Puding roti kukus

Kesinambungan entry pagi tadi. Dah lama sebenarnya teringin nak makan puding roti kukus ni. Ada kawan di sekolah yang makan, tapi dah nak habis.. Tak sempat merasa, sampai sekarang teringin. Akhirnya hari ni berjaya juga saya usahakan puding ni.. Rupanya bukan susah pun  nak buat, cuma tak ada masa dan kesungguhan nak buat. Nampak sangat pemalas, hehe...Resepinya saya ambil di internet, pilih yang mana senang bahannya dan proses buatnya...

Saya buat pagi-pagi tadi, kemudian sejukkan dulu, sekarang potong untuk dibawa ke sekolah. Makan kat umah mesti tak abis. Suami pun selalunya tak makan banyak puding macam ni...tu yang jadi malas nak buat, saya sorang yang kena habiskan. Arap-arap anak-anak saya nati akan ada yang suka makan macam yang saya suka makan. Ada geng baru best makan, kan?  Naim setakat ni boleh geng lah jugak. Dia suka sup, buah dan kerepok macam saya...Stok kerepok keping memang kena ada di rumah, goreng je bila dia minta. Teruskan sampai besar ye sayang...

    Bagi yang nak cuba, bahan-bahan:
    4 keping roti – dipotong kecil-kecil
    1 tin susu cair (375 mL)
    2 biji telur
    4 sudu besar gula
    1 sudu kecil esen vanilla ( saya tak letak sebab tak ada pun di rumah)
    2 sudu besar butter
    Sedikit kismis

    Cara-cara
    1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
    2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
    3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
    4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
    5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Comments

  1. senang je ye.. lenkali leh try.. sy sk gak kalu jenis kukus ni sbb dia lembab. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sy pun suka sebab lembab berbanding klau bakar.

      Delete
  2. Thanks for the recepi..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1