Lega sementara

Assalamualaikum semua.
Saya tengah mood gembira malam ni. Alhamdulillah rasa tenang sikit sejak petang tadi. Seminggu lebih ni, rasa hidup haru-biru. Risau nak kena cerap satu hal, sibuk pasal pertandingan bicara berirama pun satu hal juga.

Namun, bila dah selesai kena cerap pada hari Isnin hari tu, satu kelegaan besar saya rasa. Walaupun guru pencerap tu belum lagi panggil saya untuk bagi komen beliau, namun saya dah rasa macam melepaskan satu beban besar. Sempat rasa nak marah masa kena cerap hari tu, sebab murid-murid mengada-ngada. Saya dah rancang baik-baik, sengaja pilih pelakon dan dua murid lain bacakan skrip drama untuk pengisian kelas, tapi si pelakon ni pula tunjuk pandai kat depan kelas. Sempat dia mengajar kawan dia cara nak baca skrip dengan betul pulak..Hai, geramnya saya tapi sabar je masa tu. Eh, lupa bagitahu korang, kelas saya ni ada seorang murid yang jadi pelakon drama dan iklan tv. Tapi taklah popular sangat pun. Tak layahla saya bagitahu namanya ya..

Hari ni pula selesai sudah pertandingan bicara berirama yang dah dua minggu berlatih. Pasukan sekolah kami tak menang apa-apa pun, tapi saya secara peribadinya rasa bangga dengan 31 orang murid yang masuk tadi. Semasa di atas pentas tadi, diorang tunjukkan prestasi yang baik. Cuma pasukan yang lain tu, lagi jauh lebih baik, jadi kami tak menang. Kalau disuruhnya saya hafal semua skrip tu dalam masa seminggu lebih belum tentu saya boleh ingat. Dah la saya ni jenis pemalu..hihi. sila percaya ya..

Disebabkan dua perkara penting dalam minggu ni dah selesai, memang rasa lega. Dalam bas masa perjalanan balik tu pun saya dah tersenyum lebar. Tak rasa mengantuk pun walaupun dah keluar dari rumah seawal pukul 6.40 pagi tadi. Sempat singgah di Hero pula, nak beli kentang kononnya, tapi dalam perjalanan balik ke rumah baru saya perasan, saya dah beli benda lain selain kentang. Haha.


Sekali sekala balik ke rumah pada pukul 3.30 petang, terasa lain macam pula. Sempat saya masak asam gumpal yang diajar oleh Cik Sal dan buat burger daging kambing mini untuk minum petang tiga jejaka dalam rumah saya ni. Guna patty yang kecil je, sebab tu saya potong dua je roti gardenia. Sayur tak tinggal, walaupun saya potong kasar timun dan kubis ni, habis je diorang ni telan. Asam gumpal tu pula kena cuba buat lagi lain kali supaya bentuknya lebih comel. Rasanya saya kukus terlalu lama jadi bentuknya nampak penyet, tak betul-betul bulat.Lagipun, saya yang tak mahir masak ni, kalau resepi yang saya derhaka masa buatnya ni, memang selalu hasil jadi macam ni. Dah tahu kesan kalau derhaka, tapi tak juga insaf ya. Tak apalah, asalkan rasanya ok.

Comments

  1. gapo dier asam gumpal tu cikgu ? sorry no kami orang utara tak tau pa benda tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. lupa nk oyat.. ni bubur sagu sebenarnya. Tapi sagu ni diletakkan kacang hijau kat dalamnya dulu n kena kukus sebelum dimasukkan ke dalam santan....

      Delete
  2. Tu la tak pernah tahu Asam gumpal mcm ni , ingat buah asam , rupanya sagu hihi

    ReplyDelete
  3. akak pernah makan asam gumpal ni
    dia ada letak halba kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pula ada halba... ke yg saya buat je.. entahla

      Delete
  4. kalau blk kelantan akak mesti cari asam gumpal tu...nak baut sendiri tak berbaloi,sorg2 ja makan...

    ReplyDelete
  5. yg tu kalu org klate panggil sanggupal..hihi

    ReplyDelete
  6. Dah semua org tahu asam gumpal tapi kakak sorang yg tertinggal tak tahu Aisy..
    Kena google juga ni..

    ReplyDelete
  7. Sama je macam jiran sekampung, KakZakie... saya pun tak tahu asam gumpal tu apa. Saya ingat tadi apalah si AN ni nak main gumpal2 asam keping... dah baca abis baru ler tahu kuih kaler hijau tu namanya asam gumpal ya... Sah, mmg saya tak pandai buat. But then sago ke tu...mcm pernah makan lak tapi kaler lain... eh, entahlah...confused sbb tak tidur hari ni!

    Bila memasak selalu derhaka, dah tahu akibatnya tapi nak juga test try buat. Tapi takpalah asalkan hati kita hepi, buah hati kesayangan pun happy aje bila makan, kan...

    Legakan beban dah turun dari bahu.... sampai terus buat entri panjang cam ni. Kalah MD sekejap ek!

    ReplyDelete
  8. asam gumpal? Saggopal rasanya kami panggil muahaha. EH semalam baru saya buat tapi takder la letak inti dalamnya, masak dalam periuk once sejuk sudu2 kan masuk santan masak, tu jer. Seperiuk papa JJ sorang sekali hadap, hihihi

    ReplyDelete
  9. kita panggil sanggupa jah:)ortodoks sikit:)

    ReplyDelete
  10. ada juga kuah yg letak halba. resepi yg sy bg tu tok kuah yg letak nangka.. kalau nak letak halba just tukarkan nangka tu dgn halba

    ReplyDelete
  11. lega rasa ye dh selesai dua benda penting..:)

    asam gumpal?pertama kali dengar ni.rupanya macam sago ekk..mungkin belah utara ni panggil lain..dia macam bubur ke apa AN?nmpk macam santan..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah selesai sudah.
    asam gumpal gapo dia gak tu?
    citer la lagi nti pasai asam gumpa tu ye kak

    ReplyDelete
  13. tak pernah makan asam gumpal tu & tak pernah tau hehehe... derhaka pada masakan xpe asalkan sedap dimakan juga

    ReplyDelete
  14. Bila dah lapang dan lega ni rasanya banyaklah entri yg akan keluar tak lama lagi ni hehe ...Tunggu je masa dia nak keluar tu....
    Tak pernah dengar pasal asam gumpal tu sebenarnya...makanan kelantan yeh AN?

    ReplyDelete
  15. xpernah dgr nama asam gumpal tu akak.. hehe. bestnya dpt aktif drama masa skolah dulu. menang je mesti syok habis.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?