Serai ke Dubai


Tak sangka tanah di rumah kami ni makin lama menjadi juga. Antara hasilnya, serai ni. Makin merimbun kat laman kami. Tak payah beli serai dari kedai lagi. Malah boleh dikongsi dengan kawan-kawan di sekolah. Kali pertama hari tu saya bawa lebih 20 batang serai dan beri kepada kawan bila melihatkan banyak serai macam terbalik bila hujan lebat. Sebab hujan lebat tulah saya sedar yang rumpun serai saya ni ada lebih 50 batang, banyaklah tu kan kalau nak kira tanah yang ada bukanla sebanyak mana. Masa tu rasa bersyukur sangat sebab saya ambil keputusan tak tutup tanah depan tu.

Pagi ni, di tengah hujan rintik sekali lagi saya berkebun ambil 16 batang serai untuk diberikan kepada kawan di sekolah. Yang bahagian akarnya tu sengaja saya tinggalkan banyak supaya serai ni tahan. Kawan saya ni nak berikan serai ni kepada anaknya yang nak balik ke Dubai esok. 

Pa, serai kita ke Dubai.. kelas gitu.. 
Berkongsi rezeki yang ada.. alhamdulillah.

Comments

  1. Gemuknya serai.... geram ^__^ Kalau kena beli satu tu RM0.40. Tanam depan rumah pun dapat tuai hasil terus ke Dubai. Memang kelas tau!

    Saya ni bila tengok orang bercucuk tanam dan menjadi, saya teruja lebih tapi tangan saya ni tanam apa pun layu. Tak tahulah nak buat camna....*tetiba teringin nak tanam cili depan rumah*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. satu 40sen ya? Wah.. boleh tahan harganya. Hehe buat ayat berlagak sebab dah lama tak beli serai kat kedai..

      ha.. saya pun plan seterusnya nk tanam cili dan ulam kat depan ni. Haha. Entah jadi ke x

      Delete
  2. bestnye tgk serai gemuk2 ni.....wah serai ke dubai..kerlassss gtu

    ReplyDelete
  3. Aisy.. Org yg duduk apartment mcm saya setakat boleh thn jelous & geram je lah... Bestnya tuai hasil tangan sendiri...

    ReplyDelete
  4. insha Allah nanti AN pulak sampai ke dubai
    ada terbaca dalam blog sape eh semalam
    kalau nak bagi tahan lama
    letak dalam peti ais bahagian frozen..
    insha Allah serai tak kering

    tapi dah ada pokok sendiri
    time nak masak baru kerat kan AN :)

    ReplyDelete
  5. Ni mesti serai baka peha ayam ni....mahal nii kalau jual kat pasar....
    Gitulah ye cikgu berbakti pada tanah..... hasilnya bukan setakat makan sendiri malah boleh jadi amal jariah lagi.... Sejuk jugak tangan cikgu BM ni..... lagi apa yang ada kat laman rumah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. bukan saya semua yg tanam. Ada juga yg suami..eh suami saya yang banyak tanam. Ada limau purut, ubi kayu, lengkuas, kunyit..

      Delete
    2. Nak makan ubi kayu nampaknya kena datang rumah ni hihi

      Delete
  6. seronoknya dapat tanam serai..haish bila la boleh tanam pokok2 macam ni kat rumah sendiri..
    inshaAllah..nanti tuan serai dapat ke dubai pulak.

    ReplyDelete
  7. suka serai.. ada tnh, dptlh bercucuk tnm...

    jauh berjln serai tu..

    ReplyDelete
  8. tanah kecik kat depan rumah acik tu..tak de serai AN..dulu cuba tanam..tapi tak mau hidup..daun kunyit cili acik tanam dalam polybeg...pokok kari,belalai gajah,pandan ngan limau purut mau pulak hidup.lengkuas pun elok je..

    ReplyDelete
  9. Makin lebat hendaknya serai awak, orang pemurah..lagi murah rezekinya. gemok2 pulak serai tu geram kami nengok, hari tu saya cuba tanam dalam pot, dalam umah... silap musim kot sejuk sangat, hidup, tapi kurusnya la hai.

    ReplyDelete
  10. Dengar tajuk td ingt dah business export serai..huhu..

    ReplyDelete
  11. Gemuknya serai.. Sya ada tanam serai, tp xbesar mcm ni pun. Ada tnm cili, bendi, sawi. Ok la nak mkn2 sendiri

    ReplyDelete
  12. Dah boleh buat bisnes kecil-kecilan dah ni...

    ReplyDelete
  13. nak gak serai AN!serai kat umh akak dah kering sekarang akibat leka dok layan pesbuk n blog la ni!!!huhu

    ReplyDelete
  14. wahhhhh!!!! kelas! Ke dubai serai tu!

    memang gemuk-gemuk. puas hati!

    nak 3 batang boleh? hahhah :)

    ReplyDelete
  15. wahh..subur juga serai tu... memang tak rugi berbakti pada tanah.... hasil serai siap boleh bagi dgn kawan2.... nak terbang ke Dubai jg...:)

    ReplyDelete
  16. wow terbaik ni...
    gemuk sihat...
    aida memang byk masak guna serai...

    ReplyDelete
  17. Blh tanam la tu siap ada akar. Kat qatar dulu LM tanam gak serai. Yg bawak berkilo2 tu frozenkan gak. Nak pki tinggal ambik je kat peti ais

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah...rezki di kongsi semoga bertambah berkat..

    ReplyDelete
  19. duduk menyewa naseb la tuan umah ada tanam serai 5 pokok...tak yah susah2 nak beli / tanam :)

    ReplyDelete
  20. Kalau kawan Aisy pandai dia boleh juga ikut langkah Aisy tanam sebab serai diberikan siap ada akar. Mana tahu tiba Dubai anak kawan Aisy tu tanam pulak di sana. Oh... selagi serai itu membiak selagi itulah Aisy dpt saham tau... untung tak untung bercucuk tanam ni kan..

    ReplyDelete
  21. berbudi pada tanah dah tentu nampak hasilnya kan..

    ReplyDelete
  22. seronoknya AN bila dpt kongsi hasil tanaman sendiri.smp kedubai serai AN ye..Alhamdulillah murah rezeki bila hasil dikongsi bersama

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah.. bercucuk tanam ni jimat akak. kt rumah buah limau nipis selalu berbah byk dan ad org minta beli. kerlas ke dubai. jauh tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1