Hadiah hari jadi Naim

Sempena 4 tahun, Naim dapat basikal yang comel. Seronoklah dia sebab dapat hadiahnya awal dua minggu. Bukan Naim tahu pun bila hari jadi dia. Cuma dia seronok sangat menyanyikan lagu selamat hari jadi kebelakangan ni.
Comelkan basikal ni? Ada bakul, ada tempat duduk belakang, ada tempat tutup rantai basikalnya, nampak kukuh, besi pada roda pun tegap. 

Bangun je pagi ni, Naim terus mengajak main kat luar. Sementara masih lagi belum panas, saya ikutkan saja. 
Bersungguh Naim kayuh basikal barunya. Ketinggiannya macam sesuai, nampak Naim selesa mengayuh berbanding semasa dia pakai basikal lama yang tayarnya tak ada angin tu. Siap bawa botol air tu...tak tahan betul, padahal kayuh tu di sekitar lorong rumah kami je.

Dah lama sikit, Naim mula nak kayuh ke kawasan padang bola. Bila tengok ada pasukan bawah 12 tahun tengah berlatih, Naim pulak nak main bola. Balikla kami ambil bola di rumah.
Bahagian yang Naim main ni tak rupa padang pun. Rumput kering dan mati. Tapi Naim seronok je sepak bola dan bolanya masuk ke dalam gol yang besar ni. 
Senyuman Naim sebelum balik ke rumah. Seronok dengan peluang main kat luar rumah. Rasanya keputusan untuk belikan Naim basikal baru ni dah betul. Dah lama sangat dia minta basikal green. Sejak tahun lepas lagi. Beberapa minggu lalu, masa kami melalui kedai basikal ni, sempat Naim mengamuk sebab tak belikan dia basikal. Masa tu, diambilnya segenggam duit syiling dari kereta Papanya, diajaknya saya pergi beli basikal baru. Anak, ooo anak, dia tak tahu nilai syiling tu tak cukup nak beli basikal.

Apa pun rasanya ini satu hadiah yang sihat dan sesuai untuk usia 4 tahun ni. 

Comments

  1. Peace Naim hehe..amboi basikal baru ye..
    seronok kn Aisy tengok anak happy mcm ni..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..comel sgt basikal naim..smlm baru sebut pasal basikal..hihi..untungla naim..harga dia 2k tu ke:))berbaloi sgt..comel

    mestilah naim suka sb ada angin..ringan dia kayuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi 2K? Mana la mamanya nak beli kalau mahal macam tu... ni tak la beribu pun reganya.. hihi.. mama naim kan kedekut nak beli mainan

      Delete
  3. hepi besday,Naim!moga diberi kesihatan yg baik dan dibwh lindungan Allah sentiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal wish ni.. tapi ok juga.. terima kasih

      Delete
  4. advance dua minggu naim dpt hadiah.benda yg naim idam2kan kemain seronok la dia..cantik basikal naim.kena dengan orgnya yg comel..

    btul tu AN.anak kecil bukan tahu bila harijadinya,hadiah pun tak tahu minta..tp kita bahagia bila tgok anak2 gembira dengan apa yg kita bagi

    ReplyDelete
  5. eh bila hari lahir naim akak? bestnya dpt hadiah.. sesuai dgn dia. lepas ni naim pandai kayuh bleh buang 2 roda tu.

    ReplyDelete
  6. Apa yang tak patutnya AN..... memang dah sangat patut pun dia ada basikal. Tengok pun tahu betapa seronoknya dia tu. Kalau mama beli motor lagi best hehe....boleh mama folo dari belakang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. nak pinjam moto baru SA boleh? Bagus cadangan Okje ni... ada gambar lain yang lagi kelakar muka Naim masa naik basikal tu.. siap tunjuk lidah....mmg seronok..

      Delete
  7. Yayyy selamat berbasikal Naim, kami pun baru semalam bawak JJ ronda2 ngan beskal dia tu since the weather is nice, tapi kejap jer dia kayuh pastu papa dia la kena pikul, heishh.

    ReplyDelete
  8. seronok naim dapat bawa basikal baru ye, comel basikal tu, secomel tuan yg punya...
    aktif naim ni,lepas kayuh basikal main bola pula ye,bagus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang seronok. Mamalah pulak yg tak seronok, sebab kena jadi partner dia ... panas dan malas nak kejar bola.. hihi

      Delete
  9. Tahniah Naim dapat juga basikal green ya walaupun tak tahu bila harijadi yang sebenarnya. Takpalah yang penting dia happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Happy sampai tengah hari pun masih nak keluar main basikal.. adeh..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?