika kita melawan perasaan malas tersebut, maka akan dapat menghilangkan perasaan letih yang ada.Ingatlah yang kuasa minda dapat menghadapi semua kemungkinan yang ada. Selain daripada tu...