Kenangan sebelum minyak naik

Salam sayang buat semua ya..

Kononnya sibuk nak mengemas barang nak balik kampung dan nak menyiapkan kerja sekolah, tapi dilanda perasaan M pulak. Jadi, nak menyimpang sekejap. Tumpang cerita kisah kami sebelum subsidi minyak ditarik sebanyak 20 sen.

Ala, 20 sen je kan? Amboi, sedap ya ayat tu. Bayangkanla kalau perjalanan nak pergi makan macam kes kami hari Sabtu lalu. Kata Papa N, macam dah travel ke Melaka pula semata-mata nak makan pada hari Sabtu tu.

Mulanya dari rumah, kami ke Ampang, menziarahi saudara yang sakit tu. Dah keluar dari hospital tu masa matahari tengah panas tegak di atas kepala.. perut masing-masing dah mula rasa lapar. Papa N tanya nak makan apa. Saya terus jawab nak cuba kedai di TTDI Jaya yang saya baca di blog kawan, katanya sedap.

Bukalah blog kawan ni nak cari alamat. Kemudian gunakan waze cari jalannya. Panas kat luar. Tetiba kat dalam kereta berbau sesuatu yang kuat. Naim terus jerit, " yek, bau taik ayam, apalah adik ni".. Nazif rupanya membuang masa tu. Terus Papa N melencong masuk ke kawasan Lembah Pantai ke Lembah Dalam , lupalah pula nama tempatnya, tapi memang rasanya kali pertama saya sampai ke tempat tu. Papa N pun rupanya tak pernah masuk kawasan tu. Nak cari stesen minyak punya pasal, termasuk kawasan perumahan yang agak mencabar nak keluar semula dari kawasan tu.

Maka, bayarlah tol berkali kali nak mencari jalan ke TTDI Jaya semula. Perjalanan dari Ampang ke TTDI Jaya jadi 2 jam. Bayangkan entah apa jalan kami pergi, akhirnya sampai ke kawasan sebagaimana yang dikehendaki tu pada 3.25 petang.
Ni ha tempatnya. Masuk je kawasan TTDI Jaya ni berkali kali Papa N sebut yang tempat ni macam kenal je. Apa yang tak kenalnya. Dua tahun dulu kita kan selalu ke sini? Masa hantar dan jemput adik saya yang berkursus di kawasan Shah Alam. 

Bukti anak-anak pun lapar, sampai je Naim terus  minta nak kek. Tak sempat suruh pun, satu keping kek licin Naim makan. Lepas tu baru boleh main dengan robot semula. Hati dah gembira ya bang? Tengok MD makan bersila kat belakang tu, macam seronok je tapi masa kami sampai tempat tu penuh. Jadi duduk kat meja biasa je.

Adik pula makan habis sayur yang sepinggan kecil ni. Tak cukup pun, lepas tu berebut pula nak minta pinggan Abang punya. Kes keluarga kami memang selalu berebut sayur. Papa pun ada masa sama berebut, ai..itu yang tak leh faham tu. 

Nampak tak family kat belakang Nazif tu? Mulanya ada budak perempuan asyik tengok-tengok saya macam saya makan. Memanglah tengah lapar masa tu. Rasanya taklah saya makan dengan gelojoh pun. Tapi, bila ada orang tengok-tengok, mulalah makan sambil kontrol ayu. Anak-anak rebut sayur pun saya tegur dengan manja je. Tak lama kemudian, budak perempuan tu bangun dan pergi ke singki untuk cuci tangan. Oh, dah tahu. Rupanya murid saya. Ceh.. beriya kontrol ayu tadi, patutla ada orang tengok kan? Rupanya dua beradik tu tengah makan dengan keluarga diorang. Dua orang murid dari tingkatan 1 dan 2 di sekolah saya rupanya. 

Pasal makanan kat sini pula, semua sepakat kata sangat sedap. Naim siap ajak datang lagi, bagi high 5 lagi tangan sebab sedap sangat katanya. Papa N pula kata lebih sedap dari Sanaah. Rasanya sebab makan di tahap dah kebulur memangla semuanya sedap kan? 

Apa pun berbaloi rasanya habis minyak setangki semata mata nak ke sini.  Pilihan makanannya banyak dan kuantitinya sesuai.Tempatnya pun selesa, Selesa dan sedap..terima kasih atas rekomen MD.Tapi, bila minyak dah makin mahal ni, kenalah rancang betul-betul perjalanan, jangan nak membazir macam ni kan?

Comments

  1. gitu la AN xtahu nak jimat camno lg!cantik dekorasi dalaman restoran tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, memang cantik hiasan dalamannya...
      saya pun rasa gitu kak, gaji kita sama je, jadi macam2 naik pun tetap gitu je, tak tahu apa nak jimat lagi.

      Delete
  2. acik tengok je la AN..memang tak kena layan kalau nak pi mkan jauh2 ni hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kalau ikutkan jaraknya tak jauh pun, perjalanan jadi lama sebab mencari petrol pump nak cuci budak yang yak tu dan lepas tu sesat.. haha.. kalau di situasi sekarang ni memang kena berkira jarak kan?

      Delete
  3. kerana 20 sen pun ade yg nak bertegang leher..

    ReplyDelete
  4. Kalau dari rumah confirm tak sesat kan, AN. Dah namanya jalan biasa-biasa lalu dulu. Kalau saya ni lainlah, 18 kali datang pun sesat. Nasib baik ada Hubbydearie. Well, I kan foreigner merempat kat Malaysia nih. Hahaha!

    Alhamdulillah, tak sia-sia buang minyak, menahan bau untuk merasa makanan di sini. Sedapkan. Tengoklah keluarga kecil kami, terus sedulang kita order. Yang makan, makpak dan anak sulung je. Tapi masa ke sana pun, si Abang suka sangat. Menambah je kerjanya nasi dalam pinggan.

    Amboi, bila perasan ada yang memerhati otomatik kontrol ayu ye. Makan pun sopan je jadinya ^__^ Kita pun kalau kena gitu, sama je kekdahnya. Tetiba je jadi perempuan melayu terakhir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. menahan bau yang tak tahan betul.. adoi.. apa nazif makan hari tu.

      Itulah..bila perasan ada orng duk perati tu, saya ingat saya makan lahap sangat.. so kontrol la sikit. Mmg dah lapar sangat masa tu.. sarapan pun awal pagi tu.

      Kalau dr rumah rasanya tak sesat..biasa jalan montford dan u2 tu..

      Delete
  5. Amboi, gigih juga pergi cari nak makan punya pasal...
    Sporting papa N layankan ajer permintaan mama :)
    Bila minyak naik, bukan setakat kena rancang perjalanan jer... Nak makan kat luar pun mesti berkira kira.... Maklumlah budget dah lari... huhuhu

    ReplyDelete
  6. sesekali jadi camni dpt makan sedap ok je..puas hati la sikit habis duit ke minyak pun..lgpun sape suka buang masa buang tenaga buang dukit buang minyak..klu ada yg suka tu..depa mmg kaya kot

    ReplyDelete
  7. Hehe.. Lawak bc yg kontrol ayu tu.. Tp mmg lah kan, kalau org dok pandang2 mmg automatim nk kontrol. Hehe.. Tp kekadang ada juga xfhm, knplah org tu dok pandang2 aku.? Xckup matakah? Hehe

    ReplyDelete
  8. Apa menu dia AN? Takkanlah sayur bijik bijik yg Nazif makan tu sedap sangat kot haha....
    cer cite menu dia apa teringin pulak mak nak try ni.....Kalau Okje lebih suka duk kerusi maklum ajelah dah kilauan haha....perut muncit lagi...lutut sakit lagi eloklah sangat duk atas meja haha

    ReplyDelete
  9. hihi... anak murid pun.. tetap kena control ayu. budak2 pun pandai gossip.

    dulu2 saya mesti tgk cikgu saya atas bawah. baju apa, handbag, kasut. hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1