Jiran ada, kawe tak de

Tadi, semasa nak menjemur baju, saya terlihat jiran sebelah ( lelaki 40-an bujang) sedang susunkan pasu-pasu pokok bunga di laman rumah dia. Rajin betul dia.. Dah la lamannya lawa, penuh bunga dan hiasan, sentiasa berubah-ubah pula susunan dan bendanya tau. Dalam hati saya, agaknya ni susunan  terbaru khas untuk raya kot...
 
Rumah saya sendiri? Jauh panggang dari apilah. Tak ada sepasu bunga atau pokok pun kat luar Yang ada pun, pasu tanam limau purut, kunyit dan pandan. Haha, tak dapatlah nak bersaing-saing.. Dalam rumah pun ada sepasu je...Bunga plastik sepasu yang dibeli hari tu pun dah nampak botak. Siapa lagi punya kerja? Dua beradik tulah.. Diam-diam diorang gubah semula bunga. Dari jauh dengar Naim sebut, " kawin, kawin, kawin" , rupanya dia petik bunga-bunga tu dan tabur ke badan Nazif sambil sebut kawin-kawin tu.. Macam perkahwinan mat salleh tu... adoi..
 
 

Jadi, apa lagi kalau nak ada taman cantik macam ni... in my dreams lah nampaknya... Dahla bukan tangan berseni, di tambah lagi dengan dua peminat bunga ni, lain tahun la nampaknya boleh hias rumah dengan bunga-bungaan.

Comments

  1. kena tunggu budak2 tu besar dulu la baru boleh menghias rumah dgn bunga hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Ain..ahahah..kelakar la naim nih…siap tabor bunga tu…umah kak intan lagi x ada apa..umah flat bukan leh nak berkebun bagai..kira umah ain ok la sebab ada lagi pokok limau purut..hehe..leh juga petik2 nak buat tomyam..ekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tujuan.. tapi masa awal2 dulu, botak daun limau purut tu, naim juga punya kerja....skrg dah ok, bolehla mamanya masak tomyam dan paprik

      Delete
  3. Tempah jer dgn company landskap....sekelip mata rumah jadi taman...hahahahaha tak gitew?

    ReplyDelete
  4. *40?. Masih bujang????!. Good news tu kalau nak jodohkan dgn kwn2 I yg masih single... kekeke.

    *I pun dah lama tak berkebun kat laman, lagipun tgn I ni bukan jenis sejuk yg tanam apa2 semua menjadi.

    ReplyDelete
  5. Oh... jiran Aisy tu speciallah. Untung siapa yg kawin dgn dia tu.

    Aisy mintalah benih dia sikit tanam kat rumah. Ala.. luar rumah 2 hero tu tak kacau. Dalam rumah biasalah dia main apa yg ada depan mata dia gunakan hihi...

    ReplyDelete
  6. hihi..kalo dh betol2 minat..memang leh jadi la cmtu..
    tapi..kalo dh ade yg tukang gubah nanti.susah plak..sabo je la.

    ReplyDelete
  7. ahahha sama lah macam akak dikk
    jari tangan semua keras ... x der seni nak ada pokok2 bungee nie

    tapi kalau diberi taman macam tu utk laman .. mak aihhh mak suke !

    ReplyDelete
  8. ke nak wat balik calon tu

    ReplyDelete
  9. untung dapat jiran rajin tanam bunga... boleh tumpang cuci mata sekali :)

    ReplyDelete
  10. sy tangan ada seni jgk. Tp seni memetik jer. kalau bab menanam sy serah pd en.hubby ni.

    ReplyDelete
  11. hehe..Naim ni buat anty gelak la pula...;D
    suka juga tanam-menanam bunga ni tapi selalu tak menjadi...

    ReplyDelete
  12. oh naim main tabur2 bunga ye...

    rumah akak ni pun takde sepasu bungan pun aisy

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?