Masam manis kehidupan

Assalamualaikum semua..

Mood nak menulis nampaknya kebelakangan ni makin berkurang. Banyak perkara di dalam fikiran sebenarnya. Melihat sekeliling, saya banyak sangat berfikiran yang kerdilnya kita sebagai manusia, serba tak tahu, serba tak kena dan serba kekurangan.

Allah Maha Mengetahui.. itu sajalah yang boleh dirumuskan. Sama ada berita gembira, sedih ataupun merungsingkan, jawapan kepada semuanya, kita ni kena berdoa banyak kepada Pencipta Yang Maha Kuasa.

Buat kawan saya yang gembira campur terkejut kerana disahkan mengandung lagi di usia awal 40an, tahniah diucapkan. Masih diberikan peluang untuk jaga anugerah Allah, insyaAllah, rezeki setiap anak pasti dengan rahmatnya. Okje, teruja tak baca ni? Buat saya sendiri, mengharapkan impian-impian yang ada ni bakal tercapai dan dimudahkan jalan untuk mencapainya.

Jadi tak nak sedih-sedih. Tak lama dah cuti seminggu bakal berakhir. Seronok cuti ni. Pastinya otak dapat bebas daripada beban kerja. Sudah pastinya inilah mindset bagi saya yang tak  nak fikir pasal kerja di masa cuti. Hihi. Kawan yang rajin macam Zilla memang tak tinggal kerja dia walaupun cuti.

Seminggu dapat berkepit dengan mama 24jam, asyik lena di bawah ketiak mama, dua Ahmad ni makin manjalah jadinya. Apa je yang nak dibuat, pasti nak ditemankan. Mamalah jadi teman. Kalau seorang duduk dekat mama, yang lagi sorang lagi pun nak juga. Maka berlakulah adegan tolak menolak dan jerit-jerit kat situ. Nazif pun dah pandai gunakan kaki dia untuk tolak Naim yang duduk kat atas riba mama bersama-sama. Ai, belajar kongsi ya anak-anak. Seronok sebenarnya, walaupun ada masanya saya kena juga jerit-jerit nak kawal diorang ni. Nikmati masa yang ada. Senang sebelum sibuk....alhamdulillah..

Comments

  1. Macam mak saya, dapat dua org adik lagi lepas umur 40…. kami mmg terkejut tapi perasaan seronok tu, Allah saja yg tahu :)
    Tu baru dua AN… kalau tiga, lagi pening dibuatnya… sbb tu bila dah anak 3, rasa mcm dah ramai jer anak…. hahaha, fikir 40 kali nak tambah lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. itulah, saya pun fikir gitu. Kalau 3 nati mcm manalah nk handle.. nur jgn la tak tambah lagi, ok tu, dah besar2 pun diorang bertiga

      Delete
  2. Alhamdulillah..rzeki la tu Nasiha,pregnant diusia 40an..kbetulan kwn akak
    pun ada bagitahu berita gembira yg sama dipesbuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah, mcm ramai pulak yg 40an yg pgnant kebelakangan ni.. kita tumpang gembira la

      Delete
  3. assalam akak.wah happynya melayan kerenah anak anak kan di masa cuti sekolah ni.
    itu sbb dua ahmad guna sebaiknya masa yg ada.

    dok terbayang saat saat dorng berebut nak berhimpit dgn mamanya.hihi.mesti riuh rendah kan kak :D

    alhamdulillah tahniah buat member akak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg riuh sgt pun.. ada masanya dua ahmad ni bertanding siapa jerit lebih kuat.. aduhai.. tak larat nk marah

      Delete
  4. seronok dapat anugerah yang tak ternilai ni
    tahniah untuk kawan tu, tumpang syukur alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, anak2 dia yg dah sekolah pun seronok sgt nak dpt adik baru..

      Delete
  5. Tahniah ur fren, macam Che Ta kan itu la orang kata rezeki.
    Selamat bercutian uols.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, semua kata akak tu sama geng dengan Che Ta...

      Delete
  6. bukan tak nak tinggal kerja.terpaksa tanda paper budak..kalau tak kena tanda memang gumbira sangat..di saat ni pun tak abis lagi mark..maklumlah cuti sekolah..asal buka je paper budak,ngantuk..asal buka ngantuk..huhu..macam mana nak siap ni!tolong saya..isnin ni saya bawa kertas utk sis tolong tanda deh!heeehe..sapa yg pregnant tu?tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer teka kalau pandai.... jeng2..


      KAK AS.. terjejut tak? Hihi.. rezeki dia..

      takpe, buat juga kan tu. Bagus2..

      Delete
  7. rezeki..anak itu anugerah..abg2 n kaka2 dia mesti teruja sgt2 nak dpt baby..:)

    mama cuti time ni la dua ahmad nak manja2..bab jeles2 tu perkara biasa..afia yg belum setahun ni pun dah pandai jeles bila abg aiman peluk ibu..:)

    ReplyDelete
  8. Alah, kalau tengok omputih, lagi lanjut usia lagi berlumba nak pregnant. Dulu pelik gak napa omputih dan 40-an, 50-an pun leh mengandung lagi. Sekarang ni dah tak heran mana. Rezeki Tuhan nak bagi, kita terima ajelah.

    Masa nilah anak-anak nak bermanja AN. Selalunya hari sekolah mamanya bermanja dengan anak-anak murid aje. Walaupun penat, rasa best ajekan bila dengan anak-anak nih.

    ReplyDelete
  9. Heiiiiiii.....langsung tak teruja pun hehe...okje dah ikatlah AN....Tiga tiga keluar terjun tingkap hehe.....tunggu AN aje le....hehe...Rasa mcm tak larat nak menjaga baby uwek uwek lagi ...huhu....

    ReplyDelete
  10. aisy bole tambah lagi tu..akak ni ingat nak stop dulu,besarkan anak2 yg ada ni dulu,tp klu 40an nanti ada rezeki ok jugak..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?