Jelesnya
Alhamdulillah, nampaknya kali ni usaha kami nak cerai susu dengan si comel ni dimudahkan. Semalam langsung dia tak menangis. Masa nak tidur tak ada menangis, dah tidur pun tak ada terbangun untuk menangis macam malam-malam yang sebelumnya. Sampaikan pagi ni, lama Papa N merenung Nazif yang tengah lena tidur. Senyum lebar Papa N masa merenung Nazif tu. Gembira katanya.. bangga dengan anak dua tahun ni.
Mama pun gembira juga dengan Nazif ni. Kiranya dalam 2 malam pertama je agak mencabar untuk kami hadapi. Dua malam seterusnya sikit je dia menangis dan malam kelima memang dah tak ada apa-apa. Tapi, mama pula yang jeles. Dik, dah tak menyusu ni macam rapat dengan papa la pulak.
Nak tidur semalam, dia cari papa. Katanya, " adik nak tidur papa".. sudahnya sampai ke pagi duduk bawah ketiak papa.. sedih tau.. jeles pun ada dik...
Biarla ya.. di fasa peralihan ni..apa pun, anak mama Ahmad Nazif ni memang anak yang baik ya.. mudahkan urusan mama
.
#usaha kali ni berjaya rasanya sebab saya sapukan getah bakawali. Sekali je dia menyusu lepas tu terus Nazif ni minta air kosong katanya pedas. Selepas tu, memang dia tak nak menyusu lagi. Saya sapu sikit je getah tu, memang dikatakan sangat pahit bendanya dan ada yang menyebabkan budak-budak sampai muntah. Alhamdulillah, Nazif tak ada apa-apa masa dia rasa tu.
alhamdulillah :) hehe
ReplyDeletealhamdulillah.. dh besar nazif. lama nina xsinggah sini. busy akak, smpai entri xmenaip. bunga bakawali? mcm mna tu akak..
ReplyDeleteBukan bunga nina. Sejenis akar.. entah ke atau mmg ada bunga. Tapi mak akak bg macam akar, jadi akak potong sikit, keluar la getahnya. Itula yg akak ambil buat ubat
DeleteLega dah selesai ya. Kadang tu kesian juga tapi yalah, kalau tak kuatkan semangat memang susahlah nak buat sesuatu. Macam saya ni...
ReplyDeleteEh, AN... saya pun jealous bila superheroes rapat dengan Daddynya. Kalau boleh, memang mesti Mommy dulu barulah Daddy. Harukan lagu tu ^_^
jangan jeles..hehehe, dengan kita dah lama rapat dari dalam perut lg kan, biar dia rapat dgn papa,sekejap je tu,nanti cari mama jugak...
ReplyDeleteHarap2nya gitulah kan..
Deleteoooo bagus bakawali tu bleh jd ubat gak...hehe
ReplyDeleteAkak pernah try tak, memang pahit giler benda ni
DeleteMujarablah tu kiranya yer.....selalu dengar jugak benda ni pahit katanya.....Ni mesti plan nak bagi adik kat Nazifkan...Dulu masa si bujang 2 tahun okje pun dah ceraikan susu sebab plan nak dapat no 2
ReplyDeleteAip.....mana ada plan lagi..amboi2.. tak Okje, belum ada nak tambah lagi. Sebab nak bg dia lebih berdikari, tak ada berkepit dgn mamanya sepanjang malam, dan saya pun dptla tido relax sikit. Kalau nak ke mana2 dah tak payahla menyelak baju, dia ni mmg tak suka minum dr botol.. Lagipun dia dah makan benda2 lain elok je. Betul ni, tak tipu..
Deleteooh..getah bakawali?cari mana tu?
ReplyDeleteAmbil kat kampung masa balik kg hari sabtu hari tu.m
Delete