Posts

Showing posts with the label Jalan jalan

Shopping di Tapah

Kalau ditanya orang apa tempat makan best di Tapah ni, saya memang tak tahu nak jawab. Sejak kawin ni, memang kalau balik kampung, mesti akan makan kat rumah. FIL atau MIL yang masak apa sahaja makanan yang anak-anak minta. Awal dulu, selalu juga saya perli Papa N, kalau balik Pasir Mas, dia mesti nak makan nasi sup daging bakar, mee celup, nasi ulam dan kuih akok. Tapi kalau balik Tapah, semua makan di rumah. Tapi, bukan maknanya bila balik sini, tak payah keluar duit langsung. Kalau macam tu, dah lama banyak duit kami simpan rasanya. Bila balik sini, boleh dikatakan wajib untuk saya pergi ke Pasar Tapah. Tujuannya nak beli bahan mentah yang nak dibawa balik ke BSP nanti. Antara bahan yang dibeli, ikan tenggiri masin. Ikan yang wajib ada dalam peti sejuk kami, sebabnya Papa N peminat tegar kailan ikan masin. Walaupun empat tahun lebih ni saya cuba ajar dia makan sayur lain, namun kailan ikan masin tetap menjadi pujaan hatinya, apa nak dikato lagi? Kawe ikutkan ...

Naim: Sampai puas mandi

Image
Kisahnya, semalam tu lepas je balik daripada sukan tahunan sekolah tu saya cepat cepat berkemas. Dah lama simpan niat di hati nak bawa Naim mandi puas-puas di Gold Coast Morib.  Sian anak mama ni ye, pantang tengok air pancut atau kolam mesti minta nak mandi... Bukan jauh pun, tapi masanya yang asyik tak sesuai je. Jadi, hari Jumaat hari tu tengah berpanas di Stadium Negara Panasonic tu tetiba saya terfikir, nak kena pergi jugalah Ahad ni. Sebabnya, tiket groupon yang dibeli dah nak habis tempoh. Daripada rugi cam tu je, tak elok kan? Itulah kalut jadinya, bertolak dari rumah pun dah pukul 3.20, jadi kami sampai pun pukul 4 lebih. Lepas solat asar je terus semua turun ke tempat mandi. Naim, seperti yang dijangka, seronok betul dia. Sejam pertama masa main air tu, macam histeria dia menjerit setiap kali badan cecah air.. Rasa rugi pula tak rakamkan senyuman seronok Naim saat tu. Tak bawa turun kamera sebab kononnya semua pun nak mandi. Tapi, Nazif pula takut air. Mama pun tak jadi...