Selesai sudah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan berjayanya kenduri doa selamat yang saya niatkan sempena kesihatan Naim.

Pukul 6 petang ni, keluarga Abang Ipar saya bertolak balik, sebagai tetamu terakhir, maka kembali kosong rumah kami yang mula meriah sejak pukul 6 petang semalam dengan kedatangan Opah dan Atuk Naim.
Lega sangat, kesibukan beberapa hari ni terasa berbaloi. Penat kemas, 3 kali pergi beli barang pun ada lagi tak lengkap, risau mencari orang untuk bacaan yassin dan nak agak berapa banyak beli barang adalah antara perkara yang memenuhi fikiran saya tiga hari ni. Siap upah bibik Indon datang tolong kemas rumah lagi pagi semalam. 

Terharu saya masa bacaan yassin tadi, ustazah tu turut sama meminta doa untuk keselamatan para penumpang MH370. Sebak hati saya bila mendengar sepatah dua kata oleh ustazah tentang kebesaran ukhwah sesama manusia. Insya Allah, kami masih lagi mengharapkan berita baik tentang MH370.
Lega makanan yang disediakan habis, sesuai dengan jumlah tetamu. Cuma saya agak terkilan kerana Zilla dan keluarga datang agak lewat, jadi diorang tak sempat makan nasi beriani. Keluarga Kak Ja pun, sempat juga melapangkan diri untuk datang walaupun sibuk, terima kasih ya.

Paling saya syukur kerana majlis kali ni banyak sangat dibantu oleh MIL dan FIL. Begitu juga keluarga Abang Man. Alhamdulillah ada yang sanggup meringankan tangan.
Tak banyak gambar boleh saya tunjukkan kerana memang saya tak sempat memegang hp semasa majlis. Ini gambar kek harijadi Naim, yang dipotong dengan nyanyian daripada saudara mara dan ahli bacaan yassin. Sedap kek pecan butterscotch ni. Dah habis pun. Lain kali boleh tempah lagi kek daripada Cik Sal ni. 

Comments

  1. Alhamdulillah AN..majlis berjalan lancar dan ramai yang membantu

    ReplyDelete
  2. Allhamdulillah selesai majlis dengan jayanya. I usahkan nak masak untuk ramai orang, untuk extra sorang pun I dah kelam kabut tak tau nak catu tang mana huhu. Well done u.

    ReplyDelete
  3. hehe..tak pe..baru je mkn nasi beriani kat kenduri kawin..memang perut tengah penuh tu..happy birthday naim..budak2 ni suka datang rumah naim..boleh buas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Llain kali pulak deh..
      Naim pun suka dan boleh berkawan dgn ank2 zilla.

      Delete
  4. Happy birthday Naim..
    Sedapnya... ada bariani, kek pecan.. terliur tau I membacanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops sorry.. tp bukan ada isi kan? Tak pe terliur tu...

      Delete
  5. Eh? Nape okje tak datang? Tak jemput eh....hehe....
    Lega sungguh tu AN kalu hajat dah terlaksana....rasa lepas sudah beban yg dipikulkan ... ruginya tak dapat rakamkan kenangan dan tempek kat blog ni .....Apa pun tahniah buat awak AN kerana dah berjaya pun buat kenduri .....

    ReplyDelete
  6. Patut pun sunyi tanpa berita....rupanya bizi layan tetamu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kalau sekali sekala buat kenduri. Panggil jiran sini je makan.. kawan2 sekolah ..

      Delete
  7. alhamdulillah..tuan rumah sibuk ye...

    selamat hari jadi ulama kecil naim

    ReplyDelete
  8. patut pun senyap je..rupanya ada kenduri!Alhamdulillah,semuanya dah selesai..

    ReplyDelete
  9. mengadakan kenduri,walaupun kecil2an..mmg penat...mmg tak terkejar kalau takde bantuan adik beradik/sedara mara...
    paling meletihkan,nak kemas rumah supaya jadi mcm sediakala hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Semua dah basuh.. tapi susun belum .. penat juga nak kemas semua ke keadaan sedia ada..

      Delete
  10. ala takder banyak gambar yerk... tuan rumah sibuk sangatni... apapun semua pun dah berakhir dengan selamat.. paling syiok makanan habis tidk membazir...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar,moga Ahmad Naim terus diberi kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah.lega kan bila majlis dh selesai dgn jayanya.bila dpt jamu tetamu dgn hasil.air tangan sendiri kan.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, selesai sudah! Kira ni dah ada pengalaman memasak dan menyediakan hidangan untuk kendurilah ye. Kek pecan butterscotch tu saya pun suka tapi order kat tempat lain ler. Memang best just manis sangat aje. Tapi peduli apa bila dah suka. Lepas tu baru menyesal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur kek ni manisnya biasa je.

      Yang masak bukan saya, bapak mentua yg masak. Saya tolong potong2 je..pengalaman menyedia kenduri ya.. ok la juga sejak duk kat rumah ni ni dah kenduri kali ke 3.

      Delete
  14. Alhamdulillah selesai semuanya..sesekali kenduri macam tu la AN..ni baru besday anak,klu terima menantu macam mana la kan.hehe..

    cantik kek besday naim..tgok je dh tahu sedap

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah.. selamat hari lahir naim! sedap nampak kek tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?