Pengalaman pertama Naim Nazif tengok proses korban

Raya kali ni Papa N bawa kedua-dua anakanda ke tempat korban. Saya tak ikut sama tapi budak berdua tu memang ok je bila tak ada mama. Kurangla mengada-ngada. Lagi pun ada atuk, mak cik, pak cik, sepupu-sepupu yang duduk layan  dia kat tempat korban tu.

Sampai malam ni, ada sekali sekala lagi Naim duduk bercerita pasal lembu yang dia tengok hari tu. Katanya lembu tu sakit mama, sian dia. Ikut kata Papa N, masa mula-mula lembu tu disembelih, lembu tu meraung sedih. Sebelum disembelih tu lembu tu takut rasanya, lembu tu cuba lari hinggakan patah kakinya. Kesian sungguh dengar cerita tu. Masa dengar lembu meraung sedih tu boleh pula Nazif mengajuk bunyi lembu tu sambil gelak. Naim pula cakap, " Papa, kesian lembu tu sakit, nanti letak minyak ya". Haha, agaknya dia ingat macam dia sakit sebab jatuh nak disapukan minyak panas.

Nazif lagilah nampak tak faham apa. Dia sempat gelakkan lembu berbau katanya. 'Ucuk lembu yek...'. Maklumla budak-budak yang tak faham lagi keadaan sebenar. Apa pun bagi saya pengalaman yang baik buat budak-budak seusia Naim ni. Dengan keadaan macam ni, lain kali kalau dia dah belajar pasal ibadat korban ni, dia tahulah prosesnya sedikit sebanyak.

Comments

  1. saya seumur hidup tak pernah tengok dekat2..takut..takut saya sedih..kang kalau sedih tak leh makan pulak daging korban tu..eheheh..jadi baik saya tak tengok..ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ini macam kalau korban kena wakilkan orang lain la ke tempat korban..

      Delete
  2. i kenot see la haiwan korban, nnt i takleh makan... huhuhu. hati lembut nyerrr hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik2 dulu kalau ayah buat korban atas nama saya, saya oergi kejap je.. masa tgk darah lepas mula potong leher saya lari balik la..

      Delete
  3. Pendedahan bagus pada peringkat awal...
    Irfan masa kecil2 dulu mmg dari awal hingga akhir suka tgk proses lembu korban..
    Skrang pun dia duk tanya, kat mana boleh tgk lembu disembelih... huhuhu
    Stail kat sini, kita order daging korban dah terus dapat daging yang dah siap dipotong siap2... Tak boleh tgk proses sembelihan

    ReplyDelete
  4. Hihi , adib tahun ni dia excited tgk korban sbb tahun lepas dia dah pernah tgk , cuma dia tanya nape lembu nangis ;)

    ReplyDelete
  5. Pendedahan yg baik Aisy. Anak-anak lelaki kena kuat. Bagus. Tahun depan ajak lagi selagi ada peluang. Biasakan supaya sampai masa dia akan faham juga.
    Kakak dgn anak-anak walau tiap tahun buat korban tapi kami sekadar ikut ke padang tapi sewaktu proses penyembelihan belum berani nak tengok. Bila potong-potong daging tu oklah..

    ReplyDelete
  6. bagus aisy...kecil2 dah tgk semua tu...bagi mereka berani...lagi pun ni salah satu ibadah kite kan..... mcm lieya sendir plak takut nak tgk heheeheh...tapi bab melapah berani jek..seronok pun yeak .....

    kelako lieya bace tang sapu minyak tu....hehehehe bagus2, nampak sifat penyayang n caring tu....

    ReplyDelete
  7. pengalaman yg berguna tu AN..tp akak pun dr kecik xsanggup nengok benda tu..takuttt!!

    ReplyDelete
  8. Aniq pun dah tengok org buat korban hari tu. Abahnya yg bawa. Tp sy dah lari jauh2..tak sanggup nak tengok. Kang nangis tak sudah..

    ReplyDelete
  9. klu kesian tk boleh mkn tau naim....
    itulh sbbnya knor tk sggup nk tgok... lembu lari tu pun dh rsa betapa lmbu tu takut... Allah jdikn binatang tu jdi mknan kita, so lmbu kena redhalh.. tempatnya tentulh syurga... bila disana nti binatan akn dibicarakn dulu.. w'hualm

    ReplyDelete
  10. Saya pun emo tahap gaban. Tak boleh nak tengok adegan macam ni. Bertambah pulak makanan yang saya tak boleh telan. Kang lebih-lebih mengada, kena marah dengan Hubbydearie pulak. Macam budak-budak katanya ...

    Si Abang nak sungguh tengok lembu kena korban tapi tak dapat sebab Daddynya balik cepat sangat lepas solat raya. Tahun depanlah nampaknya ...

    ReplyDelete
  11. Sekali je seingat I pegi tengok tempat korban. Masa si sulung (Ain) baya2 Naim.. tp tu pun dtg time dorang dh melapah2 daging. Kira dasyat la Naim berani tengok lembuh disembelih.

    ReplyDelete
  12. adam dan adrien pun ikut papa dorg tengok org korban lembu..

    ReplyDelete
  13. Balik Kelantan yeh? Sure meriah ye kat sana? Awak ke yg berkorban AN?
    Betul betul..... sekurang kurangnya budak budak tu dah ada experience....tengok lembu kena sembelih. Si SA sampai dah besar le takut tgk daging merah tergantung sebab dia terperanjat tengok kepala lembu masa kecik dulu, takutnya bawak sampai besar, nasib la ni dah kurang takutnya...

    ReplyDelete
  14. Err LM tak pernah tgk. Belum ada keberanian nk tgk acara kurban:(

    ReplyDelete
  15. haaaa.... adam pun tengok proses kurban. dulu2 tgk kecik lagi. x paham. skrg at least dah besar sikit.

    2 ahmad tu belum faham lagi. tapi.... nanti2 bila besar sikit, dia boleh relate apa dia tgk skrg dgn apa sbnrnya berlaku. bagus experience ni

    ReplyDelete
  16. mmg bagus dedahkan anak2 dengan proses korban,walau kecik tak faham apa lagi nti besar senang nak tolong,dr kecik dh tgok n tahu semuanya..

    sy pun dh lama tak tgok,dulu masa kecik2 tgok lembu nak kena sembelih kesian sgt..meleleh air mata lembu tu.dia pun dia anak mati.huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts