Aplikasi tuala wanita : Kain

tuala wanita daripada kain
Sebelum ni kita tengok produk lain je yang perkembangannya macam ni.. Tukar macam-macam, akhirnya berbalik ke rekaan yang pernah ada dulu..Contoh, beberapa tahun dulu, tudung kain bawal memang cukup popular. Macam-macam gaya pemakaiannya, nak bubuh berapa pin pun tak kisah. Bila datang tudung fesyen sauk(pakai terus) aje, wanita mula beralih ke tudung ni kerana lebih senang menguruskannya dan pelbagai lak warna dan fesyennya. Tapi kita tengok kebelakangan ni, tudung bawal ni dah mula naik lagi kan? makin ramai yang dah mula menggayakan kembali tudung bawal bercetak yang dijual di pasaran kini.

Macam tuala wanita ni, dulu masa zaman mak dan nenek semuanya menggunakan kain. Bentuk macam mana kain tu tak tahu la, sebab kita dah membesar dengan memakai tuala wanita pakai buang sebagaimana yang terdapat di pasaran sekarang.. Ni, dalam akhbar hari ni, ada dipaparkan pengusaha tuala wanita jenis kain, tapi dengan pelbagai ciri keselesaan dan manfaat untuk kesihatan dan kebersihan.

Manfaat penggunaan tuala wanita kain



  • Wanita yang bertukar ke penggunaan tuala wanita kain terselamat daripada bahaya bahan kimia dioxin yang wujud dalam tuala wanita dan tampon pakai buang. Dioxin dikaitkan dengan penyakit seperti endometriosis, keradangan pelvik, kanser payu dara, kanser ovari, kecacatan bayi, keguguran, masalah kesuburan, diabetes dan kerosakan sistem imun.
  • Tuala wanita kain tidak mempunyai pewangi atau penyah bau. Penggunaan pewangi yang ditambah semasa pemprosesan tuala wanita pakai buang boleh menyebabkan radang kulit dan mengganggu kestabilan faraj. Plastik yang digunakan untuk lapisan kering boleh menyebabkan masalah kulit, faraj dan kegatalan.
  •  Oleh kerana tuala wanita guna semula dan juga pelapik seluar kain kapas boleh dibasuh dan dipakai semula, wanita sudah tentu boleh berjimat bagi tempoh yang agak panjang.


  • p/s: Bab fesyen ni, saya cukup kagum dengan Kak Imi, seorang rakan guru di sekolah yang cukup pandai bergaya. Yang paling kagum ni, setakat hampir dua tahun saya di sekolah ni, akak ni baru beberapa kali je dilihat memakai baju yang sama!!! Percaya tak di rumahnya ada satu bilik khas yang memuatkan baju-baju yang cukup banyak tu. Ada masa dia pakai baju fesyen terkini, dan ada masanya juga dia akan memakai baju yang nampak fesyen lama sikit. Tapi sebab fesyen kita yang sentiasa tukar-tukar ni, fesyennya tidak dilihat ketinggalan zaman..Kagum saya..

    Comments

    1. best ke kalu pakai yg camni ek.. tp tu la.. zaman nenek moyang kita pun pakai kain gak kan.. :-)

      ReplyDelete
    2. Ina: tulah, inovasi sekarang...kot2 nati dh popular, jd trend lak, mungkin kita pun ikut. Kalau sekarang ni, sy takla kot, nak kena cuci, leceh la...

      ReplyDelete
    3. emm... di mana nak dapatkan tuala wanita ni ye??

      ReplyDelete
    4. cmna nak order tuala wanita secara online??

      ReplyDelete
      Replies
      1. Askum nurul, entry ni sy tulis sb tertarik dengan inovasi tuala wanita di metro online. Saya tak jual pun. Saya ada buat servey, ada company yg jual tuala ni online. Awk search di google, blh dpt info company n harganya. Arap maklumat ni dpt membantu ye. Selamat mencubaa n terima kasih bca blog saya. Selamat berpuasa juga utk nurul.

        Delete

    Post a Comment

    KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



    Popular posts from this blog

    Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

    Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

    Bila rasa pedih luka operate akan hilang?