Meraikan Ramadan
Segan nak bagitahu, setelah tiga tahun saya berada di sekolah ni, hari Khamis hari tu ialah kali pertama saya hadiri majlis berbuka puasa anjuran pihak sekolah. Dua tahun sebelum ni, entah kenapa saya tak menyertainya. Beberapa hari sebelum lagi, cikgu dan murid-murid memang kelihatan bersungguh nak menjayakannya. Itu jugalah yang membuatkan saya rasa kali ni memang kena hadiri juga. Alhamdulillah, memang dapat turut sama memeriahkan majlis. Majlis ini dimulakan dengan majlis khatam Quran pada petangnya, berbuka puasa beramai-ramai, solat maghrib bersama dan juga terawih. Terharu saya melihat ramai murid menyertai majlis khatam Quran yang dibuat seawal pukul 6 petang. Bilangan murid yang menyertai jauh melebih sasaran, 86 orang kesemuanya berbanding jangkaan 60 orang. Sokongan para ibu bapa juga cukup menggalakkan. Lega saya apabila melihat ada antara murid yang menyertai majlis khatam Quran ni murid yang di dalam kelas nampak tak ada bakat pun untuk ...