Memori

Pernah tak korang terfikir kemungkinan suatu hari nanti korang bakal kehilangan memori? Mungkin melupakan peristiwa manis dan indah yang pernah dilalui? Kalau kenangan yang pahit yang sedih itu tak apa lagi, kan? Memang kalau boleh nak je lupakan perkara sedih atau menyakitkan hati kita. Tapi sekiranya peristiwa penting yang pernah berlaku dalam hidup korang, tiba-tiba pada suatu hari korang dah tak mengingatinya? Korang menyedarinya. Apa korang rasa? Mungkin bukan sekelip mata, tapi sedikit demi sedikit melupakan perkara penting, bulan bergilir bulan, mula salah mengingati peristiwa lalau. Pernah bayangkan keadaan tu?

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, manakala kita ni umat yang sangat lemah. Tiada satu-satu perkara yang 100% dalam kawalan kita sendiri, melainkan dengan kehendak Allah S.W.T kesemuanya.

Berdoalah kita semoga dijauhkan daripada sifat lupa serta penyakit yang melibatkan salah ingatan.  Kalau diuji juga sebegitu, pasti ada hikmahnya yang kita tak tahu. Kenalah belajar redha dengan takdirNya.

Ya Allah, jauhkanlah aku hambaMu ini daripada melupakan detik-detik manis bersama-sama anak-anak tersayang.
Senyum tawa mereka mengubat hati laraku.

Kenakalan mereka penghibur hatiku..

Semalam singgah ke Johnny, kerana rindukan kenangan makan nasi goreng belacan yang selalu kami makan di Jusco Taman Universiti beberapa tahun lalu.

Lepas makan, Naim mengajak cuba duduk dalam kereta yang dipamerkan di Alamanda tu. Merasa dia naik 8 buah kereta semalam. Seronok, siap Naim bukakan pintu untuk mamanya duduk sekali. 


Semoga mama tak terlupa kenangan indah ni.

Comments

  1. entri macam touching semacamjer ni.. moga tidakler terjadikan.. semoga Allah melindungi kitakan.. akak dah lama sesangat tak makan di Johnny...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Ada yg berlaku mgu lepas.. tu yg macam emosi sikit

      Delete
  2. assalam AN..pengalaman acik yang dah berusia ni..yang baru2 ni kadang2 terlupa..tapi kenangan masa kita membesar dan anak2 tidak pernah lupa..in syaa allah

    ReplyDelete
  3. Kakak belum jumpa mereka yg lupa memori tapi yg Alzheimer tu adalah macam arwah atok kakak dulu. Malam tadi kakak tengok drama kisah hilang memori memang sedih dan yg paling sedih bila kita menjangkakan isteri yg akan meninggal dulu tapi alkisahnya si suami pula yg pergi dulu. Scene akhir dua-dua meninggal - memang menangis kalau menonton Aisy..

    ReplyDelete
  4. maksudnya nyanyuk ke aisy..heheh

    kena byk membaca ni..al-quran dn buku2 ilmiah...

    ReplyDelete
  5. aduh seram betul pertanyaan aisy kali ni...lieya doa moga jgn laaa sampai jadi mcm tu....kenangan n memori ni lah yg akan menemani hari2 akan dtg kita....kalo la kate ilang semuanye tak bermakne dah hidup....

    lieya pun suke makan johnys....ari tu makan ngan kawan2 opis, si mia nampak gambar terus tuntut hahaahahah...nanti nak ajak laa die gi makan....kang tak abis2 tuntut janji heheheehehehe.....

    menarik nasi goreng tu.....lieya penah order sekali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kita doakan banyak2 semoga taklah sampai jadi mcm tu akhirnya

      Delete
  6. bakpo tu?hilang memori fon ko gapo?hehe..jgn marah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. tentetan kes ari Khamis..igauan ngeri

      Delete
    2. kes gapo tu?saya tak tau pun..nnt citer deh

      Delete
  7. semoga tiap kenangan indah yg kita lalui terikat kemas dalam memori...banyak momen2 manis yg tak mungkin akan dilupakan nak pulak dgn anak2 kan..

    ReplyDelete
  8. tak moh la hilang memori bisa gawat jadinyer..hehe
    setiap orang ada moment yg terindah untuk di ingati nak2 bersama orang2 yg disayangi..if memori lupus adoii apakan jadinyer..tak nak tak nak !!

    AN johore ker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita tak nak.. tapi KALAU diuji macam tu? Tak sanggup nak fikir kan? Semoga dijauhkanlah...

      Saya Ore Kelate... hihi. Pernah mengajar di johor 3 tahun.

      Delete
  9. Hai AN.....ada ni ha....Papa Zir cuti so kena berlakon baik hehe... Sambil dak TLBD nak tidur layanlah blog dulu.....
    Hish moga dijaukanlah lupa ingatan cenggitu, hilang satu nikmat kalau jadi nyanyuk AN....orang kata selalu selalulah baca al quran kalau tak mau nyanyuk!

    ReplyDelete
  10. kalu nyanyuk mmg ler xde ubt tp kalu ilng ingatan,xmerase ler nikmat idup..tp
    maybe ada hikmah gak kot..Nauzubillah!

    ReplyDelete
  11. smga dijauhkan.
    tp dulu pernah juga skali terlintas dihati biar ilang ingtn skjap disebabkan terlalu seksa dan sakitnya jiwa mengenangkan peristiwa yg menghantui hidup.saya. tak sanggup rasa nya nak ingt. walaupon kita dh maafkan org tu tp kenangan pahit tetap terpahat dihati.

    tapi bila dipikir balik Allah hanya uji org yg hebat.tapi adakah saya hebat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat.. semua orang ada kehebatan tersendiri. Kena banyak berdoa semoga kita dijauhkan daripada perkara yang tak diingini

      Delete
  12. In Shaa Allah xkan lupa kenangan2 terindah bersama anak2 terutamanya kan

    ReplyDelete
  13. Dah beberapa kali saya nak tanya lepas keluar entri baru ni dan AN dok komen. Apa yang berlaku sebenarnya sampai terkesan begini sekali? Saya jarang terlupa perkara yang hebat-hebatlah tetapi pernah juga terjadi ingatan blank terus tentang hal itu. Tapi ingat semula waktu dan ketika yang lain.

    Setakat nak bercakap sesuatu lepas tu terlupa hilang terus dari fikiran apa yang nak dicakapkan tu, memang ada juga berlaku dalam hidup ni. Harapnya memanglah kalau boleh tak mahu memori penting itu hilang dari ingatan. Tapi kalau itu takdir Tuhan, siapa kita untuk menolak ketentuanNya. Pasti ada hikmat tersembunyi yang kita tak nampak awalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..adalah peristiwa ... tapi nati dah lapang baru saya cerita ya. Bukan kes lupa sebenarnya.. macam kes luar biasa.

      Amin..semoga tak ada yang buruk berlaku lepas ni

      Delete
  14. In sha allah..semoga segala kenangan sentiasa segar dlm ingatan...anak2 mmg permata jiwa raga ibu bapa kan.jgn lupa amalkan pemakanan minda spy terhindar dr penyakit lupa

    ReplyDelete
  15. tak sanggup saya kehilangan memory, usahkan yang manis, yang pahit pun saya pilih untuk simpan (saya kan sentimental hehehe).

    Masa eksiden lama dulu, saya jadi macam lupa kejap.. makan hari jugak la nak ingat semua balik, nak ingat mana saya kerja, saya kat mana... siap nangis my sister bila saya duk tanya mana abah sebab "orang tu" dah arwah. So..dah merasa jugak la ilang memori kejap, so taknak jadi lagi.

    ReplyDelete
  16. sy ni jenis yg pelupa juga..tp harapnya memori yg indah2 tu tak lupa la kan smp akhir hayat..masa depan nti kita tak tahu..klu umur panjang dh tua mana tahu nyanyuk,mintak dijauhkan la.:)

    amboi 8bijik kereta dia naik..peminat kereta betul..

    sedap nmpk nasi goreng tu..menarik!

    ReplyDelete
  17. semoga dijauhkan penyakit hilang ingatan ni.. banyak kenangan manis dlm hidup kita dan dpt disimpan dlm memori dan blog itu dh dikira cukup

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?