Cara mendidik anak lelaki

1. Ajarkan anak ajaran agama sejak dari kecil. Contohnya ajar anak solat sejak dr kecil. Bawa ke masjid untuk solat berjamaah atau ke kubur untuk anak tahu apa yang berlaku semasa ada kematian.
2. Ajar juga anak semua kemahiran asas rumah tangga sebagaimana yang diajar kepada anak perempuan, termasuklah menjahit, memasak, mengangkat barangan berat, menjemur baju dan lain-lain. Ini bukan sahaja kerana nak mendidik anak lelaki dengan sikap bertanggjawab, tapi juga untuk memupuk sikap memuliakan wanita di daam diri anak lelaki tersebut sejak daripada kecil lagi. 
3. Banyak bersoal kepada anak lelaki untuk meningkatkan kemahiran diri anak serta keyakinan diri. Lelaki kan bakal pemimpin....


-petikan daripada motivasi pagi di TV3 pagi tadi, banyak yang boleh dimanfaatkan bersama...Semoga anak anak lelaki kita yang kita sayang ni akan membesar menjadi lelaki yang hebat. Lelaki yang bukan sahaja tahu meminta, tahu mengarah, sebaliknya tahu melakukan kerja, tahu bertindak serta memahami hati wanita di sisinya.... Kata ustazah itu lagi, semua ni tanggungjawab seorang ibu untuk didik anak lelakinya dengan sifat-sifat yang mulia. 

Comments

  1. besar tanggungjawan didik anak kan. moga jadi anak yg soleh :)

    ReplyDelete
  2. Mudah2an mereka menjadi seorang insan cemerlang dunia & akhirat, aamiin..

    ReplyDelete
  3. Betul tu Aisy...
    melentur buluh biar dari rebung.
    Lagipun saham diorang akan lagi tinggi kalau
    dah la hensem, bijak dlm segala hal, warak, rajin, gentleman...
    nanti ramai yg terkejar2 nak
    jadikan menantu.... haha..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian.

    Akan diaplikasi pada anakanda saya Muhammad Aliff

    Salam singgah dan salam Ramadhan :)

    ReplyDelete
  5. Bukan mudah mendidik anak...apapun islam telah menetapkan garis panduan tentangnya.

    ReplyDelete
  6. agak sama lah caranya cam didik anak pompuan,,,beza sikit je,,
    tq share

    ReplyDelete
  7. cuma ada sorg ja anak lelaki hehe...dah boleh amik alih tugas ayah jd driver utk perjalanan jauh..

    ReplyDelete
  8. Elok turunkan kat anak awal awal AN sementara masih rebung lagi... Anak okje dah jadi buluh hehe...

    ReplyDelete
  9. Remind me of how our parents ajar kami semua adik-beradik, no such thing as girls' job or boys' job, semua kerja rumah sama2 buat lelaki dan perempuan. And I am lucky kahwin dengan papa JJ yg dari family semua lelaki, so dia dah biasa buat semua kerja rumah. Hehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung betul macam tu... Nas dapat suami penyayang n rajin...berbaloi..

      Delete
  10. semoga kita dpt mendidik anak kita dgn sebaik mungkin

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?