Ketenangan

Aku terus berjalan
tanpa menghiraukan rintangan
cabaran yang menghalang
air mataku menitis
jiwaku meraba
hatiku terseksa
mencari ketenangan jiwa.
 
Ketenangan

kini kutemuimu
suasana sepi menjadi riang
suasana gelap menjadi terang.
 
Kini kusedari
bahawa ketenangan
bukan datangnya
dari kesenangan
kekayaan dan kemewahan.
 
Berilmu dan beriman
di situ ia datang
menjadi jiwaku tenteram
apabila aku mendekati-Nya.
 
 
                                    sajak: Ketenangan, Komsas BM tingkatan dua..



  Sajak yang saya ajar di kelas semalam, entah apa yang murid-murid dapat, salah seorang daripada diorang, tersenyum sambil cakap ,"hari ni cikgu mengajar macam jauh di mata dekat di hati,"

Saya tanyakan apa yang dia cuba maksudkan, tapi tak berbalas pula. Dia senyum je...

Apa pun kalau itu satu pujian saya rasa lega dan bangga. Lega apa yang disampaikan ada yang faham dan mungkin menyentuh hati anak anak di bandar yang jiwanya kosong, walaupun ada kemewahan.

p/s : entry pendek sebab terharu OkJe bertanya kenapa saya dah lama tak menulis. Haa, seronok ada orang rindukan, tanyakan kita kan?... Buat-buat sibuk sebenarnya, selesaikan hal duniawi... Dah lapang sikit nati, saya tulislah banyak-banyak. Lagipun kalau menulis di saat jiwa kacau, tak best jadinya, kan??  Harapnya semua orang bahagia dan selesa sekarang ni,.

Comments

  1. Memang mendalam maksud sajak tu.. dah lama tak bersajak bagai... teringat pula zama sekolah dulu2...

    Betul la, bila jiwa kacau... idea pun kontang..

    ReplyDelete
  2. Tgh bz ke? Klu bz mmg jiwa kaco. Nyampah je nak update blog, kan?

    ReplyDelete
  3. saya pon tgh bizi...2 bulan x buka blog...hehe...ni pon sebab rindu sangat nk jenguk kawan2 blog

    ReplyDelete
  4. akakpn bizi + stress tp release kan tension ngan bw.. tenang jer dpt baca catatan teman2

    ReplyDelete
  5. nik pun tgk busy ni. tak sempat nak bw. kalau time bz tulis blog mesti akan karang entry luahan perasaan jea..hahaha

    ReplyDelete
  6. Hehe....kalau jiwa kacau, tulisan pun start le kacau jugak AN hehe...
    Sesekali bersajak pun best gak!

    ReplyDelete
  7. masa sekolah dulu rajin jg tulis sajak mcm ni tp sejak dah berusia ni idea dah takde nak mengarang..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?