Lain dulu, lain sekarang
Kebelakangan ini saya sering dilanda sesak nafas. Rasanya dah 3 hari dan hari ini semakin kerap gejala ni. Setakat ini rasanya taklah membimbangkan lagi. Taklah gejala ni mengganggu aktiviti, cuma membuatkan rasa tak selesa dan sedikit risau. Malah saya menyelidik melalui penulisan di beberapa blog lain, semua menyatakan gejala ni normal bagi ibu yang berada di trimester akhir. Ini kerana perut semakin membesar disebabkan kondisi rahim yang semakin membesar dengan berat badan bayi yang terus
bertambah besar dan akibatnya menekan dinding dada atau diafragma si ibu hamil.
Nampaknya ini satu lagi pengalaman baru bagi saya. Masa mengandungkan Naim, saya tak pulak mengalami gejala ni. Mungkin juga perut waktu tu tak sebesar sekarang. Masa Naim, 55kg saya dah bersalin. Sekarang di minggu 34 berat dah menghampir 55kg. Ye kot? Ke adik Naim ni besar sikit daripada Naim? Naim lahir 2.7kg, adik tak tahu lah lagi, ada 6 minggu lagi ikut jangkaan.
p/s: Apa pun Allah yang lebih tahu. Allah jua yang Maha Menentukan segalanya.. Kita hanya boleh berdoa untuk selamat.

take care... semoga semua selamat :)
ReplyDeletethanks deno.
ReplyDeletesentiasa bertanya dengan pakar...apapun jaga kesihatan
ReplyDeletenaim lahir kecik gakla ek... lbh kurg alisha je.. tp alisha lg kecik.. 2.6kg je.. hihii
ReplyDelete