Raya Haji selepas 5 tahun

Assalamualaikum semua.
Dah kembali balik ke kediaman masing-masing ke ada yang duduk kat kampung lagi tu? 

Raya haji kali ni, raya haji pertama kami sambut di Kelantan sejak kahwin. Ha, jangan tak percaya. Seingat saya macam tulah, memang lima tahun lebih ni, dah 6 kali raya haji, raya haji ke enam baru kami balik beraya di Kelantan. Mengalahkan orang duduk oversea, kan? Haha.. apa boleh buat, dugaan.

Papa N dengan tagline dia, dia pasti raya kat Kelantan lebih meriah. Dari segi trafik ya.. tak dinafikan, memang penuh sesak kenderaan di jalanan sepanjang kami balik dan kembali semula. 12 jam perjalanan balik kami semalam tau.. 

Semalam, kami lari ikut jalan lama Bentong- KL pun sama juga sesaknya. Nak tak nak ikutkan saja sehingga sampai. 

Agaknya sebab anak-anak yang duduk di KL dah jarang balik sejak 5 tahun ni, saya tengok sambutan raya kali ni ala kadar je. Mungkin juga atas faktor kesihatan. Kalau dulu, pasti ada biskut dan makanan istimewa macam sambutan raya puasa juga. Tapi tahun ni tak ada. Ketupat palas dan nasi impit je mak saya sediakan. Dah lepas dapat daging korban barulah penuh meja dan meriah rumah dengan keceriaan anak cucu makan sama-sama. 

Nazif pula beraya dengan suara serak-serak basah. Apa taknya, asyik 'menyanyi' je dia sepanjang ada di kampung. Akhirnya mama yang kena mengalah. Kembali menyusukan dia ni dalam perjalanan balik ke KL. Adoi, apa nak buat ni, kuat semangat betul Nazif ni. Mak saya pun katanya kali pertama anak atau cucunya jenis menangis beriya seban nak menetek macam Nazif ni. Selama dua hari balik kampung tu dia memang konsisten menangis bila minta nak menyusu. Siang, ok lagi, ramai yang pujuk dia. Siap bawa pergi shopping 2 jam lebih lagi, ok je dia selagi tak nampak mamanya. Tak kuat iman nampaknya bila dengar anak menangis meraung. Sebelum balik saya sempat melawak, kalau dah semua cara tak jalan juga, nak tinggalkan Nazif kat kampung dua minggu dengan harapan dapat buat dia lupakan susu badan. Haha, sanggup nak berjauhan dua minggu?




Comments

  1. yes. dekat fb heboh kata jalan pergi - balik pantai timur jem teruk. tapi ok la kot, balik beraya dgn famili.
    aida dekat aje umah mak dan mertua. melaka & seremban :-)
    so sgt jarang terlibat dgn trafik jem. aida pun dok melaka je... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Saya tak balik kampung so tak tahulah sesak ke tidak highway. My sis masih lagi di kampung. Esok kot baru balik. Kami tiga beranak bantai tidur je di rumah lepas kenyang makan juadah raya, AN. Daddynya ada jugalah keluar sekejap jumpa kawan senegara! Wah, lama tu tak balik kampung 5 tahun untuk raya haji. Saya baru je 3 tahun tak balik kampung beraya haji tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. 3 tahun ingatkan dah rekod ya.. ada lagi orang yang lagi lama ya? Haha.. apa nak buat, mujur raya kali ni tarikhnya sesuai..MIL pula ada kat mekah, jadi bolehla balik kelantan

      Delete
  3. jalan sesak sebab accident teruk yg lori terbalik tu sy tau la..lain tempat tak tau pulak sy.tp dah namanya musim raya kan mmg la jalan sesak.kami bertolak ke lumut sejak hari khamis lagi,mmg takde jem pun...

    ohh papa N org Kelantang,berjiran je dengan Terengganu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. dah salah faham ni PK.. papa n orang perak, saya yg kelantan..

      Delete
  4. ok dah tu 12 jam.dengar ada member cakap 16 jam..rina plok 21 jam..gila lah

    ReplyDelete
  5. raya haji kat bandar lg la AN..cam hari2 biasa jer!tiada biskut raya n lunch penuh kat kedai mamak!!!hihi...

    ReplyDelete
  6. Berjauh 2 minggu? Owh tidak!! Klau sy, anak lesap 2,3 mint pun cari mcm hilang dah lama. Baru ckp nak tinggal mummy dgn abah dia nangis dulu.. Uwaa.. Jangan tinggal anak kak.. Sedih sy.. Kalau nak berhentikan menyusu bdan, cuba akk ikut cara ibu rose. Boleh cari page dia. Ramai yg try, sangat ok. Anak xmengamuk. Ibu pun senang hati.. Hehe.. Sorry, panjang sungguh ulasan..

    ReplyDelete
  7. Betul tu Aisy.. Jln lama pun dah ramai pengguna.. Biasa mmg sunyi sepi.. First time saya lalu jln ni dengan mengekor kereta lain. Mujurla smooth aje.. Mencabar betul nak travel balik kg skrg ni kan..

    ReplyDelete
  8. akak sepanjang kawin ni pun baru sekali balik raya haji di kg, tahun ni pun beraya kat sini je, tak balik kg pun

    ReplyDelete
  9. Sama je balik Muar ke KL hari tu AN, jammed sepanjang jalan dekat 6 jam jugaklah sampai KL balik....biasalah Raya katanya org pun semua nak balik. La bilanya Nazef bercerai susu ni? tetiba jer dah nyusu balik hehe? Apa pun Nazef jugaklah yg untung dapat nyenyek balik haha

    ReplyDelete
  10. Sesak teruk katanya kan? Tgk sepupu sy balik kelantan 16 jam x sampai2. Lembik duk dlm kereta.

    Berbaloi la lama x balik sekali balik kena redah jem je AN? Huhuhu.. LM benci hadap jammed

    ReplyDelete
  11. jalan sesak!!! kami redah jem 17.5jam. sedih!

    nasib baik adam happy balik kg.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1