Panggilan tugas...
Hari Ahad yang tenang nampaknya...Saya hari ini bangun awal. Malah boleh dikatakan sejak pukul 4 pagi tadi dah tak berapa lena, beberapa kali terjaga dan lihat jam untuk bangun pada pukul 5.45 pagi. Walaupun ada peristiwa penting hari ini, sempat lagi siapkan sarapan pagi untuk suami dan Naim. Nasi goreng je, pukul 6.30 pagi tadi siapkan.
Harapnya acara sukan tahunan kali ni berjalan lancar. Sebagai guru, seronok bila di acara sukan tahunan ni. Meriah suasana, anak-anak murid pun gembira. Boleh lihat daripada riak wajah mereka kegembiraan dan kesungguhan, semangat kesukananan dan berpasukan serta macam-macam lah. Kalau dalam kelas, payah nak tengok semua ni... Dah jadi cikgu, baru saya terfikir, kenapalah semasa sekolah dulu saya tak minat sukan, panas dan tak ada bakat kononnya. Yang saya sertai cuma persatuan atau kelab, yang tak kena keluar peluh banyak sangat.. eeiii, manja tul. Terlepas keseronokan masa remaja, kan.. Tu yang sekarang ni, nak galakkan sangat anak-anak murid bersukan..
Ok, dah nak pukul 7 pagi, saya pergi dulu. Sesiapa yang berdekatan nak melihat sukan tahunan sekolah kami datanglah ke Kompleks Sukan MPSJ ye...

ooo awk cikgu rupanya.. :-)
ReplyDeletesy pun dulu ms sek xminat gak dgn sukan2 ni..
singgah tengahari.. ;-)
ReplyDeleteok thanks menjengah sini.
ReplyDelete