Tempoyak ikan bilis

Orang yang tak gemar tempoyak, rasanya nak rekemen ke tak makan masakan ni? Bagi yang pernah makan tempoyak ikan bilis ni, pasti akan kata sedap kan? Takla rasa tempoyak mana bila dah jadi sambal macam ni. Sedap je rasanya bila diadun macam ni.

Kebetulan di fasa tak berapa gemar makan ayam, jadi saya masak tempoyak ikan bilis untuk saya malam ni. Kebetulan ada lagi sikit tempoyak tu dalam peti sejuk maka jadilah menu hari ni. Mudah je, tumbuk cili merah, kunyit dan serai. Gorengkan ikan bilis, dah masak ketepikan dulu. Tumis bahan tumbuk dan bila dah masak,masukkan sedikit air, tempoyak dan ikan bilis tadi. Beberapa minit nanti siapla masakan ni. Makan dengan nasi panas, sedap!!

Nak letak bawang dalam bahan tumbuk tu pun boleh, tapi versi saya tak letak bawang, nak mudah je..lagi satu fasa tak nak makan ayam tu, bukan disebabkan apa-apa ya.. tapi entah kenapa kebelakangan ni seboleh-bolehnya makan benda lain selain lauk ayam. Ikan masin pun ok lagi, tengah hari tadi memang saya makan lauk ikan masin dansayur je.

Comments

  1. wah sedapnya, jadilh sambal bilis tempoyak pun.. pembuka selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula.. biarla orang lain makan sedap2, semalam saya makan ni je dan sayur.cukup n kenyang

      Delete
  2. kecur liur kawe weh.. sungguh.

    ReplyDelete
  3. eh ya ker ada gak org xsuka mkn aym?mmg menyelerakan masakan An ni..ank akak suka sgt masakan ni tp umminya je yg xbrape rajin nak membuatnya tp bila nengok rsepi AN ni cam senang puloks!ike bilis tu kena greng smpai garing ke or gitu2 jer AN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garing boleh goreng sikit pun boleh.ikut taste..saya suka yg garing..tapi akn jadi lembek juga bika masuk dlm sampak tempoyak ni

      Delete
  4. mak saya orang kuala lipis, pahang
    tempoyak bukan sesuatu yang asing dalam hidup saya!
    memang marvelous! saya rasa laparlah tengok ni
    makan dengan ulam sedap ni =)
    argghhh...lapar!

    ReplyDelete
  5. tempoyak..akak suka, ni boleh try buat ni,sebab kdg2 tekak ni dah selalu mkn ayam tetiba je rasa tak lalu dah nak makan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl.. rasa kalau boleh nk makan benda lain selain ayam

      Delete
  6. Haha.. baik punya statement ni.. pasti takkan kebulur ya..

    ReplyDelete
  7. Betul AN....ada masa mmg kita rasa jemu makan ayam....lebih lagi jadi tukang masak huhu.....Ohhhhh tempoyak masak lagu mana pun sedap....Okje makan jer....Lagi satu guna udang pun sedap tau jangan tak tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang tempoyak? Wah.. tak pernah try lagi tu. Lain kali saya cuba ya

      Delete
  8. Okey, sayalah salah seorang yang tak makan tempoyak ni! Makanya, saya tak terliur pun kalau berbelas kali orang bercerita pasal sambal tempoyak masak apa pun :) Kalau setakat sambal belacan tu, I like 1000x lah...

    ReplyDelete
  9. Saya suka sgt mkn tempoyak bilis, tp suami anti tempoyak.. Kempunan la jawabnya.. Gullpp..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1