Beras Siam pilihan kami

Sejak hampir dua tahun tinggal di Selangor ni, kebanyakan stok beras di rumah saya ialah beras yang dibeli semasa balik kampung.. Beras Siam...Cuma sekali-sekala je, kalau dah habis stok dan tak ada balik kampung Kelate, baru lah beli beras di pasar raya sini.

Mungkin sebab dah selalu makan beras Siam, bila makan beras dibeli di sini, terasa kurang sedap.. Citarasa kami kot, suka beras ni...Beras Siam yang kami selalu beli ni tak keras atau lembik, sedang-sedang je, senang nak masak. Buat nasi goreng pun sedap. Lagipun beras ni tahan. Kadang-kadang bila sibuk, satu hari setengah baru nak cuci periuk, dilihat nasi masih lagi elok, belum basi.

Sekarang ni, mak mertua pun ada kalanya mengirimkan beras bila saya balik ke Kelate...
 dia pun dah mula ikut makan beras Siam.

Tak kisah la ye, makan beras ape pun, yang penting sediakan apa yang keluarga kita suka, kan? Dulu, semasa masih bujang, akak saya yang tinggal di Keramat selalu keluarkan ayat macam tu. Sekarang baru faham apa maksud selera kita sedikit sebanyak akan berubah bila ada keluarga.. Apa yang keluarga kita suka, itulah juga akan jadi keutamaan kita.

Comments

  1. betul tu dulu2 masak ikut suka je,skang nih kena gak ikut selera en.somi

    ReplyDelete
  2. Lepas ni nak try la beras siam plak . kena cakap ngan abah ni . hehe .


    Citarasa akan berubah ye nnt kak ? Alahai, takut pulak . haha .

    ReplyDelete
  3. betoi tu.. apa yg family kita sk, itu yg kita msk n sedikit sebanyak kita pun belajar jd sk jugak :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?