minggu baru datang lagi

Hari pertama mula kerja memang terasa liat dan kurang semangat. Namun, masih lagi saya bersedia nak meneruskan perjuangan di dua bulan terakhir ni. Beban tugas banyak menanti untuk disiapkan sebelum bercuti panjang mulak Ogos nanti.

Apa apa pun tahniah saya ucapkan kepada beberapa kawan guru yang menerima sinar baru dalam hidup diorang. Laila dan Yana, tahniah sebab dah mengandung anak pertama. Cik Feti, tahniah sebab dah bertunang. Jadi, geng kita dulu semuanya dah ada pasangan masing-masing. Lambat atau awal dah tak kira, yang penting, akhirnya semua bahagia.

Juga tahniah bagi Kak Sah, Ha dan Yana Kluang sebab akhirnya dapat bertukar ke sekolah di daerah yang diminta. Dapat la tinggal bersama-sama suami dan anak. Teruskan berkhidmat dengan baik walau di mana berada.

Comments

  1. Awak seorang guru?

    Sy tgh berusaha keras utk jauh dr hanyut dgn Monday Blues. Adehhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..mmg cikgu...byk cuti, mkin la terasa malas

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?