Mamogram
Hari Sabtu yang lalu kami empat beranak keluar seawal pukul 9.30 pagi menuju ke Damansara. Kami menziarahi dua pupu Naim Nazif yang baru lepas menjalani pembedahan kerana usus tersumbat. Malas saya nak godek entry lama, yang kami ziarah ni cucu Mak Su Rok ya. Baru sambut hari jadi yang pertama beberapa hari yang lalu. Mujur dikesan awal, kata doktor kalau lambat dilakukan pembedahan, usus mungkin pecah.
Masa kami di Damansara Specialist Hospital ni, saya didekati oleh petugas LPPKN. Adik kot ataupun sebaya nampaknya, yang tak bertudung tapi manis dan sopan orangnya, tegur saya sambil menghulurkan pamplet tentang mamogram. Dia bertanya sama ada saya pernah tahu pasal mamogram. Lepas soalan tu, cik ni bertanya umur saya. Mujur dia tanya awal. Saya dah mula fikir yang saya ni nampak tua sangat ke. Dengan sopan cik ni bagitahu yang saya boleh tolong sebarkan kepada kakak, ibu, kawan atau saudara wanita yang berusia lebih 40 tahun untuk menjalani ujian mamogram ni secara percuma di klinik LPPKN yang tertentu.
Dia dah terang elok-elok, tak jadi saya nak tarik muka masam. Hihi. Mulalah syak muka saya ni nampak tua ke. Spesis tak sedar diri ya. Patutnya syukur apa yang diberi. Kalau muka nampak 20an di usia 30an tapi perangai tak semengah, nak buat apa, kan?
Jadi, nak memenuhi amanat yang diberi, jom kita tengok sedikit maklumat pasal mamogram ya.
1. Tujuan pemberian subsidi ini adalah untuk menggalakkan wanita dalam kategori layak melakukan ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara.
2. Kategori layak - warganegara dan penduduk tetap yang berumur 40-69 tahun dengan pendapatan isi rumah RM 5000 dan ke bawah sebulan.
3. Kekerapan ujian - setahun sekali bagi yang layak.
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.lppkn.gov.my.
Korang pun tahu sikit sebanyak pasal mamogram ni kan? Cuma yang perlu adalah kena ambil tindakan segera.. kesihatan sangat penting dan tak dapat dijual beli. Rela muka nampak tua daripada berpenyakit kanser... kan? Hihi..Jangan marah, melawak dan senyuman tu petua awet muda. Apa pun yang penting kita sihat, barulah dapat melakukan aktiviti seharian dan ibadat dengan baik. (Tak naklah cerita dengan korang yang murid selalu teka umur saya 20an..) Kalau boleh mencegah dan kesan awal, elok kita usahakan sama-sama ya.. lagipun sharing is caring.
Pembetulan: Dapatkan surat rujukan dari LPPKN berdekatan dan jalani ujian mamogram di Pusat Mamogram yang berdaftar dengan LPPKN.
ReplyDeletePenambahan
- Pendapatan RM5,000 dan ke atas akan dapat subsidi RM50, selebihnya dibayar oleh klien.
- Umur 35-39 tahun - berisiko dan punyai surat rujukan dari Pegawai Perubatan layak dapat subsidi ini..
Bagus akak tambah ni. Rasanya dlm pamlet kuning tu tak ada cakap pasal maklumat akak ni. Cik adik tu pun tak terang banyak lepas saya bagitahu umo 33 tahun. Thanks kak..
Deleteyg tu pamplet lama..
DeletePernah buat sekali kat klinik swasta.. :)
ReplyDeleteacik pernah buat sekali masa ada subsidi juga..bayar separuh je masa tu
ReplyDeleteHahaha...sempat juga mentioned pasal anak-anak murid sangka umur AN dalam 20-an. Saya tak pernah buat mammo lagi. Orang suh buat pap smear pun takut. Punyalah kan ...
ReplyDeleteHaha.. saja melawak tu.
DeleteLama cuti kan, buat entry macam mengajar di kelas pula. Kalau ajar straight je budak2 bosan n mengantuk. Kalau bg contoh (biarpun bukan2) budak happy dan akan bg respons bagus dgn isi pelajaran. Same concept here.
Tak pernah buat....okje n biasa ler takut memanjang .....Mmg elok checkkan sebenarnya....tp tulah ...tunggu terbukak hati dulu...
ReplyDeletenampaknya tak lama lagi saya pun kena buat la test ni. Betul tau, kalau awet muda toing toing pun pangai tak semengah, baik toksah. Tapi bejuruh elok pun, kalau nampak jauh lebih berusia, pun payah gak.. hehehehe.
ReplyDeletetq berkongsi ilmu yer , vry gd one
ReplyDeletetq share.
ReplyDeleteI ni penakut Aisy!. Bukan apa, kang baik2 happy dpt result yg sebaliknya jd tak happy pulak... hahaha.. Nauzubillahiminzalik.
ReplyDeletekite org perempuan ni mmg byk keje jaga2 kan aisy....bile umur dah meniingkat naik mcm2 ujian kene buat...ye laa untuk kesihatan kite juga kan...lagi pun kanser payudara mmg antara pembunuh wanita yg utama skrang nieh....aduh ntah mane kite silap makan ke ape kan.....takut jek...harap2 Allah lindungi kite dari penyakit bahaya mcm nie....
ReplyDeleteKita sebaya! Itu pasti. Hehehe
ReplyDeleteTq info ni.
tq share laling...
ReplyDeleteHei adey manis....mana pigi lama tade muncul!
ReplyDeletebagus info ni.tenkiu kak
ReplyDeleteklu sy pun tobat terasa diri ni tua bila adik manis tu dtg..hehe..woo rupanya mahu diwar2kan tentang momogram..sharing is caring..tggu seploh taun lg Insyaallah sy buat..:)
ReplyDelete