Tuntut bil api tak masuk akal

Terbaca kisah ni dalam akhbar hari ni, buat saya rasa pengguna tak dilayan dengan hak yang sepatutnya. Petikan berita :

Pengadu, Wong Fah Kim, 55, berkata, TNB menuntut RM11,521 bagi tempoh 14 bulan atas alasan terdapat gangguan pada meter pepasangan dan menyebabkan alat itu gagal berfungsi dengan baik sehingga tidak dapat merekodkan bacaan sebenar.
Setiap bulan saya bayar bil elektrik tepat pada masa dan tiada tunggakan. Bagaimana masalah ini berlaku kerana jumlah dituntut tidak logik,” katanya.

Harapnya pihak TNB akan mengambil tindakan yang sepatutnya dalam menguruskan hal ini. Kesian pengguna yang tak bersalah.

Dalam kes berkaitan ni, rumah saya di BSP ni pun baru-baru ni ada masalah dengan bil TNB. Kami dah tiga bulan tidak menerima sebarang bil, tetiba mendapat notis pemotongan kerana tak menjelaskan bil. Takke terasa kalut dan bengang. Lebih-lebih lagi, dapat notis pemotongan tu pada hari yang kami nak balik ke kampung. Tergesa-gesa buat pembayaran. Mujurlah pembayaran sekarang lebih mudah, boleh melalui internet. Tapi ni dah kira menyusahkan kami sebagai pengguna, kan?

Comments

Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1