Exam sana sini
Assalamualaikum semua.
Jom kita mulakan hari baru minggu baru dengan minda yang segar dan bersemangat ya.
Mak-mak memang kena bersemangat sentiasa, barulah aura tenang dan positif tu mengalir kepada anak-anak kita kan? Tak gitu kawan-kawan?
Pasti ramai yang tengah berdebar tu, lagi-lagi dengan anak-anak yang bakal jadi batch pertama menduduki PT3. OKJe, Kak Zakie, KA, Kak Kamsiah dan semua yang ada anak-anak pada saat ni tengah menjawab soalan kertas pertama PT3 ni pasti dalam keadaan tak senang duduk tu. Mungkin korang pada masa ni tak baca blog, mungkin duduk buat solat hajat untuk kejayaan anak-anak tersayang tu, tapi dah baca ni nanti, tahu ya, saya doakan yang terbaik untuk anak-anak sahabat saya ni insya Allah.
Bukan yang PT3 je ada penilaian hari ni, yang tingkatan 1 dan 2 pun ada juga buat hari ni. Tengoklah pelajar-pelajar zaman sekarang. Pada malam exam dan pagi exam, zap zap masuk mesej tanya cikgu macam-macam, canggihnya kan?
Ikutkan saya hari ni ada tiga sebab untuk berdebar-debar. Pastinya sebab utama kerana anak sendiri exam juga mulai hari ni. Haha, sebagai ibu, saya rasa tak setuju ada peperiksaan untuk murid tadika 4 tahun ni. Tapi bila fikirkan aspek lain sebagai seorang guru, penilaian ni memang perlu untuk mengukur keberkesanan pengajaran dan penyerapan ilmu oleh murid. Jadi, doakanlah yang terbaik untuk Naim dalam examnya.
Sebab kedua pula sebab batch PT3 ni, anak didik saya yang ada yang saya ajar dua tahun berturut-turut. Walaupun diorang mungkin tak akan datang berterima kasih, namun saya rasa nak melihat semuanya dapat keputusan yang cemerlang dalam PT3 ni. Cukuplah ada beberapa murid yang datang minta halal ilmu dan berterima kasih dengan ajaran saya pada minggu lepas, memang rasa terharu macam tu. Ada yang masih ingat saya walaupun dah setahun di sesi pagi diorang ni.
Sebab terakhir pastilah sebab anak-anak yang seramai 149 orang yang bakal jawab paper BM tingkatan 1 petang nati. Capai ke target saya?
Semoga semuanya baik-baik ya.. insyaAllah.
tu lah kan!berdebar sangat..ada sorang budak pt3 yg saya ajar stress dan nangis sb dtg lambat..jadi dia panik dan tak tau nak pergi mana..good luck semua termasuk naim.
ReplyDeleteJujur kakak ni Aisy bila anak periksa kakak tak baca blog pun. Dari pagi tadi selepas Dhuha hingga 1:30 kakak baru lepas solat zuhor barulah jenjalan buka blog semula. Dari pagi sehingga 1:30 walaupun di pejabat tangan kakak sentiasa pegang tasbih. Kejap lagi kakak stop lagi sebab UPKK anak dara kecik kakak start 2:30 petang utk subjek ulum syariah(ibadah &aqiqah). Lepas 3:45 petang kakak akan sambung semula berblog..
ReplyDeleteBudak sekarang belajar tak enjoy macam zaman kakak dulu Aisy..
Kindy pun ada exam ke? Ok. Hahahaha! Apapun, good luck utk adik2 yg amik PT3 tu.
ReplyDeleteInsyaAllah berkat tunjuk ajar guru2 semoga anak2 ini akan berjaya cemerlang...
ReplyDeleteSeawal pagi I dah gorengkan telur biar ank I bertenaga jwb exam Aisy... tp makannya seciput.. stress gaknya nk exam. Moga2 Allah permudahkan.
ReplyDeleteSalam sis.. InsyaAllah mga urusan periksa anak2 di permudahkan ya.. mmg minggu periksa kan, ramai Ibu2 yg update..hehe.. (sy anak kecik lagi, so blm merasai debaran anak periksa ni..:)
ReplyDeletebedebar2 hati parents kan...insha Allah jgn putus doa.... moga mereka dipermudahkan segala urusan...diterangkan hati utk menjawab soalan...lieya ni pelik mule2 nye ape laa pt3 tu...rupenye name baru PMR..... sekolah anak2 leiya pun tgh mgu exam akhir tahun skrang....same debarnye....tak abis2 bile balik dok tanye leh jawab tak, senang tak....
ReplyDeletedoakan gak buat ankanda bongsu akak ya AN..ni akak bru bukak blog..
ReplyDeleteMesti berdebar-debar makpak yang anak-anak ambil exam besar. Saya doakan mereka semua tenang menjawab soalan dan memperolehi keputusan yang baik. Saya ni anak baru Tahun 2, ada exam juga minggu ni. Saya pulak yang berdebar-debar. Sekarang ni memang tak boleh nak paksa dia banyak sangat takut stress pulak. Tinggal doa dan tawakal sahajalah. Walaupun hendak anak berjaya, saya takdalah marah pun kalau anak tak dapat buat yang terbaik. Banyak benda anak-anak kena belajar untuk masa depan cemerlang, bukan setakat straight A's masa exam je.
ReplyDeleteRasa sebaklah..... syahdu bila baca harapan seorang guru.....
ReplyDeleteItulah AN bila dah melayan blog ditambah tengah ABC, tak banyak yg dapat bantu anakanda menjalani peperiksaan. Apa pun moga doa kita sebelum sebelum ini dimakbulkan Allah.
Debaran dia kurang sikit dpd SA dulu entah kenapa..... Malas nak pikir macam macam ...moga bersangka baik seorang ibu akan membuahkan kejayaan buat si anak.
abg adam periksa kat tadika pun akak berdebar jugak nih hahaha
ReplyDeleteSelalu bila anak exam, mak ayah yg berdebar kan.. Sya selalu jumpa mak ayah yg mcm tu..
ReplyDeletebetul2! Adam pun sedang exam 6 tahun. Tapi, kalau tanya Adam, nak study tak untuk exam, jawapan adam ringkas je.... " Adam jawab la apa yang Adam tau ".
ReplyDeleteOk. jawab la anak oiiii... asal jangan stress sudah :)
Bkn mak mak calon pt3 je stress . Saya pun stress ank exam sek pagi dan ptg:(
ReplyDeletemusim exam ni mmg mak bapak dan cikgu2 yg paling berdebar..selamat menjawab pt3 diucapkan buat batch pertama,gud luck jugak utk naim..dah lepas kan baru nak wish apa kes..lepas lega sakit ni virus M melanda.hehe
ReplyDelete