berhati-hati memilih produk makanan untuk anak
Kita sememangnya mengetahui bahawa pemakanan yang baik lagi halal adalah antara salah satu faktor yang menyebabkan individu tersebut berakhlak baik atau tidak. Namun berapa tegaskah kita dalam memilih barangan yang betul dijamin halal?
bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
diikuti tulisan rumi “HALAL”;
bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Saya sebenarnya bukanlah warak sangat atau banyak pengetahuan agama untuk menulis topik seperti ini. Sekadar meluahkan dan meningatkan kawan-kawan. Sedangkan melalui perkongsian di blog rakan-rakan juga, telah banyak info bermanfaat telah saya dapat.
Sejak ditegur oleh ustazah yang juga rakan setugas di sekolah saya beberapa bulan yang lalu, saya mula berhati, terutamanya dalam memilih produk untuk Naim. Kanak-kanak yang sedang membesar memang menginginkan makanan ringan. Ada sekali sekala dulu saya izinkan, sebab bila ada kawannya atau sedara yang memakannya, Naim akan meminta yang sama. Kesian melihat dia seperti terliur makanan sedaranya itu.
Tapi, bila ditilik dan dilihat betul-betul, kebanyakan makanan ringan dan gula-gula yang biasa di pasaran kita tidak mempunyai logo halal. Ada yang ada, tapi bukan logo halal seperti yang dikeluarkan oleh JAKIM. Tak perlulah saya menyatakan nama produk yang saya maksudkan, cukuplah jika kita sama-sama meneliti setiap barangan yang dibeli setelah membaca entry ini. Malah ada produk yang biasa kita lihat diiklankan di kaca tv pun masih tidak memaparkan logo halal yang sepatutnya. Mungkin juga disebabkan saiz produk macam ni yang kecil, menyebabkan kita alpa untuk menyelidiknya.
Jadi sekarang, biarlah Naim meraung sebab menginginkan jajan yang orang lain makan atau diberi oleh kawan-kawannya. Seperti beberapa hari lepas, sepaket makanan termasuk gula-gula, agar-agar dan kek yang diberikan oleh rakan di taska Naim, sempena hari jadi telah saya campakkan aje. Sekurang-kurangnya apa yang berlaku dalam pengetahuan saya, saya akan pantau dan awasi. They said prevention is better than cure. So, we better do something...
logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM |

hubby sy jenis yg nk beli brg mesti cari tanda halal dulu.. skrg pun sy dah terikut2.. oklah, benda baik kan :-)
ReplyDeletebagus tu..teruskan ye
ReplyDelete