Sebab susu, mama jadi ibu
Naim yang comel ni, macam-macam gelagat dia seharian. Tak boleh mamanya nak duduk diam. Sama ada tegur dia, jerit, gelakkan dia ataupun kena temankan dia belajar, semua pun memang nak mamanya teman. Baguslah tu kan.. masa anak nak bermanja ni, layankan aja.
Petang semalam, saya balik dengan bahan-bahan nak buat ais krim yogurt. Naim ni seronoklah dia. Makanan kegemaran dia. Selepas diberi amaran, dia tak buka peti sejuk banyak kali. Boleh pula dia bersabar rupanya.. kalau tak, Naim tunggu je depan peti sejuk, dia ingat akan cepat beku kalau dia buat gitu kot.
Lewat sikit semalam, Naim minta nak minum susu segar, susu ini lebihan daripada yang saya guna untuk buat ais krim. Dia kan pandai je puji kalau benda dia suka. Berkali-kali Naim kata yang sedap susu tu. Naim tanya kat mana saya beli. Hihi.. kelakar Naim ni.
Yang buat lagi kelakarnya, masa Naim minum susu tu, dia mula panggil saya ibu. Berkali-kali sehingga dia tidur. Apa-apa sahaja dia sebut ibu. Contohnya, " ibu, amik adik ni. Ibu, adik buat tumpah air". Kelakar juga sebab dia tukar panggilan mama kepada ibu sebab pengaruh iklan tv. Ai, Naim ni. Ada iklan susu yang sebut ibu, jadi dia ikut yang tu.
Mujur pagi ni, dia dah panggil mama semula..
Hihi mcm adib dia kdg2 tanya blh tak abh panggil ibu mama ;), aisy bz minggu sbb kemas barang nak pindah , En babah lak dah tak blk sampai cuti skol sbb adib mengaji , jadi sy kena kemas brg ckit2 , tapi sedih pulak cf Maybe lambat dpt , tak dpt masuk bln 3 ,jadi saya stand by je siap2 ;)
ReplyDeleteHehehe... budak-budak memang gitu. Suka benar diri dipengaruhi :) Anak saya dulu pun tanya kenapa kena panggil Mommy, bukan Mama atau Emak atau Ibu.
ReplyDeleteHihi.. Syafiq cuba panggil saya mama semalam lps tgk iklan tp yg kluar mamak! Adoiii lawak je rasa
ReplyDeleteErr klu buat aiskrim mmg kena letak ovallate x kira aiskrim biasa atau aiskrim yogurt utk dptkan texture yg lembut halus gebu tu yg saya baca la.. X tau la.
Tp saya derhakakan juga. Ada 250ml je whipping cream tu sy buat 2 1/2 adunan. Sy tambah susu segar gantikan whipe cream yg x cukup tu. hehe. Ni kes beli yogurt bekas besar la ni.
hehe...mcm anak akak...nak tambah nasi..malu...so dia cakap mak guna beras cap apa ni...sedap lah...
ReplyDeleteNaim ni memang pandai betul dia mengampu mama....dia ingat kita tak tahulah tu hehe...
ReplyDeleteIbu ni memang ada satu instinct yg Allah bekalkan tak kira instict utk anak atau pun suami kan AN! Eh? ada katan dengan entri ke tidak ni? hehe....
Rajinnya buat aiskrim.....sok sure gambar aiskrim ni hehe
nanti terbiasa panggil ibu..oklah tu..semua pun syurga di bawah telapak kaki ibu mak atau sebginya..suka ambil gambar bahagian kaki..watsapp kat anak2..caption "syurga di bawah kaki ibu....
ReplyDeletetringin juga nak buat ais krim sendiri...mcm best je..
ReplyDeleteadam dah seminggu dok panggil akak ibu,dekat en.azmi dipanggil ayah..layankan aje la
Tak pe lah...jangan dia tukar mama jadi kakak dah lah...hehe :)
ReplyDelete#Doa Buat MH370
dah sampai masanya umur dia bergurau ngan mama dia.hihi
ReplyDeleteAmboi rajinnya Mama Naim buat aiskrim yogurt!. Mesti sedap tu.
ReplyDeleteIklan mmg mudah mempengaruhi anak2.. Anak bujang I
pulak suka menghafal skrip cerita katon sampai jenuh Mama dia ni nak jwb
vocab2 baru yg diorang dgr melalui skrip.
pengaruh iklan mmg kuat dlm kehidupan kita..jgn kata budak2 mak budak pun cpt je terpengaruh.hehe..nasib naim tak panggil ibu terus..klu tak hilanglah panggilan mama tu..:)
ReplyDeleteassalam AN..memang sibuk sikit AN..audit nak mai opis..lepas tu datang pulak 4 hari..macam2 dia nak tengok..letih..balik rumah lepas isyak terus lena.
ReplyDeleteanak2 macam tu la AN..anak acik dulu masa kecik..panggil jiran2 ikut panggilan anak2 kiran tu..kalau panggi mama..dia pun ikut..kalau panggil ibu pun ikit..macam tu la
macam-macamlah Naim ni..comel jer..budak-budak kan cepat je tangkap apa yang ada kat iklan tu.macam Firas la,ada je nk tiru iklan dlm tv.
ReplyDelete"Ibu,adik tumpah air." agaknya mcam tu la Firas ckp kat IbuNoey nanti bila Farhan da besar sikit..
comel!!!
ReplyDeletetak ape la jadi ibu. sayaaaang ibu.